Jalan -jalan : Ho Chi Minh
Salam sejahtera semua,
Entri kali ini agak lambat untuk dikemaskini. Al maklumlah..kekangan internet. Jadi, langkah terbaik ialah mencari masa dan ruang untuk menulis. Baiklah, penulisan kali ini berkisar dengan perjalanan aku ke sebuah negara yang sedang meningkat naik iaitu Vietnam. Untuk makluman, vietnam ini adalah sebuah negara yang baru sahaja membuka pintunya kepada umum. Jadi, tak hairanlah negara ini masih agak ketinggalan dari negara-negara asia tenggara yang lain.
Aku ke Vietnam dua kali sepanjang tempoh 3 bulan. Hebat kan?? Apa lagi kalau bukan tuntutan kerja :-). Vietnam terkenal dengan dua bandar iaitu Hanoi dan Ho Chi Minh. Harus diingatkan jarak Hanoi dan Ho Chi Minh lebih kurang 1000 KM. Satu di utara dan satu lagi di selatan. Jadi, kalau anda berpeluang melawat kedua-duanya sekali, memang bertuahlah.
Aku hanya berkesempatan ke Ho Chi Minh, pusat ekonomi bagi Vietnam. Ia terletak di selatan Vietnam dan perjalanan menaiki pesawat dari Kuala Lumpur hanyalah 1 jam 55 minit sahaja. Cuaca dan suhu di Ho Chi Minh sama sahaja seperti di Malaysia, cuma aku rasakan ia lebih panas kerana ia terletak di kawasan delta dan tanah rendah. Ho Chi Minh turut digelar Saigon. Maknanya, Ho Chi Minh dan Saigon adalah dua bandar yang sama. Jadi, jangan pula keliru yer! Hihi.
Hari Pertama:
Tiba di Saigon dalam jam 10.00am. Waktu di Saigon beza sejam dengan waktu Malaysia. Waktunya lebih awal sejam. Jam 10.00am maknanya 11 pagi waktu Malaysia. Lapangan terbang Saigon tak ubah seperti lapangan terbang Penang. Ringkas tetapi menarik. Ia tidaklah terlalu besar, jadi kalau anda pertama kali tiba disini, agak mudah untuk ke ruangan imigresen dan bagasi. Oh ya, sekiranya anda ke Vietnam anda tidak memerlukan "kad ketibaan ". Jadi, mudahlah untuk anda, tak perlu bersusah payah mengisi borang lagi.
Suasana bandar Saigon memang berbeza dengan KL. Bandarnya terlalu sesak dengan manusia. Dianggarankan populasi Saigon dalam 20 juta orang. Dan ini merupakan bandaraya paling besar populasinya di Vietnam. Saigon juga merupakan pusat ekonomi dan pusat perdagangan bagi Vietnam. Jadi tak hairanlah, banyak bangunan baru dan moden tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
Sampai di Saigon, lokasi pertama ialah Gereja Notre Dome dan Pejabat Pos Saigon. Kenapa? Ini merupakan kawasan sejarah bagi Saigon. Bangunan gereja ini merupakan bangunan tinggalan Perancis, yang pernah menjajah Vietnam suatu ketika dahulu. Manakalah, pejabat pos saigon pula merupakan hasil rekaan Stephen Sauvestre, yang merupakan artikek kepada Menara Eifel di Paris, Perancis. Sekiranya anda berada di sini, seolah-olah anda berada di Perancis. Memang unik.
Selain gereja dan pejabat pos, ada banyak bangunan tinggalan perancis seperti bangunan City Hall, muzium, dan Opera House. Kesemua bangunan masih berfungsi dengan baik dan dijaga dengan rapi. Dan anda harus ke sini sekiranya anda pertama kali menjejakkan kaki ke Saigon. Selepas melawat kesemua bangunan, kini adalah masa untuk makan....
Makan di Saigon tidak menjadi masalah besar. Banyak makanan halal, dan rasanya juga boleh tahan. Restoran Malaysia pun banyak disini. Tidak hairanlah anda akan dapat berjumpa ramai pelancong dari Malaysia yang turut makan di beberapa restoran di Saigon. Salah satu restoran yang popular di Saigon ialah Halal Saigon. Ia terletak berhampiran dengan Hotel Sheraton dan masjid Saigon. Disini makanannya juga boleh tahan, dan ada wifi. Aku suka dengan restoran ini kerana ia bersih dan dijaga rapi. Pelayannya juga sangat profesional dan faham bahasa melayu.
Selepas makan, masa untuk check in hotel. Ada banyak hotel di Saigon. Nasihat aku, pilih hotel di District 1. Kerana ia terletak di tengah bandar dan mudah untuk anda membeli belah. Hotel yang aku duduk ialah Rex Hotel, berhampiran city hall. Ia merupakan hotel bertaraf 5 bintang dan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Vietnam.
