Pilihanraya umum 13? Gelap???

Salam semua,

Alhamdulillah, kini kita sudah berada dalam bulan 5 2013. Begitu cepat masa berlalu. Dalam sedar tak sedar juga, blog ini telah ditulis hampir 6 tahun. Wow, masih bertahan ye! Di kala orang sibuk Facebook, Twitter, whatappss dan macam-macam, aku masih menganggap blog adalah medium terbaik dalam menulis apa yang berlaku dalam kehidupan harian kita.

Baiklah, untuk penulisan kali ini, aku ingin memberi pandangan ringkas mengenai pilihanraya umum ke 13 yang baru sahaja berlalu pada 5 Mei lepas. Wow, memang panas! Buka sahaja FB memang masih banyak lagi kiriman mengenai pilihanraya ini. Keputusan pun sudah diketahui, dimana BN memenangi 133 kerusi parlimen, berkurang 7 kerusi berbanding pilihanraya lepas.

Pada pandangan aku, masih banyak kelompongan dan perkara asas yang perlu dibaiki oleh kesemua pihak. Walaupun peratusan mengundi tinggi (antara dalam dunia), namun masih lagi wujud dakwaan ketidaktelusan SPR dalam mengendalikan piliharaya ini.

1. Suburkan demokrasi
Masih ramai lagi rakyat Malaysia tak faham dengan maksud demokrasi. Media perdana masih lagi dikongkong atau dikawal oleh BN. Jadi, masyarakat luar bandar yang kekurangan maklumat lebih mudah untuk memahami apa yang diperkatakan oleh media, berbanding maklumat sebenar. Ini sebenarnya membawa keadaan yang kurang sihat. PR pula tidak diberi peluang yang sama untuk bercakap atau mengeluarkan sebarang kenyataan di media. Bagi aku, ini adalah suatu perkara yang harus dipandang serius.

2. Pilihanraya yang adil, dan tepat.
Pelbagai keraguan yang wujud semasa pilihanraya lepas. Keraguan ini bermula dengan undi pos yang turut melibatkan isteri kepada pegawai tentera dan polis terlibat. Hmmmm...kemudian, undi pos tidak dikira, sebaliknya disimpan sebelum dikira pada hari pengundian. Ini sebenarnya boleh mengundang spekulasi kepada rakyat, akan ketelusan SPR. Kemudian, isu dakwat kekal yang tidak kekal. SPR menyatakan dakwat tersebut kekal 2-7 hari, tapi ramai membuat aduan, ia kekal dalam 10 minit sahaja. Jawapan SPR masih belum jelas mengenai dakwaan ini.

Persempadanan kawasan dan parlimen juga harus dibuat, untuk wujudkan keadaan adil dan saksama. Contohnya, Sarawak mempunyai kawasan parlimen yang paling banyak, tetapi kepadatan penduduk masih rendah jika dibandingkan dengan Selangor dan Johor. Situasi ini akan menjejaskan kualiti parti yang menang, sedangkan pilihanraya ini adalah hak rakyat. Aku rasa pihak SPR harus mengambil kira perkara ini dalam pilihanraya akan datang.

3. Manifesto menyeluruh
Tidak dinafikan, kedua-dua belah pihak mampu menghasilkan manifesto yang baik sekali. Namun, kajian harus dibuat mengenai apa yang kurang mengenai Aku Janji & Manifesto PR. Jika dilihat, Aku Janji BN lebih kepada kawasan golongan luar bandar, manakala PR pula ke arah masyarakat bandar. Situasi ini amat kurang baik, dan boleh menyebabkan undian terpecah dalam keadaan tidak stabil. Maka, untuk pilihanraya akan datang, kedua-dua belah pihak harus mengambil kira kesemua kawasan termasuk lah di Sabah & Sarawak.

4. Ikut kehendak rakyat
Sudah masa kesemua pihak harus faham apa menjadi masalah utama dalam negara kita sekarang. Masalah inflasi, kos hidup makin tinggi, persaingan tidak sihat dan masalah perkauman. Kesemua ini harus dicari formula yang sesuai untuk memastikan Malaysia terus unggul di mata dunia. Ketepikan dulu fahaman politik, duduk semeja dan berbincang mengenai masa depan negara. Kalah pilihanraya bukan bermakna anda tidak bagus. Rakyat Malaysia masih perlukan idea anda semua untuk memimpin negara. Aku kagum melihat Datuk Saifudddin ( BN _temerluh) yang sanggup bekerjasama dengan wakil PAS, walaupun beliau kalah dalam pilihanraya. Ingat, bekerjasama bukan bermaksud lompat parti. Ia cuma sekadar memberikan khidmat dan pandangan tentang pentadbiran dan politik yang sihat.

5. Wujud keadaan politik sihat.
 Politik sihat - adalah dimana kesemua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan berkesan. Aku kurang suka dengan kenyataan " pembangkang asyik membangkang sahaja". Benar, tugas pembangkang adalah membangkang. Kerajaan mempertahankan kes, dan usul. Itu sepatutnya berlaku. Jika semua ahli MP tahu tugas mereka, aku kira keadaan ini membolehkan kita mewujudkan politik yang sihat. Lihat sahaja contoh UK, dimana debat dalam parlimen disiarkan di saluran khas BBC.

Oklah, penat dah menulis. Apa-apapun tahniah kepada kedua-kedua belah pihak. Aku rasa tindakan PR untuk menolak keputusan adalah langkah terbaik, sebab semua orang ada pandangan masing-masing. Maka, PR harus gunakan saluran yang betul dalam mepertikaikan keputusan tersebut. Pandangan aku, jika ada sebarang keraguan, tunjukkan lah dengan bukti yang sahih. Bukan melalui kenyataan atau video yang telah diedit.

Aku bukanlah seorang ahli politik, cuma ini adalah pandangan kecil dari seorang rakyat Malaysia.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...