Posts

Showing posts from August, 2019

Jalan-jalan : Panduan Memohon Visa Australia

Image
Salam semua, View of The Nobbies - Philip Island Saya dihujani pelbagai soalan berkaitan dengan visa Australia. Kebanyakan bertanya adakah visa Australia kali ini lebih sukar untuk dimohon? Dan bagaimana pula dengan prosedurnya. Baiklah saya rasa penulisan ini perlu untuk saya tuliskan beberapa tips dan langkah dalam memohon visa Australia. Perlu diingat, penulisan ini sah pada hari saya menulis (Ogos 2019) dan ia mungkin berubah dari semasa ke semasa. Penulisan dibawah berkaitan dengan visa melancong sahaja. Jika visa bekerja atau belajar, sila rujuk laman web Immigration Australia bagi keterangan lanjut. Pengenalan: Untuk memohon visa Australia, rakyat Malaysia antara golongan paling bertuah. Ini kerana Australia telah memperkenalkan ETA atau nama penuhnya Electronic Travel Authority. Kenapa ETA? Ia lebih mudah, murah dan ringkas. Anda hanya perlu memasukkan maklumat dan sedikit bayaran (sekitar AUD20), dan status visa anda diketahui dalam masa singkat. ETA han