Petang tersebut, selepas mandi dan berehat, kami bergerak ke muzium perang. Ia merupakan muzium yang popular di Saigon. Mungkin ramai yang tak berminat untuk ke muzium, tapi aku rasa ini antara tempat yang harus anda pergi. Kenapa? Disini terdapat pameran mengenai perang vietnam yang berlaku pada awal tahun 60 an. Muzium ini turut memuatkan gambar-gambar penderitaan masyarakat Vietnam, kereta kebal, penjara mini, dan juga pesawat. Bagi aku ia adalah lawatan berbaloi dan berilmu.
Selepas melawat muzium, kami bergerak ke restoran yang dinamakan VN Halal. Restoran ini terletak berhampiran Ben thanh Market - pusat bandaraya Ho Chi Minh. Jadi kalau anda datang ke pasar ini, jangan lupa untuk singgah makan di sini. Makanan disini boleh dikatakan agak OK, dan paling sedap ialah Kari Ikan dan sambal belacannya.
Hari kedua:
Hari kedua bermula dengan menjelajah keluar daripada Saigon. Kali ini kami semua ke tempat sejarah yang bernama Chu Chi Tunnel ( Terowong Chu Chi). Ini merupakan kawasan sejarah tinggalan komunis, terletak dalam 55km daripada bandaraya Saigon. Terowong ini dibina oleh komunis semasa perang Vietnam dan ternyata lawatan ke sini amat berbaloi.
Disini anda akan dapat saksikan cara hidup orang vietnam semasa berperang. Memang unik terutama mereka sanggup menggali lubang sedalam 10m dan hidup didalamnya selama bertahun-tahun. Di dalam terowong ini jugalah mereka memasak, belajar, dan menyimpan alat-alat senjata. Oh ya, jangan sangka terowong ini macam terowong smart! Terowong ini hanya boleh memuatkan saiz badan manusia dan tak ubah seperti lubang tikus.
Selain daripada terowong, anda juga dapat melihat bagaimana jerat-jerat yang dibuat oleh tentera komunis dalam menghadapi peperangan. Jerat-jeratnya dikitar semula daripada bahan-bahan terbuang termasuklah bekas peluru dan bom yang digugurkan oleh Amerika Syarikat. Di sini anda juga berpeluang untuk menembak di padang sasar dengan menggunakan senapang patah serta membeli cenderamata yang dibuat khas dari peluru dan logam.
Selepas melawat kawasan sejarah, kami bergerak ke Saigon untuk menikmati makan tengahari. Sama juga menu seperti sebelum ini, lauk kari dan sambal belacan tidak terkecuali. Selepas makan tengahari, kami bergerak ke masjid untuk solat jamak. Selepas solat, perjalanan diteruskan dengan melawat Rumah Presiden atau nama lainnya Istana Presiden. Ini merupakan rumah bekas presiden vietnam pertama dan sekarang ia dijadikan muzium.
Senibina rumah ini tak ubah seperti rumah zaman 60an. Dan rumah ini memang besar dan menempatkan beberapa bilik termasuklah bilik tetamu, mesyuarat dan sebagainya. Kebetulan kami pergi sudah lewat petang, jadi cuaca tidaklah begitu panas.
Selepas ke Istana, kami meneruskan program dengan aktiviti membeli belah. Oh ya, Saigon merupakan syurga membeli belah terutama bagi kaum wanita. Destinasi pertama ialah ke Bin Tay Market. Bin Tay ini terletak di Chinatown, jauh sedikit dari pusat bandar. Disini adalah tempat utama bagi mereka yang ingin mencari kain pasang, barangan dalam kuantiti banyak, alas meja dan barangan berasas fabrik. Harga disini memang murah, sutera vietnam dalam RM35 untuk 4 meter. Memang berkuaiti. Harga alas meja pula dalam RM20 - yang panjang tahu!
Selepas puas membeli belah, masa untuk makan!! Kali ini kami makan di Kedai Samsudin, merupakan restoran milik melayu Champa. Selepas makan, program seterusnya ialah ke Water Puppet Show - salah satu persembahan yang harus anda tonton ketika berada di Vietnam. Show ini diadakan pada waktu malam. Menggunakan alatan muzik tradisional Vietnam, mereka akan membuat persembahan di dalam air. Cuma yang kureng sikit ialah persembahan ini menggunakan bahasa vietnam. Namun, persembahannya masih boleh difahami kerana jalan ceritanya mudah. Ternyata ia satu persembahan cukup menghiburkan dan tak rugi untuk ditonton.
