Karena aku sayang kamu
Lirik memainkan peranan penting dalam sesebuah lagu. Lagu tanpa lirik ibarat drama tanpa skrip, boleh pincang dan senada. Baiklah, untuk tag lirik pilihan, aku akan share, dan kupas apa yang tersirat melalui lirik-lirik pilihan aku untuk dikongsi dalam blog aku. Bak kata Azwan,
"lirik lagu adalah salah satu cara meluahkan perasaan....."
Untuk permulaan,aku nak share satu lagu yang aku suka selain lagu TERCIPTA UNTUKKU nyanyian Ungu. Lagu dimaksudkan ialah lagu KARENA AKU SAYANG KAMU nyanyian Dygta.
Sekali lagi, lagu indonesia mendominasi fikiran aku. Maaf, bukan aku meminggirkan artis tempatan cuma lirik lagu ini amat kena dengan perasaan aku kali ini. Lirik dia lebih kurang beginilah:-
(back to reff)
Kupasan lirik:
Itulah uniknya pengorbanan seorang lelaki terhadap cinta. Mereka meluahkan melalui lagu dan ia diekspresikan melalui lirik yang cukup puitis. Frasa "cintaku takkan pernah ada yang lain" menunjukkan betapa setianya seorang lelaki itu. Persoalan juga ditimbulkan melalui lirik ini, "adakah rindu di hatimu seperti rindu yang kurasa?" seolah-olah mengambarkan cinta lelaki ini masih belum kesampaian dan seakan bertepuk sebelah tangan.Adakah si wanita itu turut merinduinya..?
"kuingin bersama dirimu ku tak akan pernah berpaling darimu walau kini kau jauh dariku"
Frasa diatas menunjukkan akan setia seorang lelaki terhadap cintanya. Biar lelaki ini dipisahkan sejauh mana sekalipun, dia tetap akan mengingati wanita ini. Huh, cukup kuat lirik lagu ini walaupun muzik latar ia amat perlahan.Lagu ini amat membuai perasaan terutama ketika waktu tidur dan teringat pula saat-saat manis bersama orang tersayang. Hehehe..
Frasa akhir,"kukan selalu menanti mu" menunjukkan, biar selama mana pun, lelaki ini sanggup menunggu wanita yang dicintai walaupun dia belum pasti akan dapat menawan hati wanita tersebut. Hebat kan?
Dari sudut hatiku:
Lagu ini amat mendalam maksudnya terutama bagi mereka yang sedang dilamun cinta atau hatinya sudah dijerat oleh cinta. Apa yang pasti, lagu ini aku tujukan buat insan yang aku sayang walaupun aku belum pasti apa anggapan dia sendiri terhadap diriku. Percayalah, aku amat sayangkan dia dengan seikhlas hati.
Siapa yang aku sayang? Adakah hujan? Mutiara? ataupu si Comel? Semuanya tidak perlu aku jawab dan tulis, cukuplah sekadar aku berikan gambaran, bahawa insan itu adalah salah satu dari elemen diatas.
Aku tak pasti adakah insan itu mengetahui bahawa aku amat sayang pada dia? Atau dia buat-buat tak tahu akan kewujudan perasaan aku? Itu aku tak pasti...! Malah, belum tentu dia akan membelek blog aku ini untuk mengetahui apa yang tersirat di sudut hati aku.
Tetapi...aku tak kisah. Karena aku sayang kamu, aku tetap menanti..dan seperti lirik lagu diatas, aku akan tetap menjadi seorang yang setia kerana insan inilah yang menjadikan aku mengenal erti kasih sayang.
Terima kasih..(Hujan/Mutiara/Si Comel)
Deduksi akhir:
Jika anda tak mengenali aku, aku harap jangan buat sebarang tanggapan. Baca dan tidak perlu buat sebarang kesimpulan. Entry ini hanya luahan hati aku.Hanya sesetengah orang sahaja yang faham (terutama yang rapat dengan aku), jadi bagi mereka yang kurang rapat atau tidak kenal, mungkin anda akan keliru. Tak mengapa, baca sebagai pedoman, mana tahu lirik ini sesuai untuk kalian semua.
Lagu ini dalam imeen player (disebelah kanan page ini).
Untuk madam mala...amacam, i boleh ajar critical thinking tak? Huhuhu...
Jumpa lagi untuk lirik pilihan akan datang...!! Chow
Comments
gambar yang ditunjukkan tu kat ump kan.....
huhuuhuhu
erm.....
hujan kat ump.....
mungkinkah mutiara dan si comel juga di ump.....
hehehehehehee
MOTIF?????
ganti I nxt week boleh????...
it is better to have loved and lost than never to have loved at all...
tapi kalau memang dasar penakut nak buat macam mana kan??? hehehe
thanks. kasih memang indah, paling penting kita kena menghargainya
azwan;-
Gambar itu hanya kebetulan. Tidak ada kaitan dengan cerita aku pun.
Madam:-
Boleh, nnt i apply jadi guru bahasa dengan dekan CMLHS.
Sentap,madam fire i..huhuhu!
nway, my all time feveret song is "best i ever had" from vertical horizon.
Tak la jadi macam hang.
yup..aku tahu pada sapa ko tujukan lagu itu..
Zakryee:-
Lepaskan jerat? Bukan senang yer..
Pegawai Khalwat:-
Huhuhu...nak wat camne...aku masih dlm proses mencari.