Posts

Showing posts from 2018

Jalan-jalan : USA aku datang lagi - edisi 2018

Image
Salam semua! Geng gagak hitam ke bumi NYC Alhamdulillah sekali lagi, saya dapat menjejak kaki ke bumi Uncle Sam. Kali ini ke mana? Masih destinasi yang sama - New York, Washington DC, Niagara Falls dan Boston. Oh ya, saya tulis simple sebaik mungkin. Tips bab visa saya dah kongsi. Bab lain macam panduan nak travel ke USA rasanya tak jauh beza kot. Cuma kali ini saya pergi musim PANAS! Yeah!!! Best rupanya pegi musim Summer nie. yezza sekali lagi! konon nak cari bahan sejarah Posing sket..abaikan perut tu smile from Liberty Island Kenapa summer best? ramai gak yang kata, buat apa nak pegi musim Panas sebab suhu sama je macam Malaysia. Tapi serius, saya dah pegi saya faham kenapa mat saleh luar sana gilakan sangat musim Panas. Hihi. Oh ya, musim panas kat hemisfera utara bermula Julai sampai Sep, manakalah belah hemisfera selatan (Aussie/NZ) bermula December ke Feb. Antara yang best masa musim panas ialah: 1. Siang lama - jadi boleh spend banyak aktiviti

Kekuatan

Apa yang aku cari lagi? Orang kata jangan jadi terlalu pandai, maka kau akan jadi mangsa Orang kata jangan terlalu baik, kelak orang guna gunakan kau Hati hati bila bertindak Tidak mengapa, hidup masih panjang.  Tak perlu gusar Jika kita berada di tempat yang benar, cukup segalanya. Kenapa perlu dipersoalkan lagi? Selamat #lamatakupdateblog

Jalan- Jalan : Turki (Bahagian 1)

Image
Salam semua Apa khabar? Sekarang ini sudah masuk musim raya. Gila lah..cepat masa berlalu. Plus, kita dah tau, tahun ini raya bersama kerajaan yang baharu! #Malaysiabaru katanya. Baiklah penulisan kali ini sebenarnya recap tahun 2016 dan 2017, saya ke Turki - sebuah negara yang saya rasa cukup popular bagi kalangan pelancong. Nak pula sesiapa yang pernah menonton Filem Istanbul Aku datang, pastinya Turki akan menjadi MUST VISIT list bagi anda. Jika ditanya saya, bagi mereka yang mempunyai bajet sederhana, dan nak merasai 4 musim (di negara Islam), maka Turki adalah destinasi terbaik. Kaya dengan sejarah dan kisah tamadun berabad lama, Turki juga terkenal dengan kebudayaan yang unik dan menarik. Ayuh, penulisan ini saya tuliskan khas buat mereka yang berhajat nak melawat ke bumi kerajaan Uthmaniyah dulu kala. *** Turki, terletak di antara benua Eropah dan Asia. Wilayah ini terbahagi kepada dua kawasan - Asia dan Eropah. Istanbul satu-satunya bandar di dunia, mempun

Ulasan Filem : Dukun

Image
As salam semua #akhirnya kita bertemu Akhirnya filem yang sudah lama terperap, selama 12 tahun telah berjaya ditayangkan. Punca utama filem tersebut ditangguh adalah disebabkan masalah kebenaran pihak keluarga yang dikatakan filem ini menyentuh beberapa isu yang tidak sepatutnya. Alhamdulillah, saya telah menonton kedua-dua versi, sama ada versi "leak" dan versi penuh di pawagam. Jadi komen saya berdasarkan apa yang saya tonton, dan mungkin review saya ini boleh menjadikan sedikit panduan pada mereka yang belum menonton. ****   Filem Dukun diarahkan oleh Dain Said, merupakan pengarah berjiwa seni pernah mengarahkan filem terbaik Bunohan dan Interchange. Jika mereka yang tahu dan pernah menonton karya beliau, sudah pasti faham tentang selok belok dan cara beliau menghasilkan filem. Artistik dan penuh jiwa seni. Jadi, Dukun telah diterjemahkan oleh beliau mengikut fahaman beliau sendiri. Dukun terhasil bukan untuk komersial. Cuma mungkin ia diterbitkan oleh Ast

Jalan-Jalan : Venice (Bahagian 2)

Image
Salam pembaca semua Sudah lama saya tak kemas kini blog ini. Tersekat dengan pelbagai tugasan dan tanggungjawab, sedar tak sedar hampir 5 bulan saya tak kemas kini. Baiklah jari jemari dah kembali bersemangat nak menyambung kisah saya ke Itali dua tahun lalu. *** Perjalanan ke Venice dari Milan mengambil masa lebih kurang 3 -4 jam melalui lebuhraya. Selain lebuhraya, anda juga boleh menaiki keretapi dan teruskan ke Mestre. Hari 4 : Tiba di Mestre, masa untuk check in. Untuk makluman, hanya ada satu sahaja restoran Halal di Mestre, itupun konsep Indian restoran. Oh ye, jika anda ke Venice, saya cadangkan menginap di Mestre. Kosnya lebih murah berbanding anda menginap di Pulau Venice. Hotel saya menginap ialah hotel President. Tidak begitu menarik, tapi bolehlah untuk menginap bagi 3 malam. Perjalanan ke Mestre Seksi tandas ni Hari 5: Masa untuk ke Venice. Untuk ke Venice, anda perlu menaiki keretapi dari Mestre ke Tronchentto. Daripada situ, boleh l