Ulasan : Dibawah Lindungan Kaabah (teater)
Salam semua, Sudah lama saya tidak memberikan ulasan kepada persembahan teater. Maklumlah sudah lama meninggalkan alam teater. Dalam tahun 2013, sempat juga saya menonton beberapa naskah teater. Tapi untuk tahun 2014, saya berkesempatan menonton satu naskah teater yang berjudul Dibawah Lindungan Kaabah (DBLK) di Istana Budaya pada 10 Mei 2014 lepas. # komen dan ulasan ini adalah berdasarkan pandangan kecil saya sebagai penonton. Bukan berniat memperkecilkan usaha mana-mana pihak. Pengenalan : Dibawah Lindungan Kaabah merupakah novel yang ditulis oleh penulis terkenal Indonesia iaitu Allahyarham Hamka Saya pernah menonton filem DBLK yang diterbitkan oleh produksi Indonesia (trailer dibawah). Mungkin disebabkan kekuatan karya ini, menyebabkan CTRA Production (dibawah terbitan Siti Rohayah Atan) cuba mengadaptasi karya ini di atas pentas yang lebih besar. Teater berdurasi 2 jam 30 minit mula dipentaskan pada tarikh 9 - 18 Mei 2014. Ia diarahkan oleh Rosminah Tahir, pengarah