sibuk atau tiada keinginan??


Salam semua!

Ramai antara kita suka memberikan alasan "sibuk", "tiada masa" dan seantero dengannya apabila dikehendaki untuk melakukan sesuatu perkara. Ada juga mengambil sikap mendiamkan diri seolah-olah tidak mengambil tahu, pura-pura tidak membaca sms atau mesej, tidak mengangkat telefon dan sebagainya.

Sikap inilah sering kali terjadi kepada kita. Malah aku akui aku juga turut melakukan perkara yang sama. Persoalan yang timbul, kalau benar kita ini sibuk, mengapa kualiti kerja kita masih di tahap yang sama? Mengapa dalam kesibukan kita juga, sempat juga kita menjamah makanan, membuka FB, membaca twitter dan juga berkaraoke.

Sebenarnya, permulaan untuk melakukan sesuatu perkara ialah "intention" atau keinginan dalam bahasa mudahnya. Contohnya, kita akan sanggup berhujan dan berpanas andai kata mendapat tahu kerajaan malaysia memberikan wang tunai RM1000 seorang kepada pekerja swasta. Lucu bukan? Ada yang sanggup beratur tak kira masa, sanggup meninggalkan rutin harian, bersesak dalam trafik dan macam macam lagi demi rm1000.

Bagaimana pula kalau perkara itu dianggap remeh atau tidak begitu penting? Mungkin ada antara kita yang hanya memandang sambil lewa, atau kalau buatpun cukup lah sekadar buat. Hasilnya?? Tidak seperti yang kita inginkan. Jadi, tuntas penulisan aku kali ini cukup mudah, kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Andai kata ia sukar dilaksanakan, maka tolaklah dengan baik. Tidak perlu berdiam diri atau memberi alasan yang kadang-kadang tidak relevan atau tak masuk akal.

Pokok pangkalnya, nasihat untuk diriku dan semua, pengurusan kerja adalah amat penting. Dengan pengurusan yang baik, insyaallah semua yang tertangguh akan dapat dihasilkan dengan baik.

rajaazrul

Comments

Popular posts from this blog

PTPTN Blacklist..??

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Si Merah...