sekadar coretan
Bertemu kembali… Ramai juga yang bertanya kepada aku sekarang ini..”Raja, ko tak kerja lagi ke?” Hehehe..soalan cepumas. Sebenarnya aku memang tak minta mana-mana syarikat atau kerja tetap buat masa ini. Ini kerana aku sibuk menguruskan beberapa perkara penting berkaitan dengan keluarga aku. Insyallah,selepas selesai beberapa perkara, barulah aku akan mohon kerja tetap denganbersungguh2. Aku sebenarnya berbangga kerana beberapa kawan aku sudah dapat kerja. Ada juga yang bertanya pada aku, taknak jadi jurutera ke? Sedangkan aku sudah mempunyai ijazah yang melayakkan aku bergelar jurutera. Entahlah, aku tidak mahu pisang berbuah dua kali. Aku perlu mencari kerjaya yang benar-benar aku minat dan aku boleh “all out”. Betul, kata orang “jangan memilih kerja”, yang penting kena kerja dulu. Tapi, aku takut seperti jadi sebelum ini. Bukan aku tak mahu kerja sebagai jurutera tetapi kerja ini terlalu besar tanggungjawabnya. Malah, aku memang tak minat dah dengan jurutera dan aku tak boleh te