Posts

Showing posts from June, 2011

Jalan-Jalan : Kota London

Image
Salam sejahtera, Teringat masa kecil-kecil dahulu, tatkala saya menonton drama Cinta Koperat, sebuah drama yang menjadikan London sebagai salah satu set pengambarannya, teruja melihat para pelakon beraksi di Kotaraya yang penuh sejarah itu. Pada tahun 2005, kawan baik saya iaitu Azwan turut berpeluang ke sana. Begitu juga dengan cerita manis dari Madam Mala yang pernah menuntut ilmu di sana. Siapa sangka, mungkin ini dikatakan rezeki, mungkin ia juga dikatakan peluang, saya telah diberi tanggunjawab untuk membawa group ke London, United Kingdom. Maka dengan itu, saya ingin berkongsi pengalaman pahit manis saya di kotaraya London ini dengan anda semua. Diharap, perkongsian saya ini dapat memberikan anda inspirasi, tips dan panduan mereka yang ingin ke sana. Perjalanan bermula: Seperti biasa, KLIA menjadi destinasi pertama saya jejak sebelum bertolak ke London. Saya menaiki Emirates iaitu syarikat penerbangan UAE. Jadi, saya akan transit ke Dubai. Perjalanan ke Dubai adalah selam