Jalan -jalan : Ho Chi Minh
Salam sejahtera semua, Entri kali ini agak lambat untuk dikemaskini. Al maklumlah..kekangan internet. Jadi, langkah terbaik ialah mencari masa dan ruang untuk menulis. Baiklah, penulisan kali ini berkisar dengan perjalanan aku ke sebuah negara yang sedang meningkat naik iaitu Vietnam. Untuk makluman, vietnam ini adalah sebuah negara yang baru sahaja membuka pintunya kepada umum. Jadi, tak hairanlah negara ini masih agak ketinggalan dari negara-negara asia tenggara yang lain. Aku ke Vietnam dua kali sepanjang tempoh 3 bulan. Hebat kan?? Apa lagi kalau bukan tuntutan kerja :-). Vietnam terkenal dengan dua bandar iaitu Hanoi dan Ho Chi Minh. Harus diingatkan jarak Hanoi dan Ho Chi Minh lebih kurang 1000 KM. Satu di utara dan satu lagi di selatan. Jadi, kalau anda berpeluang melawat kedua-duanya sekali, memang bertuahlah. Aku hanya berkesempatan ke Ho Chi Minh, pusat ekonomi bagi Vietnam. Ia terletak di selatan Vietnam dan perjalanan menaiki pesawat dari Kuala Lumpur hanyalah 1 jam 5