Posts

Showing posts from July, 2019

Sentap tak kena tempat

Image
Saya jarang tulis benda bukan-bukan atau sindirian di media sosial. Terutama sekali di Facebook atau Insta, Malah bagi ia tak ubah seperti seorang pengecut, yang cuba menyembunyikan apa terbuku dalam hati tanpa luahkan pada medium yang betul. Saya tak kisah andai kata ingin menyindir mengenai isu berkait rapat dengan masalah sejagat, tapi tak guna menyindir sehingga persahabatan dibina, terkubur begitu sahaja. Sudah dimohon maaf melalui pesanan, namun diabaikan. Maka, sendiri yang sentap tak kira tempat. Maaf, saya jarang kecewa, tapi perkara begini buat saya jadi lagi kecewa. Tak mengapa, yakin pada Dia, masa itu ada. Buat si dia - terima kasih jadi sahabat untuk 5 tahun. RIP. p/s - menulis disini bukan bermakna aku pengecut. Sudah diutus maaf melalui pesanan tapi diabaikan. Maka, menulis disini merupakan medium terbaik rajaazrul

Kasut Hitam atau Kasut Putih?

Image
#sajanakpost Kali ini, saya nak cerita pasal isu pendidikan negara kita. Untuk pengetahuan 2021, merupakan pelaksanaan tunggal bahawa semua kasut sekolah perlu berubah wajah dari kasut putih ke kasut hitam. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Dr Mazlee pada satu kenyataan media sekitar Oktober 2018. Alasan diberikan oleh beliau, bahawa rintihan kaum ibu mengenai isu pemakaian kasut putih yang dikatakan cepat kotor, dan menyukarkan untuk mereka membasuh terutama pada hujung minggu. Saya tak kata nak menyokong atau menafikan perkara ini. Cuma saya terfikir, atas dasar KPM, adakah menukar kasut itu betul satu keperluan? Sebelum ini, kita sudah 60 tahun menggunakan kasut putih sebagai salah satu uniform rasmi, belum pernah lagi saya mendengar mana-mana surat terbuka dari persatuan ibubapa atau sekolah mengenai bantahan mengenai perkara ini. Jika alasan dikatakan kasut putih cepat kotor, maka kerajaan juga wajar mengkaji mengenai baju sekolah yang mana baju sekolah j

Berubah

Image
Fuh Sukar sebenarnya nak lalui Manusia berubah Manusia berubah tak mustahil orang kita kenal juga berubah berubah lebih baik atau buruk? Terpulang pada individu. Pandangan kita mungkin baik, pandangan mereka mungkin buruk. begitulah sebaliknya. Kita sudah besar, meniti usia. Perjalanan kita masih jauh, masih berliku. Dunia dikatakan penih dengan harapan, tapi ia bukanlah semanis bak dikata. Apa-apapun jika sudah berjaya, jangan lupakan mereka yang menolak kita naik ke atas. Mungkin pengorbanan ia kecil, tapi doa mereka besar. rajaazrul