Jalan-jalan : USA aku datang lagi - edisi 2018

Salam semua!

Geng gagak hitam ke bumi NYC
Alhamdulillah sekali lagi, saya dapat menjejak kaki ke bumi Uncle Sam. Kali ini ke mana? Masih destinasi yang sama - New York, Washington DC, Niagara Falls dan Boston.

Oh ya, saya tulis simple sebaik mungkin. Tips bab visa saya dah kongsi. Bab lain macam panduan nak travel ke USA rasanya tak jauh beza kot. Cuma kali ini saya pergi musim PANAS! Yeah!!! Best rupanya pegi musim Summer nie.

yezza sekali lagi!

konon nak cari bahan sejarah

Posing sket..abaikan perut tu


smile from Liberty Island
Kenapa summer best? ramai gak yang kata, buat apa nak pegi musim Panas sebab suhu sama je macam Malaysia. Tapi serius, saya dah pegi saya faham kenapa mat saleh luar sana gilakan sangat musim Panas. Hihi. Oh ya, musim panas kat hemisfera utara bermula Julai sampai Sep, manakalah belah hemisfera selatan (Aussie/NZ) bermula December ke Feb.

Antara yang best masa musim panas ialah:
1. Siang lama - jadi boleh spend banyak aktiviti outdoor, takyah risau nak balik cepat
2. Shopping - pergh, banyak summer sales..baju-baju pun kebanyakan kita boleh beli dan boleh pakai masa kat Malaysia
3. Baju - takyah pening nak beli baju winter or jaket.
4. Attraction - ada sesetengah attraction hanya buka masa musim panas macam Maid Of The Midst, cruise, etc

Nak mintak keja kat sini boleh?


Cuma tak best masa musim panas ialah orang ramai ya ampun! Hihi. Long queue untuk sesetengah tempat. Tapi musim panas ni tak macam Malaysia. Sini panas dan lembap, tapi kat USA panas dan kering.

Oklah back to the stories...Saya nak cerita pasal Niagara Falls dan Boston sebab New York dan Washington saya dah cerita sebelum ni.

Niagara Falls

View of Niagara Falls

Antara tempat WAJIB pergi kalau anda ke East Coast, USA. Kenapa? sebab ini adalah gabungan 3 air terjun dalam satu tempat. Memang cantik gila. Niagara Falls berkongsi sempadan dengan Canada. Jadi, anda boleh je ke Canada (sebab dah nampak border), dan malam di Niagara Falls sangat happening.




Antara wajib anda pergi ialah Maid Of The Midst. Naik boat, dan bot ini akan menghampiri air terjun antara yang terbesar di dunia. CONFIRM BASAH!

Selain itu, jangan lupa singgah kat Hershey, situ ada lah tempat asal Chocolate World

sedap nya sup ni!



Selalunya, satu malam dah cukup kalau ke Niagara ni. Jarak antara Niagara dari DC lebih kurang 8 jam naik bas. Huhu..bangun, tido, bangun..baru la sampai. Oh ya, ada gak food truck jual makanan halal. So tak perlu risau bab makan semasa di sini.



Boston
Harvard Uni
Ini merupakan ibu negeri kepada Massachusetts.Antara kota tertua di USA, dan ia jumpa dikenali sebagai Ibu Kota New England. Boston turut dikenali sebagai Lobster town kerana lobster di Boston antara yang terbaik di dunia.

Lobster yang WAJIB try

Kenapa nak ke Boston? Disini adalah tempat bermula nya Harvard University. Siap ada statue dia lagi. Kalau ke Harvard, suasananya tak ubah seperti anda berada di England.

Disini juga tempat kalau nak cari bahan sejarah, buku atau cenderamata Harvard. WAJIB tau..hehe
.
Harvard Town of Boston

Harvard Shop

I'm at Harvard Book Store
ni mintak restu konon

Jarak Niagara ke Boston lebih kurang 6 jam. Saya tak pasti Boston ini wajib atau tak pergi, terpulang kepada anda. Jika berminat nak tengok Harvard, maka boleh lah singgah. Jika tak, lebihkan masa anda di New York.

Oh ya, jangan lupa singgah factory outlet disini. Murah sikit berbanding dari New York, sebab tax kat New York agak mahal.






Broadway

Edisi kali ini buat saya menjejak kaki ke Broadway. Sebab saya berada di New York lebih kurang 5 malam. Lama tu. Hihi. Tengok teater paling mudah hadam iaitu Aladdin. Kenapa Aladdin? sebab dah tau jalan cerita plus lagu-lagu dia memang best. Kalau anda ke NYC, tak sah kalau tak tengok broadway. Tapi untuk mereka yang suka teater la macam saya. Kalau tak suka, baik takyah. Hihi.


seating


terbaik


Range harga broadway sekitar USD100. Pengalaman sangat memuaskan. Ada banyak teater anda boleh pilih. Lion King, Aladdin, Sound Of Musical, Phantom Opera, Harry Potter dan banyak lagi. Boleh beli secara online atau terus ke Teater. Broadway ini terletak di Time Square. Jadi, lepas tengok teater boleh la shopping kat situ.

tamat

Fuh taip seringkas mungkin. Jangan risau, blog ini masih aktif. Boleh follow FB saya raja azrul atau email saya kalau nak tanya apa-apa. Insyaallah akan berbalas - raja.azrul@gmail.com

Doakan saya ke US sekali lagi 2019, mungkin bersama anda?

***
rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...