Jalan-Jalan : Milan & Venice (Bahagian 1)
Salam semua! Aduhai maaf kalau blog ini berhabuk. Patutnya terus tulis sebab kepala masih "fresh". Tapi entah kenapa kali ini agak lambat. Castle Kali ini saya nak cerita pengalaman saya ke bumi Itali - yang sememangnya cukup terkenal di Eropah (dan Seantero dunia). Trip saya tak lama, hanya sekadar 5 malam. Tapi cukuplah untuk membeli belah dan menerokai tempat menarik di sana. *** Itali merupakan negara yang cukup terkenal dengan sejarah empayar Rom. Selain sejarah yang berabad lama, Italy juga lengkap dengan makanan menarik, fesyen dan juga teknologi yang melebihi sempadan. Kembara saya hanya meliputi dua bandar - Milan dan Venice. Semoga ia memberikan panduan utama jika anda mahu ke sana. Milan Hari pertama Saya tidak begitu arif tentang Milan sebelum ini. Pernah dengar tapi tak berapa tahu. Milan merupakan pusat ekonomi utama di Italy. Jika dibandingkan dengan Rome, Milan lebih maju dari segi infrastrukturnya. Milan dikenali sebagai kota Fesyen.