Posts

Showing posts from December, 2008

Kejutan...!!

Assalamualaikum.... Konichiwa!!! Alhamdulillah...hari jadi aku pun dah berlalu..aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang telah wishkan pada aku. Orang pertama yang wish kat aku ialah ibu aku, al-maklumlah, kat rumah. Orang yang pertama antar SMS pula ialah Fendy yang berada di Melaka, dan orang yang wish kat aku melalui telefon adalah Mariam, member aku dari KL. Semua aku ucapkan terima kasih esp junior2 aku seperti Adam, Azril dan Nida. Tak lupa Law Kok Sing... Semua amat aku hargai!! Selalunya apabila berlaku hari jadi, memang ada kejutan besar buat kita..aku pun tak terkecuali..nak tahu apa kejutan buat aku?? 1. Takda elektrik:- -Rumah aku ketiadaan elektrik pada jam 7.30pagi sampai jam 12.30tengahari. Hampas tul!! Nasib baik sempat aku nak tengok Kenduri Mawi kahwin... 2. SMS dari orang yang aku tak sangka... -orang yang aku sangka akan wish, wish kat aku birthday, tepat jam 12am, tapi orang yang aku agak akan wish dan maklum akan birthday aku, tak pulak wish..takpelah R

Iroha

Image
Iro ha ni ho he to Chi i ru nu u ro Wa ga yo ta re zo tsu ne na ra mu u i no okuyama kyo koete asaki yume meji ei mo sezu Gomennasai watashi wakari mas nihon go, anata wakari mas ka? hehehe....gomen nasai!! oya sumi nasai p/s:- just for anyone can understand japanese words!! Iroha mean poems in Japan. ~Hideki~

Tak susahkan orang

Alhamdulillah... Setelah sekian lama aku nantikan, aku dapat juga apa yang aku inginkan. Perkara yang aku memang nantikan sejak dulu lagi, telah banyak pengorbanan aku lakukan demi perkara ini, tapi tuhan memang Maha Kuasa, ia akan sentiasa membantu hambaNya... Selepas ini, aku takkan susahkan orang lagi dah..aku taknak buat orang masam muka dengan aku, aku taknak buat orang emo ngan aku dan aku taknak orang sibuk perli aku... Itulah hakikat dan rezeki yang aku dapat hari ini. Terima kasih Ya Allah...aku bersyukur dengan nikmat kau ini...... Yang penting...aku dah tak susahkan orang lain..... p/s: Keikhlasan seseorang amat sukar diramal, ia ibarat seperti semut hitam di atas batu hitam, ia ada cuma tak nampak...

Ke puncak!

Image
Assalamualaikum... Aku telah ke Genting Highlands bersama dengan adik-adikku (Raja Azriq dan Raja Azhar) dan sepupu aku (khairul) pada 15 Disember 2008. Kami pergi balik hari sahaja, tak banyak tempat dan permainan kami main kerana manusia agak ramai (cuti katakan..hehehe) Tarikan baru yang aku masuk: Mirror Laser Maze..tapi tak best langsung.Rugi RM10) Ok..taknak cerita panjang..tengok jerlah gambar dan kalau nak komen..silakan...!! Genting ada promosi: Kalau ada datang pada harijadi anda, anda boleh masuk ke Outdoor theme park dengan percuma...hehehe (jadi promoter genting kejap) ( Melihat pemandangan dari kereta kabel) (Putera kepada Raja Adnan: Dari kiri-Raja Azhar/De, Raja Azriq/Angah dan Raja Azrul/along) (Dalam Snow World-sejuk siut...!!!) ( Mencari harta karun) (Adik-adik aku: Dihadapan Hotel First World) ( Di luar Highlands Hotel-suhu serendah 20 darjah C)

Definisi Sahabat dan semangat kekitaan

Image
* Baca dengan teliti dan hati-hati. Segala komen anda amat saya hargai. Terima kasih. Apabila menyentuh mengenai persahabatan, ia adalah satu definisi yang cukup kompleks. Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Tapi secara akar, sahabat ialah insan yang boleh memahami kita sewaktu susah dan senang. Dia sentiasa dekat dengan kita walaupun dia berada beribu batu dengan kita (definisi Pakar motivasi Dr. Fadzillah Kamsah). Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai perangai dan tabiat. Ada antaranya kita boleh terima, dan ada juga kita anggap sebagai menjengkelkan. Sebagai sahabat, kita boleh terima kelemahan orang lain. Contohnya, jika sahabat kita tu jenis 'bad temper', kita boleh terima seadannya. Aku tak tahulah, ada beberapa pihak sibuk memperdebatkan definisi persahabatan. Bukan apa, aku bosan bila terlampau menyebut sahabat, seolah-olah aku dituduh tak pernah menjalankan tanggunjawab aku sebagai sahabat! Adakah aku ini teruk sangat? Adakah aku jenis suka

