Posts

Showing posts from December, 2014

Dugaan 2014

Image
2014 semakin ke penghujung Hujan masih belum berhenti Dugaan bagi rakyat Malaysia apabila diuji dengan banjir yang dikatakan antara yang teruk berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Apabila sesuatu musibah berlaku, dilihat rakyat Malaysia bersatu menghulurkan bantuan kepada memerlukan. Namun masih lagi kedengaran suara sumbang menyalahkan satu sama lain. Ya, tidak nafikan Malaysia perlu bijak dalam mengawal situasi banjir. Kekurangan peralatan, tenaga kerja dan tempat perlindungan antara faktor perlu dititik beratkan oleh kerajaan Malaysia. Isu banjir ini bukan isu baharu. Setiap tahun negeri Pantai Timur akan menghadapi banjir. Cuma gelombang kali ini agak luar biasa. Maka...disebalik Ujian diberikan ini, amat yakin ada hikmah besar dari Allah SWT. Buat semua mangsa banjir, tabahlah! Sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa dan jaga keselamatan diri dan keluarga. Hilang? Semasa artikel ini ditulis pesawat QZ8501 telah hilang dari radar semasa penerbangan daripada Surab

Catatan hujung tahun

Image
Almost 2015 Sedar tak sedar, 2014 sudah hampir melabuhkan tirainya. Tahun 2014 dilihat sebagai tahun mencabar, penuh ranjau dan tak kurang juga dengan pelbagai kisah manis yang tiada penghujung. Perjalanan 2014 bukanlah mudah. Ujian mendatang, sentiasa mendekatkan aku kepadaNya. Namun syukur juga ku panjantkan kerana keberkatan dan rezeki datang daripadaNya. Alhamdulillah, semakin banyak tempat ku jelajah, semakin banyak pengalaman ditimba. Kenangan dan pengalaman ini amatlah mahal dan tidak mungkin ku kecapi. Otak ini ligat berfikir, banyak yang ingin ditulis.. banyak lagi perjalanan belum ku coretkan dalam blog ini. Insyaallah, satu per satu akan ku tulis sebagai panduan buat semua. 2015 akan menjengah. Harapan memang tinggi. Doa aku.. 2015 membuka suatu yang baru dan manis buatku. Mungkin bertemu jodoh? Huhu mungkin... kepada semua pembaca, selamat menyambut tahun baru 2015.