Travel

Travel

Mengira detik

Thursday, January 31, 2008

Sayang..sayang..sayang...

Nasihat aku, jika kita sayang seseorang..tunjukkanlah dengan hati yang ikhlas.

Apa-apapun, keluarga adalah perkara pertama yang aku letakkan sebagai orang yang paling aku sayang. Kini, fokus aku adalah untuk keluarga aku..yang mana merekalah membesarkan aku sehingga aku berumur 23 tahun 1 bulan 3 hari ini.

Jadi, entry kali ini memang aku tujukan pada semua ahli keluarga aku sayangi!!


Ayahanda : Almarhum YM Raja Adnan B. Raja Adam

Bonda: Puan Anikah Rusida Bt Yusof


Adinda-adinda ku:

1. YM Raja Azriq Suhaimi B. Raja Adnan

2. YM Raja Azhar Syahriman B. Raja Adnan

3. YM Raja Intan Sofia Bt. Raja Adnan

4. YM Raja Intan Suhana Bt. Raja Adnan

5. YM Raja Akmal Fitri B. Raja Adnan


Along sangat sayang kalian semua. Dikaulah inspirasi dan tulang belakang along! Semoga Allah kuatkan semangat kita semua mengharungi hidup yang penuh cabaran dan ranjau ini!

Ingatlah, sejauh mana kita mencari erti hidup, keluarga jugalah tempat kita berlindung. Sejauh mana atau sehabat mana cinta kita, keluarga jugalah yang akan menjadi pokok paling utama.
Debat ASTAR 2006(25 Mac 2006) dalam kenangan...
Buat semua adik-adik debat, semoga berjaya dalam perjuangan Debat Astar UM dan Debat Integriti di USM. Bersemangatlah dan bawalah sesuatu yang manis nanti!!

Tuesday, January 29, 2008

Magiknya hidup aku!

Debat + Magik!
Sepanjang aku masuk debat, ia memang terkenal dengan magik. Kadang-kadang tidak semua perkara yang kita alami akan kekal, dan kadang-kadang akan berlaku banyak perkara yang tak dijangka akan wujud dalam kita ingin mencapainya.
Itulah kelainan dan uniknya debat! Melalui debat, aku kenal pelbagai karenah manusia..melalui debat, aku menjalinkan persahabatan dan melalui debat aku mengenal makna kasih sayang.
Itulah magiknya debat yang mungkin tiada dalam entiti lain.

Rasa kelainan?!
Apabila kita dihambat emosi, sudah tentu semua perkara dilakukan akan tidak kena. Ini juga boleh berlaku dalam debat. Aku sendiri tidak mengerti kerana kadang-kadang debat juga dijadikan medan untuk mengeluarkan emosi. Sedangkan emosi adalah suatu perkara yang perlu dikawal. Maaf, mungkin ia adalah suatu tempelan..tetapi kepada adik-adik, jangan jadikan debat ini suatu medan emosi. Debat akan hilang magiknya jika emosi menguasai diri dan akhirnya kita sendiri akan terjerat dalam perasaan itu.
Aku sendiri masih belum mengerti, mengapa manusia mudah berubah? Adakah kerana ingin mengejar sesuatu, kita tinggalkan apa yang berharga di depan mata kita? Fuh..itulah banyak aku nampak tetapi apakan daya aku tidak mampu berbuat apa-apa.Aku tidak ada kuasa mengubah manusia, apa yang aku mampu..berdoa pada Dia yang mencipta aku.
Banyak perkara aku rasakan lain semasa di UMP semalam. Adakah aku melakukan sesuatu perkara yang kejam? Adakah aku cuba mengambil alih sesuatu yang bukan milik aku? Huh, aku cuma ingin membantu bukannya ingin mengeruhkan lagi keadaan.

Mengikut pengalaman aku sebagai pemimpin, aku sedar bukan mudah untuk menjadi pemimpin.Memang, semua orang suka digelar ketua dan dihormati..tetapi beban yang kita lalui sangatlah sukar. Bayangkanlah..keputusan adalah di tangan kita. Itu belum ditambah dengan mereka yang mengeji atau mengutuk kita dari belakang. Tetapi aku jenis suka mengambil pendekatan rasional. Selagi aku tahu ia tidak menjejaskan mana-mana pihak, aku tetap dengan pendirian aku.