Kembali Normal

Image
Assalamualaikum... Hampir seminggu aku tak mengemaskini blog ini. Al maklumlah, kita semua dalam mood hari raya haji. Nampak gaya, bulan disember sudah muncul. Inilah bulan yang penuh pengertian pada aku, saban tahun.... Bulan ini adalah bulan kelahiran aku dan adik aku (28 hb ini) dan juga kawan-kawan aku seperti Azwan (14hb), Melody (12hb) Najib mokhtar (16hb) dan Fendy (11hb). Aku seperti biasa, tak banyak projek boom bulan ini kerana menumpukan beberapa perkara berkaitan dengan keluarga tercinta. Esok (15hb), nenek aku akan ke Medan, Indonesia. Melancong bersama dengan uncle aku. Jeles juga, sebab nak ikut sangat!! Tapi susahlah pulak dah takde duit ni. Kena simpa kerana tahun depan banyak lagi perkara yang memerlukan duit. Harap-harap nenek aku berseronok di sana. Selasa lepas, ibu aku pulang ke kampung aku di Penang. Aku sahaja tak pulang. Malas... iyalah, aku ada sedikit kerja perlu disiapkan, dan kalau aku tangguh, pasti kerja ini tidak dapat disiapkan pada masa ditetapkan. Ada

Perjalanan aku-siri 3

Image
Assalamualaikum.... Perjalanan aku diteruskan pada 29 November dimana pada tarikh itu aku telah pergi ke UIAM, Gombak melihat juniorku berdebat. So far, aku tak boleh komen sangat, kerana aku tak berada di sana semasa mereka berdebat (kerana jadi hakim). Tapi apa yang aku boleh beritahu, banyak kenangan manis ketika aku berada di sana.... 1. Team UMP utama A dan B, masing-masing menang 3, manakala team muda A dan B hanya menang 2: Tak mengapa, usaha lagi.... 2. Pendebat terbaik semasa pre-lim...Mashitah (3 kali), Fendy (2 kali), Adam dan Nadiah (1 kali). Tahniah...!! 3. Banyak pendebat UMP yang dah down, selepas perlawanan kelima..entahlah, mungkin kerana stress agaknya..hehehe... 4. Hafizul dan En. Redzuwan turut hadir memeriahkan suasana.. (meriah ke??) 5. Azwan tak tidur bersama pendebat UMP, kerana mempunyai tanggungjawab bersama keluarga di Shah Alam. Tapi kerana semangat debat, beliau sanggup datang awal pagi dari Shah Alam ke Gombak!! Hebat lah!! (hehehe....) 6. Madam Noli sang

Perjalanan aku - siri 2

Image
Pada 18 November 2008, aku telah ke UMP bagi menghadiri latihan debat untuk junior ku bagi persediaan mereka Debat Diraja 2008. Banyak kenangan manis ketika berada di sana. Tak kurang juga, ada junior baru (1st year) yang menangis, mungkin disebabkan tekanan yang begitu hebat semasa latihan. Hehehe...macam-macam berlaku. Tapi latihan debat memang menyeronokkan terutama bagi aku yang memang "gila berdebat". Aku off 3 hari (21-23 Nov) bagi memberi laluan reunion di JB. Setelah itu, aku menyambung tugas sebagai jurulatih debat di UMP. Pada 23 Nov, budak-budak debat telah keluar berjalan-jalan di sekitar kuantan. Kebetulan, aku baru pulang dari JB, dan terus berjumpa mereka. Dan, saat itu jugak aku berjumpa dengan najib mokhtar, rumet aku di UMP. Dan, pada 27 Nov, merupakan hari jadi pendebat UMP, Firdaus Hashim atau nama timangannya Firdaus Obligasi. Selamat Hari Jadi ke 21...hehehe... Oklah, aku upload beberapa picture sepanjang training kami semua di sana...check it out!

Perjalanan aku- siri 1

Image
Assalamualaikum... Selama dua minggu aku merantau ke sana ke mari, berjalan sakan, melepaskan lelah yang sekian lama tidak dilepaskan..hehehe untuk siri 1, aku hanya akan uploadkan gambar ketika berada di Johor Bahru iatu pada 21 November sehingga 23 November 2008.