Hadir seketika


Walau dia hadir seketika,
Aku bersyukur,
kerana hati sudah terpaut walaupun ia cuma seketika..

Aku mengerti, ku tak mampu menawan hatinya
Penuh persoalan yang belum dijawab,
tapi harus dia ketahui,
diri ini sedia menerimanya walau apa pun terjadi.

Dia hadir seketika,
Cukup mengubat kesunyian yang sudah lama terpendam.
Kini,
aku harus terima satu perkara..
dia bukan milikku...

Harus ku lepaskan walaupun pahit.
Biarlah apa pun orang kata,
aku ingin ucapkan terima kasih
kerana kamu hadir dalam diriku.

Jauh disudut hati, aku amat merindui kamu :-)

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...