Hari ketiga:
Program hari ini diteruskan dengan mengembara ke selatan bandaraya Ho Chi Minh iaitu ke Mytho. Ia merupakan pekan kecil yang terletak dalam 70km ( anggaran 1jam setengah perjalanan). Sepanjang perjalanan anda akan dapat melihat suasana sawah padi terbentang luas, dan paling unik ditengah sawah padi ada kubur. Menurut Chin, kubur itu adalah kubur bagi tuan tanah atau ahli keluarga empunya tanah tersebut.
Tiba di Mytho - ia merupakan pekan yang terletak di delta Mekong. Untuk pengetahuan, sungai Mekong merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara. Bandar Mytho rasanya lagi tersusun berbanding Saigon mungkin disebabkan ia adalah pekan kecil.
Di jeti Mytho, kami menaiki bot besar menyeberangi sungai Mekong untuk ke Pulau Unicorn. Pulau ini terdapat perkampungan nelayan dan disini juga pelbagai aktiviti kebudayaan boleh dilakukan. Di sini terdapat persembahan kebudayaan, pertunjukkan lebah, dan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis cenderamata. Di sini juga anda berpeluang merasa pelbagai buah-buahan tropika seperti jambu, ciku, buah nona dan sebagainya.
Selepas melawat kawasan ini, kami menaiki sampan kecil ( macam dalam filem melayu dulu-dulu) dan meneroka terusan kecil. Ini merupakan satu pengalaman yang cukup unik!! Paling menarik ialah sampan-sampan ini dikayuh oleh wanita yang layak digelar ibu. Jadi, faham-fahamlah bagaimana kuatnya wanita vietnam ini.
Sampan ini bergerak terus ke kuala sungai Mekong. Dari situ, kami menaiki bot yang lebih besar dan menikmati air kelapa segar di atas bot. Ternyata ini merupakan pengalaman yang sangat menarik dan harus dicuba sekiranya anda ke Vietnam.
Setelah penat menerokai Mekong, kami menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran Makanan laut. Restoran ini menyediakan makanan Vietnam sahaja dan untuk makluman disini anda akan dapat merasa "telur Dinosour" dan ikan terbang!! Haha...menarik tahu!!
Pulang ke Saigon, kami singgah ke masjid untuk solat. Selepas itu, kami mengakhiri masa-masa dengan membeli belah di Ben Thanh market. Untuk makluman, ini merupakan tempat yang harus anda pergi ketika ke Saigon. Di sini terdapat pelbagai barangan termasuklah cenderamata, makanan kering, makanan basah, baju dan kain pasang. Kemahiran menawar amat diperlukan disini. Disini juga saya merembat beberapa helai baju dan 2 pasang seluar jeans dengan harga semua sekali tak sampai RM200 pun. Murah bukan?! Paling penting kena harus bijak menawar dan membuat perbandingan antara satu kedai dengan kedai yang lain.
Makan malam kami yang terakhir dibumi saigon ialah di Four Season. Disini juga kami meraikan hari jadi salah seorang peserta lawatan. Saya juga sempat memberikan cenderamata khas untuk team lawatan dan juga kepada birthday girl!!
Hari keempat:
Pagi-pagi selepas sarapan, terus ke lapangan terbang. Sempat lah melihat suasana lapangan terbang Saigon, tapi ia tidaklah sebesar Kuala Lumpur.
Ternyata Saigon atau Ho Chi Minh merupakan syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia. Vietnam merupakan negara yang masih lagi kebelakang dari segi pembangunan, tapi banyak tempat menarik yang boleh diterokai. Ternyata mereka bangkit dari peperangan dan kini ekonomi mereka sangatlah berkembang pesat.
Ini merupakan tips ringkas andai kata anda semua mahu melawat Saigon / Ho Chi Minh:
1. Tukar duit USD dan Dong. Pastikan ada sedikit USD - ia membantu anda membeli belah disana.
2. Saya sarankan membeli barangan dalam Dong - mudah untuk dapat tukaran balik. Dan harga jauh lebih murah berbanding gunakan USD.
3. Teknik tawar-menawar amatlah penting.
4. Beli air mineral yang betul-betul selamat. Minum air banyak kerana Vietnam sangat panas berbanding Malaysia.
5. Pakai kasut ketika anda ke Mekong ataupun Chu Chi Tunnel.
6. Perkara harus anda beli - telekung, alas meja, kain pasang, baju, dan juga makanan kering! Murah!!
7. Anda harus cuba kopi vietnam dan buah rambutannya. Memang terbaik!!
8. Pilih hotel berhampiran dengan Ben Thanh kerana senang nak dapatkan teksi dan juga ke kedai makan.
9. Pilih teksi bernama "vinasun" - ia lebih murah dan berbaloi!!
10. Minta bellboy /staff hotel untuk maklumkan kepada pemandu teksi tentang lokasi tempat yang anda ingin pergi. Ini kerana kebanyakan pemandu teksi tidak memahami bahasa Inggeris.
