Jalan-jalan : Brisbane
Salam 1 Malaysia semua,
Kembali kepada mood penulisan. Kali ini saya nak menyambung penulisan saya iaitu ke Brisbane - ibu negeri Queensland. Ramai mungkin pernah dengar nama Brisbane? tapi tak pasti adakah Brisbane menarik untuk diterokai atau tidak, kali ini biarlah jari jemari ini bercerita sedikit.
Pengenalan:
Brisbane merupakan bandaraya ketiga terbesar di Australia, selepas Sydney dan Melbourne. Lokasinya terletak di timur laut Australia, dan ia juga merupakan pintu masuk utama bagi penerbangan antarabangsa yang ingin ke Gold Coast. Jarak Brisbane ke Gold coast hanyalah 1 jam sahaja dan dihubungkan melalui keretapi ataupun lebuhraya.
Dari Gold Coast ke Brisbane:
Perjalanan saya bermula di Gold Coast dan selama 5 hari saya berada di sana, jadi saya meneruskan perjalanan ke Brisbane. Dari GC ke Brisbane, anda perlu menaiki bas dan keretapi. Bas ada banyak dari Surfer Paradise. Oh ya, jika anda ingin menggunakan perkhidmatan awam, anda perlu membeli Go Card. Kenapa Go Card? Sebab akan dapat lagi diskaun jika gunakan go card. Konsep go card ini macam touch n go. Dan dia boleh bertahan selama 10 tahun. Jadi tak rugi pun kalau beli.
Maklumat mengenai Go Card seperti berikut : https://translink.com.au/tickets-and-fares/go-card
Stesen terhampir dengan Surfer Paradise ialah Nerang atau Varsity Lake (jika dari Airport GC). Untuk ke Brisbane, perlu turun di Brisbane Central dan gunakan line Gold Coast. Train dia sama sahaja seperti komuter, tapi on time ye. Jadi anda tak perlu risau akan kelewatan. Lagi satu GC line akan terus ke lapangan terbang Brisbane. Jika anda mendarat di Brisbane, boleh gunakan laluan ini.
Kalau dari Surfer Paradise kena naik Bas 740 ke Nerang station. Dari situ ambil terus train ke Brisbane - sekitar 1 jam. Harga perjalanan sekitar $12 (bas dan keretapi).
Brisbane city
Saya tiba di Brisbane hampir petang. Hotel saya ialah Metro Tower Mill. Terletak tak jauh dari Brisbane Central. Sama seperti bandar lain di Australia, kedai akan tutup awal sekitar jam 6 atau 7pm. Di Brisbane, agak payah nak jumpa orang Malaysia. Mungkin disebabkan Brisbane bukanlah bandar popular dalam kalangan orang Malaysia agaknya.
Bandar Brisbane terletak di tepi Sungai Brisbane, agak jauh sedikit dari laut. Bandar ini agak padat dan mempunyai populasi sekitar 2.3 juta orang. Kebanyakan mereka datang ke sini adalah untuk belajar dan bekerja.
Jarak hotel dari stesen Sentral dalam 10 minit berjalan. Tapi....disebabkan hotel berada di atas bukit, memang jenuh juga la...dengan nak angkut beg lagi. Kebetulan suhu pula agak panas - macam Malaysia. Jadi faham -faham jelah.
Hotel bertaraf 3.5* ini bukanlah hotel terbaik di Brisbane. Biliknya sederhana besar, dan bilik airnya agak kecil untuk taraf hotel 3.5*. Lokasinya berada di atas bukit, boleh membakar kalori jika nak ke bandar. Jalan kaki sekitar 10 minit.
Makan - makan:
Di Bribsbane makanan agak terhad (Halal) jika dibandingkan dengan Gold Coast. Mungkin populasi Islam tidak seramai bandar lain di Australia. Tapi masih ada, dan tidak akan kelaparan. Sepanjang 3 hari saya di sana, saya makan Nandos ( Halal ye), satu restoran Halal Indonesia, Kebab, dan seafood pan - food court je.
Alternatif lain yang boleh - makanan laut. Oh ya, pada hari tertentu (Khamis / Hujung minggu), ada pasar pagi sekitar Brisbane City Council. Situ ada jual pelbagai barangan makanan dan strawberi yang sangat la murah. memang berbaloi la kalau beli tapi beli kena makan terus.'
Tempat menarik di Brisbane
Disebabkan Brisbane adalah bandar, tidak banyak tarikan menarik jika dibandingkan dengan Gold Coast atau Sunshine Coast. Anda boleh ke Muzium of Queensland ( bolehlah..sebab free), Brisbane Wheel, jalan sekitar Brisbane Southbank.
Jika ada masa, bolehlah ke Australia Zoo - zoo terbesar di Australia dan dimiliki oleh keluarga Steve Irwin. Bagi kaki shopping, boleh lah ke DFO yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang Brisbane. Jika malas, boleh shopping sekitar Queen Street.
Rumusan:
Brisbane bagi saya hanyalah sebuah bandar sama seperti Perth dan Melbourne. Anda boleh lihat ramai orang berpusu-pusu pergi keja, muda mudi berkeliaran dan gelandangan yang masih ada. Oh ya, Brisbane ni bandarnya senang nak jalan satu sama lain. Tak perlu naik tren pun. Yang tak menariknya...kos pengangkutan awam di sini agak mahal (bagi saya la) jika dibandingkan dengan Perth dan Melbourne.
Lagi satu - sini payah benar nak jumpa orang Malaysia. Entah kenapa la.. hehe.
Klik disini bagi tips visa Australia
Ingin khidmat nasihat mengenai melancong? sila email ke raja.azrul@gmail.com atau tinggalkan komen dibawah.

DFO - wajib bagi kaki shopping |
Add caption |
Jambatan menghubungkan South Brisbane dan CBD |
Brisbane Wheel |
Dari puncak |
Bandaraya Brisbane |
Kuil Nepal yang berada di Southbank Parkland |
Rumusan:
Brisbane bagi saya hanyalah sebuah bandar sama seperti Perth dan Melbourne. Anda boleh lihat ramai orang berpusu-pusu pergi keja, muda mudi berkeliaran dan gelandangan yang masih ada. Oh ya, Brisbane ni bandarnya senang nak jalan satu sama lain. Tak perlu naik tren pun. Yang tak menariknya...kos pengangkutan awam di sini agak mahal (bagi saya la) jika dibandingkan dengan Perth dan Melbourne.
Lagi satu - sini payah benar nak jumpa orang Malaysia. Entah kenapa la.. hehe.
Klik disini bagi tips visa Australia
Ingin khidmat nasihat mengenai melancong? sila email ke raja.azrul@gmail.com atau tinggalkan komen dibawah.
***
Comments
- Saya kena tengok apa yang tuan inginkan. Boleh email pada saya di raja.azrul@gmail.com
@agent buat visa
- So far, lebih kurang je. cuma hotel saya rasa Brisbane lagi mahal, mungkin dia lebih pada business city. Most people lebih fokus stay kat Gold Coast