Ulasan Filem : Khurafat Perjanjian Syaitan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Wah,hebatnya saya! Dua entri berturut-turut memberi komen terhadap filem. Filem melayu pula tu..hehe. Untuk kali ini, saya akan membuat ulasan mengenai filem Khurafat - Perjanjian Syaitan , filem arahan anak kepada Datuk Yusof Haslam iaitu Shamsul Yusof. Saya menontonnya di One Utama, bersama dengan rakan saya dan dua orang adik saya. Pawagam masa itu separuh penuh, mungkin disebabkan saya menonton semasa hari bekerja. Ulasan saya:- Filem berdurasi tidak sampai 1 jam suku ini adalah filem seram pertama arahan Syamsul Yusof. Ini juga merupakan filem seram pertama lakonan beliau dan terbitan Skop Production. Ternyata percubaan pertama pengarah muda ini membuahkan hasil. Maka, tidak sia-sia gelaran "pengarah terbaik" Festival Filem tahun lepas. Apabila memperkatakan filem seram, saya antara peminat filem seram. Tidak kisahlah dari Thailand ke, Hong Kong ke, China ataupun Singapura. Bagi saya, filem-filem seram Asia mempunyai mesej tersendiri