Kisah Onion : semakin kuat



Kembali dengan kisah Onion!

Pada awalnya aku merasakan semua ini cuma fantasi.

Biasanya - aku melihat dan membaca novel fantasi perempuan, kisah anak dato, bisnes juta-juta. Semua ini cuma la fantasi.

Aku juga ralat - jika menceritakan kisah cinta. Bagi aku, orang yang bercinta ini lemah. Kenapa? setiap masa nak bersama. Gila apakah?

Kini aku faham, kenapa mereka berbuat demikian? Perasaan sayang, tidak mahu lepaskan orang tersayang itu wujud. Malah ia menjadi lagi kuat, semakin kuat hari demi hari.

"Onion" menepati karektor yang selama ini aku cari. Bodoh dulu aku main-mainkan perasaan dia. Sekarang, baru aku sedar, bunga yang aku cari selama ini ada sahaja depan mata.

Kerap aku bertemu dengan "Onion". Segala segi kami mencari peluang, mengenali dengan  lebih dekat. Jika dulu, sebulan sekali sahaja.  Kini, kami rasa nak jumpa setiap hari.

Aku kesian pada "Onion". Kadang-kadang dia sendiri terpaksa datang berjumpa dengan aku. Iyalah, faktor masa dan kesesuaian. Tapi aku juga rasa keadilan perlu juga ada. Aku sendiri juga berjumpa dengan nya, walaupun aku menghadapi sedikit kekangan.

Kami buat pelbagai aktiviti "gila" bersama.
Ooppsss - aktiviti halal ya.

Cari tempat makan pelik-pelik, makan satay, lepak kat cafe (sambil mengadap laptop masing-masing), kalau malas pun, naik kereta pusing sampai ke Putrajaya.

Aku pernah cakap aku nak ajak dia naik Broga. Dia kata dia kena kena exercise dulu, takpelah. Janji dia nak sama-sama mendaki ke puncak di Pekan Semenyih tersebut.

Bab makan aku kena hati-hati. Baru aku tahu, si "Onion" bukan sahaja tak makan bawang, rupanya jenis makanan pun kena tengok jugak. Tapi aku lega, dia taklah secerewet sebagaimana  bekas "kekasih" aku dahulu.

Semakin kerap aku jumpa dia, aku semakin mengenalinya karektor dia tersendiri. Aku yakin dia juga mengenali aku bagaimana - nasib baik aku bukan jenis baran.

Aku pernah bertanya pada "Onion" - kenapa dia kembali pada ku.

Jawapan - sebab aku ikhlas.

Ringkas jawapan si dia. Tapi aku masih risau, sebab dia masih dengannya.
Perampas kah aku?

Fuh - novel ini masih belum tamat.


this is only fantasi stori untuk aku menulis cerpen picisan. tiada kaitan antara hidup dan mati.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...