Kini, aku bukan lagi pemimpin Kelab Kebudayaan ! Aku hanya pemerhati dari belakang. Aku kini adalah pemimpin kepada perasaan dan tindak-tanduk aku sendiri. Aku perlu bijak mengawal segala situasi agar tindakan aku kena pada masanya. Aku tidak mengharapkan sebarang ganjaran tetapi aku hanya inginkan seuatu yang manis diberikan kepada perasaan aku.

Aku tahu, segala yang manis bukan datang dalam tempoh sekejap..ia perlu banyak pendekatan dan masa yang tertentu!

Aku bukan keliru, cuma aku tidak mahu sesiapa terperangkap dalam keadaan sekarang. Aku mahukan tindakan aku adalah tindakan rasional, bukan dipengaruhi oleh emosi atau perasaan hati!
Apa yang pasti..aku mahukan yang terbaik dan sesuatu yang lain dari yang lain!!

Masanya akan tiba!

Orang kata biar masa akan menentukan! Aku katakan tak!! Kerana kita sendiri yang mengawal masa, hanya yang ESA menentukan bila perkaraitu berlaku.

Masanya akan tiba, Cuma kita tak tahu bila..mungkin bulan depan? Hehehe, itu sama-sama kita kena nantikan!!

Jangan salah tafsir?

Maaf, entry aku berbelit-belit kali ini.

Buat mereka mengenali aku:
Anda akan faham apa yang aku tulis. Anda lah harapan aku untuk aku menjadi pembaik pulih serta tulang belakang aku!Doakan aku berjaya mencapai segala apa yang aku hajati! Aku amat perlukan sokongan kalian!


Buat mereka yang baru mengenali aku:
Jangan mudah melatah atau membuat sebarang tafsiran. Ignore sahaja apa yang tulis..dan bila tiba masanya, anda akan faham apa yang aku tulis diatas.


Buat “hujan”:
aku tetap menanti kehadiranmu walaupun aku sedar ia akan melukakan banyak perasaan. Sabarlah..ada banyak kelainan akan ku zahirkan buat mu. Apa yang pasti, aku amat ikhlas ingin bersamamu!!Masanya akan tiba!

Buat mereka tak kenal aku:
Tak payah baca pun takpe….Tapi kalau anda baca, terima kasih!!

Misi Nasional…..Tekad 2008!!

Kembali ke UMP

Assalamualaikum dan salam buat semua..

Kini aku kembali dalam mood biasa penulisan. Terima kasih kepada semua yang telah memberi komen untuk post Ungu, dan juga SENANDIKA. Insyallah, segala nasihat kalian serta sokongan akan aku ambil sebagai kunci mendapatkan apa yang aku hajati.

Baiklah next story, hari Sabtu lepas (26hb Jan) aku telah ke UMP, menyertai bengkel debat dan juga berjumpa kembali adik-adik Debat Kelab Orator UMP. Memang seronok, nak pula sudah lama aku tak bertemu mereka semua.

Aku sampai di UMP pada hari Jumaat (25hb) jam 8.30 pm dan terus join latihan malam itu.
Hari sabtu, bengkel debat bersama pasukan UiTM (bersama abang bad). Thanks sebab hadir!! Memang seronok dan ditambah seronok kerana kali ini aku dapat mengembalikan puzzle-puzzle sebagaimana diharapkan oleh Hafizul. Hanya jauhari mengenal manikam!!

Aku juga turut lepak ngan Tito,Daoz dan Yusrie. Seronok sangat! Thanks pada mereka yang sudi menaja penginapan aku..hehehe!! Pada Adam, Amir dan Jumain, thanks datang dan lepak bersama abang.

Hari Ahad, ada debat CHEST. Aku kena jadi hakim..takpelah, niat aku pun memang nak tolong Afizan dan adik-adik CHEST. Walaupun hanya 4 pasukan, tetapi program ini telah berjalan sebaiknya. Aku juga turut berjumpa dengan En. Sahar dan Kak Ana.


Thanks pada mereka berdua sebab banyak mengajar aku dalam kepimpinan dan pengurusan sesuatu kelab. Tanpa mereka, tiadalah debat dan teater dalam hidupku ini.

Monday, January 21, 2008

ungu-tercipta untukku

Untuk hujan,
Biar apa saja tanggapan orang,
Aku tetap akan menyokong dia,
Biar apa saja jelikan orang,
aku tetap bersama dia,

Biar si dia bukan milikku,
tapi hatinya adalah milikku.

Aku ingin membantu dia!
Akan ku berikan dia sinar dalam gelap,
akan ku berikan jalan jika dia sesat,
akan ku hulurkan tangan andai dia jatuh.