Selamat melancong!! Cam eng!!
Ingin jelajah Ho Chi Minh? Dapatkan pakej pelancongan istimewa dengan email secara terus ke rentaka.travel@gmail.com. Insyallah 100% muslim tour.

Comments
Contact siapa? Boleh terus email kepada saya raja.azrul@gmail.com
Wow...selamat melancong! Saya cadangkan saudari berhubung dengan agen pelancongan di Malaysia.
Insyaallah, mereka boleh aturkan guide disana. Tapi kalau susah, boleh contact pihak hotel dan mereka boleh aturkan disana.
Harap dapat membantu.
Hotel paling sesuai ialah Tan Hai Long. Hotel ini bertaraf 3 * dan memang dekat dengan Ben Thanh market. Kalau ada bajet lebih boleh lah ke Rex Hotel atau New World, lokasinya pun memang tengah bandar.
Untuk ke Seoul, tidak perlu visa.
Saya paling suka New Wprld sebab ia setaraf dengan Sheraton. Lokasi pun tidak jauh dari Ben Thanh Market.
Oh ye ke? Selamat melancong!! Sana adalah syurga membeli belah terutama kain pasang dan baju ciplak! Memang murah!!
Makanan halal ada banyak kat sana..jangan risau lah...insyaallah tak kelaparan
Brp caj die sehari yer utk tourist guide? Ni emel saya goldenrich10@gmail.com thanks, hrp dpt membantu....
Saya cadangkan untuk anda bertanya dengan travel agent di sini. Sbb guide kat sana kebanyakan tak deal secara direct dengan customer. Lagipun, kebanyakan mereka terikat dengan kontrak kementerian pelancongan di sana.
Azrul
Kalau nak shopping tak perlu guide. Mudah sahaja, ambil hotel sekitar Ben Thanh atau District 1. Saya ada sebutkan beberapa nama hotel dalam komen saya diatas.
Kalau nak pergi Bin Tay ( pasar terkenal dengan kain pasang) anda boleh minta staff hotel dapatkan teksi, dan minta dia maklumkan kepada pemandu dalam bahasa Vietnam. Insyaallah selamat
Kalau payah sangat...activate roaming. Harga depend on operator. Kalau nak call Malaysia, tekan +60 dan no kawasan.
Anon 22/11 - Ben Thanh adalah pasar menjual barangan ciplak seperti baju, seluar jean. Ada juga tudung, alas meja dan barangan cenderamata yang lain.
Kalau di Bin Tay, lebih kepada kain pasang. Dan disana kebanyakan barang harus dibeli secara pukal.
Dari segi harga, hampir sama cuma anda harus bijak menawar. Saya lebih suka Ben Thanh kerana ada satu kawasan yang telah menetapkan harga tetap untuk semua barangan.
Ada banyak agensi pelancongan di Malaysia..nasihat saya, ambil agensi yang berhampiran dengan rumah anda. Setidak-tidaknya mudah untuk anda berurusan. Anda boleh cuba AAM Travel (Shah Alam), Lintas Travel (Desa Pandan), Triways Travel(Taman Tun)dan banyak lagi. Ini antara agensi bumiputera yang berpengalaman dalam pengendalian pakej Muslim.
Visa tidak perlu untuk ke Vietnam. Jangan risau. Selamat melancong!
Chu Chi Tunnel dengan Mekong tour tak sempat cover satu hari. Dua lokasi yang jauh antara satu sama lain.
Saya cadangkan pergi pada hari berbeza..kalau tak sempat, saya lebih suka pergi ke Mekong tour. Best!
Snowqueen - boleh mulakan perjalanan dalam jam 8, atau 9. Sama sahaja...beza masa Saigon dan KL adalah 1 jam.
Saya tak pasti ada urusan penghantaran pos. Sebab di Bin Tay ada banyak kedai. Mungkin boleh dibuat (dengan berbaik-baik dengan pekedai di sana).
guide local yang dipercayai? kalau ada..
Kalau 6 hari, boleh pergi ke Vun Tau. Mungkin 2 atau 3 hari spend masa kat Ben Thanh. Untuk guide, boleh refer dengan mana-mana travel agent kat Malaysia.
Anon 20/9:
Cuaca panas. Jadi boleh pakai t-shirt atau baju nipis. Mungkin boleh hujan tapi keberangkalian rendah.
Kalau MLM/Incentives, pergi Ho Chi Minh la sebab orang Malaysia ni memang kaki shopping. Rugi pergi Hanoi sebab Hanoi lebih kepada pemandangan dan tempat bersejarah.