Posts

Showing posts from May, 2014

Ulasan : Dibawah Lindungan Kaabah (teater)

Image
Salam semua, Sudah lama saya tidak memberikan ulasan kepada persembahan teater. Maklumlah sudah lama meninggalkan alam teater. Dalam tahun 2013, sempat juga saya menonton beberapa naskah teater. Tapi untuk tahun 2014, saya berkesempatan menonton satu naskah teater yang berjudul Dibawah Lindungan Kaabah (DBLK) di Istana Budaya pada 10 Mei 2014 lepas. # komen dan ulasan ini adalah berdasarkan pandangan kecil saya sebagai penonton. Bukan berniat memperkecilkan usaha mana-mana pihak. Pengenalan : Dibawah Lindungan Kaabah merupakah novel yang ditulis oleh penulis terkenal Indonesia iaitu Allahyarham Hamka Saya pernah menonton filem DBLK yang diterbitkan oleh produksi Indonesia (trailer dibawah). Mungkin disebabkan kekuatan karya ini, menyebabkan CTRA Production (dibawah terbitan Siti Rohayah Atan) cuba mengadaptasi karya ini di atas pentas yang lebih besar. Teater berdurasi  2 jam 30 minit mula dipentaskan pada tarikh 9 - 18 Mei 2014. Ia diarahkan oleh Rosminah Tahir, pengarah

Makan - makan : Restoran Sukhumvit Garden Gombak

Image
Salam semua! Apa khabar pembaca semua! Papan tanda restoran Dah lama rasanya saya tak menulis pasal food blog. Lazim sangat menulis mengenai jalan- jalan. Takpa..kali ini saya nak ajak para pembaca budiman menikmati gerai makan yang lain, murah dan berbaloi. Apakah ia?? Namanya ialah Restoran Sukhumvit Garden yang terletak di Gombak. Oooopss.. lokasi yang lebih tepat ialah berhampiran MRR2, Shell jalan ke UIA/Karak tu. Kalau anda dari Taman Melati/ Wangsa Maju/ Melawati... restoran ini terletak sebelah kiri. Anda harus masuk ke kiri selepas sahaja simpang taman melati ( Shell sebagai tanda aras). Kalau terlepas, alamatnya kena buat U turn dekat Greenwood...jauh tu! Restoran ini asalnya Kunang-kunang. Tapi itu dulu..sekarang Kunang - Kunang dah berubah menjadi Sukhumvit. Oh ya, restoran ini ada cawangan di Kampung Baru (rasanya itu HQ kot). Dah nama pun Sukhumvit - salah satu daerah di Bangkok, sah-sah ia menghidangkan masakan Thai. Tapi versi Malaysia laa.. Suasana restor