Kenapa kau begitu?
Bukan kah dia bukan milik kau, AZRUL!
Jawapan aku mudah!
Kerana dia tercipta untukku

~sesuatu istimewa darinya untuk diriku~

Saturday, January 19, 2008

Pusaka Sari dan Bonang??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Baiklah, dalam penulisan kali ini, saya akan gunakan ayat yang lebih rasmi untuk memberi komentar mengenai teater “Pusaka Sari” yang telah dipentaskan pada 17 Januari 2008 sempena Festival Teater MAKUM 2008.


Kita tinggalkan sejenak isu Debat, Orator dan Kelab Penukir Ilmu. Saya ingin beralih pada hala tuju SENANDIKA, iatu kumpulan teater yang paling saya sayang!


Pengenalan:


Teater ini merupakan sebuah naskhah adaptasi dari karya asalnya BONANG. Ia merupakan idea tunjang saya sendiri dimana BONANG merupakan teater pertama UMP yang dipentaskan semasa Festival Teater MAKUM 2006. Semasa BONANG dipentaskan, ramai hakim termasuk En.Mior Hashim Manaf memuji idea BONANG dalam mengangkat alat muzik tradisi Jawa ini. Namun, BONANG memerlukan baik pulih dan penambahan dari sudut plot, teknikal dan skrip bagi memastikan ia sebuah karya menarik.


Hasil usaha pengarah, Syikin termasuk kerabat SENANDIKA, maka lahirlah PUSAKA SARI. Plot cerita digarap sendiri oleh En. Mior manakala skrip ditulis oleh mereka sendiri. Walau begitu, saya sendiri tidak pernah membaca skrip baru (yang sudah diadaptasi) ini kerana sibuk dengan urusan lain. Maka, dengan itu Pusaka Sari diangkat sebagai karya terbaru untuk penyertaan kedua UMP di Festival Teater MAKUM. Watak-watak diminum dan dipelbagaikan bagi membuat Pusaka Sari ini hidup dan menyerlah dari sudut pementasannya.



PEMENTASAN:


Dalam komentar ini saya tidak akan menyentuh mengenai persedian, komitmen serta apa sahaja yang berlaku sebelum pementasan . Ini kerana saya tiada semasa mereka membuat latihan. Namun, perkara yang akan dinilai ialah semasa pementasan dan ini yang saya akan komen dalam penulisan kali ini.


A. Plot dan Jalan Cerita:

Kisah Pusaka Sari menceritakan mengenai bonang yang mempunyai kuasa yang dapat memanggil tuan puteri dari zaman lampau. Watak Hanum, ibu kepada Khairil merupakan pewaris Bonang yang dikatakan mempunyai kuasa mistik. Manakala, watak Pak Ngah, merupakan orang kuat dalam menghentikan kuasa mistik bonang itu.Khairil, merupakan remaja yang terperangkap antara realiti dan fantasi apabila wajah beliau mirip kepada Arjuna, iatu pemain bonang dahulu kala yang mencintai Puteri Ayu Kirana Sukmasari.

Namun, jalan cerita Bonang dilihat banyak tergantung. Contohnya, bonang itu keturunan siapa? Siapa yang mewarisi? Dan ke mana bonang itu pergi selepas tuan puteri mangkat?Potret siapa yang tergantung? Persoalan ini tidak dijawab dalam dialog (atau dialog tidak jelas) menyebabkan penonton tertanya-tanya.

Bagi mereka pertama kali menonton, terlalu banyak permainan adegan “Flash Back” menyebabkan penonton kurang faham apa yang berlaku. Plot Nampak agak goyah akibat kurangnya elemen teknikal dan muzik diletakkan sebagai sub utama.

Plot cerita bermula dengan “peak” iatu adegan Arjuna dibunuh, ia bagus cuma perlu diperhalusi agar tidak terlalu meleret. Peleraian cerita perlu nampak kemas dan wujudkan elemen mesej agar cerita ini bertunjangkan bonang nampak kuat.

B. Lakonan:

Tahniah buat pelakon kerana telah berusaha melakukan terbaik dalam setiap inci lakonan. Tapi sayang, anda semua masih belum dapat menghayati watak yang diberi. Pujian saya beri kepada watak Inang Ayu kerana lakonan anda dapat menarik perhatian penonton. Malah, jika latihan diberi sempurna, saya yakin Inang Ayu berjaya menggondol pelakon harapan.

