Jalan - Jalan : Perth, Australia
Good Day mate! Apa khabar rakan pembaca dikasihi? Di penghujung 2015, nampak gaya saya masih lagi gigih menaip dan ingin berkongsi dengan rakan semua tentang tips melancong. Kali ini saya nak berkongsi mengenai pengalaman saya berada di bumi Kangaroo iaitu PERTH! Lawatan saya ke Perth bersama dengan mama, adik saya - Suhana & rakan saya Shidi bermula pada tarikh 16 - 21 September. Sepatutnya adik saya Syahriman turut serta, tetapi atas urusan tidak dapat dielakkan, maka dia terpaksa membatalkan program jalan-jalan dia ke sana. Harga tiket ke Perth saya beli dalam bulan Januari 2015 iaitu 9 bulan sebelum tarikh perjalanan. Harga tiket Malaysia Airlines hanyalah RM1050 seorang bagi penerbangan pergi balik. Kiranya ia lebih murah dan hampir sama dengan Air Asia. Jadi saya lebih rela nak naik MAS kerana saya yakin servisnya lebih baik berbanding dengan Air Asia. Pengenalan: Perth merupakan ibu negeri bagi Western Australia. Ia terletak di sebelah barat Australia,