Hey Vaksin !


 

Guys! 

Dah vaskin ke belum? Kalau belum, register cepat-cepat di Mysejahtera! Saya berpeluang dapat vaksin Astra Zeneca sewaktu batch pertama open pada sekitar awal Mei 2021. Jadi official 3 Jun 2021, saya telah menerima vaksin AZ yang pertama!

Mula-mula tu memang rasa risau gak, al-maklumlah vaksin AZ ni macam-macam cerita dengar. Katanya tak selamat la, darah beku la. Tapi kita tawakal la. Taktau what happen lagi after this kan?




So - kisah bermula, 3 Jun 2021 

[ MY VACCINATION DAY]
03 Jun 2021





Alhamdulillah, berjaya mendapatkan vaksin Astra Zeneca untuk dos pertama. Secara jujur, memang saya puji flow dia kat PWTC, sangat smooth.
Kalau tengok pada flow tu, lebih kurang flow kita nak depart naik flight la (lalu banyak check point).
So kalau sesiapa bakal ambil vaksin di PWTC (sekawan dengannya), ini tips saya boleh share :

1. Datang dalam 1 jam sebelum masa. Jangan datang awal sangat, kerana takde tempat lepak /dewan berkumpul. Lagipun sekarang PKP, memang takde pun tempat korang nak lepak.

2. Bawak pen siap-siap. Memang pen tak disediakan. Kalau nak pinjam sangat TAK digalakkan, sebab kita berada di tempat ramai orang. Selain Pen, IC jangan lupa bawak.

3. Bateri HP biar full. Dan topup kredit/data siap-siap. MY Sejahtera digunakan untuk setiap check point ye. Nak scan itu la, ini lah.

4. Pakai perlindungan tambahan macam extra mask/faceshield. Yelah kat tempat ramai orang.

5. Ikut je arahan pihak berkuasa. Takyah nak buat kepala sendiri. Kalau tak faham tanya sahaja pegawai bertugas.

6. Kalau bawa orang tua/OKU, sila terus ke CIMB dalam PWTC tu. Situ adalah laluan memang untuk special case.

7. Kat Apps MySejahtera tu ada tertera anda station mana. Ikut station mana, yang ditulis.


8. Saya galakkan makan dulu sebelum ke sana. Alas perut sikit. Nak memerut pun sebaiknya settle dulu awal-awal, jadi hati tenang sikit.

9. Oh ya, parking dalam The Mall (Sunway Putra) atau kat PWTC pun boleh. Susah sangat naik jer Grab. Naik LRT pun boleh tapi kena menapak sikit lah.









Cuma ada beberapa benda mungkin pihak penganjur kena tambah baik, macam speaker kat luar kawasan sebab arahan tak berapa dengar sangat. Kemudian ada check point tu taktau untuk apa, sebaiknya buat satu flow map jadi orang dah siap sedia apps awal-awal.
Kesan lepas vaksin? Ikut orang la ye. Ada start demam, ada yang ok je. Ada jadi lagi pandai buat kira-kira.
Hebat
kan? Hahaha.
Selamat bervaksin!
Jumpa lagi for 2nd dose - 05 August 2021!






Jadi cepat-cepat register ye. kalau belum - sabar la ye. Tunggu turn. In mean time jagalah SOP dulu.

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...