Jalan-jalan : Bali
Hello semua, Apa khabar? Sebenarnya hari ini mood aku agak baik, maklumlah dah selesai beberapa kerja "urgent", dan dalam waktu senggang ini, sempatlah aku mengemaskini blog aku. Baiklah, untuk kali ini aku nak cerita pengalaman aku ke Bali, pada 17-20 Disember 2010. Kenapa Bali? Hish, ini bukanlah percutian aku, tetapi lebih kepada urusan kerja. Jadi, bagi sesiapa dalam perancangan ke Bali, aku bolehlah kongsi pengalaman aku tak seberapa ini dengan anda semua. Bali merupakan pulau terletak berhampiran dengan Jawa Timur. Dikenali sebagai Pulau Dewata atau "Island Of God", pulau ini didiami majoritinya penduduk beragama Hindu Dharma. Walaupun sedia maklum Indonesia dihuni oleh penduduk Islam, tetapi tidak di Bali. Aku sebenarnya tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang aku akan ke Bali. Kenapa? Bali bukanlah dalam tempat yang aku benar-benar nak pergi dalam hidup ini. Tapi atas urusan kerja dan peluang yang ada, maka harusnya aku tidak lepaskan. Jadi penulis