Posts

Showing posts from September, 2011

Jalan-Jalan : Terengganu

Image
Salam semua, Baiklah..untuk segmen Jalan-jalan, kali ini saya tertarik nak bercerita pengalaman melancong dalam negara pula. Siapa kata berjalan dalam negeri tak menarik? Selain kos murah, malah kita juga dapat membantu industri pelancongan tempatan. Untuk pertama kali, saya melancong secara bajet, perancangan dibuat memang simple...dan adhoc jugalah...dan destinasi pilihan adalah Kuala Terengganu. Aik..nape KT ( singkatan bagi Kuala Terengganu)? Jawapan saya mudah...KT juga lengkap dengan pakej pelancongan menarik. Selain budaya, ia juga kaya dengan keindahan alam sekitar dan pantai menarik. Makanan pun sedap jugak. Kebetulan pula, kawan saya berada di KT iaitu Suhazrie. Jadi, secara rasmi dialah dilantik menjadi guide saya sepanjang berada di sana. Saya pergi bersama dengan rakan saya, Fendy. Namapun plan adhoc, jadi tak sempat nak rancang dengan kawan-kawan yang lain. Insyaallah..mungkin tahun-tahun depan. Berikut catatan ringkas saya sepanjang perjalanan ke bumi kelahiran Zizan Raj