Posts

Showing posts from April, 2020

Ulasan Filem : Daulat ( 2020)

Image
Salam berkurung semua!  Jangan marah, sebab penulisan ini ditulis semasa tempoh PKP yang bermula pada 18 Mac yang lalu. Sedar tak sedar kita dah menginjak hari ke 22 tempoh PKP. Baiklah saya taknak ulas mengenai PKP dan kesannya. Cukup lah kalian membaca ulasan yang muncul dalam Facebook yang begitu banyak sekali. Kali ini saya nak berkongsi mengenai satu filem yang baru keluar di Iflix (jangan salah faham bukan Netflix), iaitu Daulat. Filem ini sebenarnya sepatutnya ditayangkan di pawagam. Tapi atas faktor sensitivity, filem ini tidak dapat ditayangkan di panggung sebaliknya ditayangkan melalui platform digital Iflix. Buat mereka yang tidak ada Iflix, tak perlu risau kerana ia adalah percuma dan anda boleh menonton di mana sahaja selagi mempunyai akses internet. ULASAN: Filem Daulat merupakan filem pertama diarahkan oleh Imran Sheik, dilakonkan oleh Vanida Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya dan ramai lagi. Filem berdurasi 1 jam 45 mini