Watak Arjuna dilakonkan sederhana, bersama watak Puteri. Namun, jika watak Arjuna dipelbagaikan intonasi (termasuk watak Khairil) ia akan menjadi perhatian penonton. Contohnya ketika Khairil dirasuk oleh bonang ataupun ketika ia bersama tuan puteri. Keserasian antara Kharil dan Tuan Puteri masih belum kukuh. Ia kelihatan seperti adik dan abang. Malah, ia akan nampak menarik jika dialog ditutur dapat didengar, tapi sayang ada sesetengah dialog terlalu perlahan dan kurang jelas.

Watak Tuan Puteri sama seperti Khairil, namun ada keunikan terutama semasa dia dibunuh dan menjerit ketika adegan pergaduhan. Lakonan Aduka, agak kurang menonjol sebab penonton tidak faham ke mana arah lakonan dia. Cuma ia nampak bersungguh-sungguh ketika bersilat dan menyerang Arjuna.


Watak Hanum, terlalu lembut dan perlahan. Suara Hanum tenggelam timbul menyebakan pengucapan Hanum tidak jelas. Malah, ekspresi juga dikatakan gagal dek teknikal tak dapat menghidupkan watak Hanum. Watak Ngah Husin, sederhana. Ia bagus ketika marah dan bermain bonang. Cuma ia perlu dihalusi yakni perlu melihat dalam-dalam siapa sebenarnya Ngah Husin. Ia kelihatan bukan seperti Pak Ngah kepada Hanum, tetapi seakan-akan suami kepada Hanum.

Namun, pujian saya boleh berikan kepada semua pelakon kerana bijak dan pandai bermain bonang dengan mantap! Tahniah!!



C. Teknikal dan Kesan Khas:


Perkara ini adalah perkara pokok dalam pementasan ini. Terus-terang, teknikal adalah perkara utama yang perlu diletakkan. Jika alas an UMP tidak mempunyai dewan, saya kira itu bukan alasan yang konkrit. Ini kerana anda semua telah membuat latihan di Taman Budaya.

Teknikal seperti teragak-agak dan tidak selari dengan plot cerita. Pencahayaan Nampak suram dan terlalu malap. Jika plot menceritakan mengenai zaman moden, pencahayaan bagi saya tidak perlu di bahagian singgahsana (zaman lampau). Cukup lampu hanya memfokuskan pada bahagian utama sahaja. Lebih cantik jika lampu memfokus pada bonang dari atas.


Lampu juga perlu dipelbagaikan, dengan meletakkan elemen warna biru, hijau dan merah. Ini akan mencantikkan dan menghidupkan props itu sendiri. Saya boleh pujian semasa pencahayaan ketika adegan bersilat dan ketika Inang Bayu dituduh membunuh Tuan Puteri.
Kesan khas banyak yang tidak menjadi. Asap a.k.a ais kering perlu dibanyakkan agar suasana nampak dalam keadaan mistik. Ia nampak kemas ketika babak akhir sahaja.


Dari sudut bunyi, masih banyak elemen yang tidak sesuai. Lagu latar yang dicipta oleh Nida, sebenarnya adalah unik dan perlu dijadikan teras kepada persembahan ini. Contonya kita boleh pelbagai mood lagu ini menggunakan keyboard, piano, seruling, gendang ataupun bonang. Ia akan cantik terutama semasa tuan puteri menari. Suara latar (suara penyanyi) boleh digunakan untuk dijadikan korus agar penceritaan nampak lebih kemas, mistik dan unik.


D. Kostum dan Make-up:


Walaupun ia nampak remeh, tetapi kostum juga penting sebagai aset utama.Watak Hanum dan Pak Ngah tidak Nampak make-up. Ia tidak timbul, malah tidak Nampak tua. Watak Puteri menarik kerana kostumnya mengikut zaman lampau, cuma ia tidak Nampak elegan. Untuk watak-watak lain, saya kira tiada masalah.


Bagi saya make-up hanya akan timbul jika pencahayaan lengkap, namun ia nampak gagal.

E. Props:


Ini saya boleh berikan kredit, kerana props berjaya dihasilkan dalam bentuk yang sangat menarik. Malah ia digunakan 100% dan mengikut plot. Cuma props akan nampak kemas jika dikecilkan sedikit ruang, dan ditambah tabir hitam agar ia tidak nampak terlalu lebar.

Ada sesetengah props nampak seperti tidak perlu, seperti radio dan bunga. Tetapi itu boleh dimaafkan kerana anda telah menghasilkan props yang sangat unik. Tahniah!


Kesimpulan:

Mungkin masih ada beberapa perkara yang saya tidak sentuh, tetapi inilah komentar saya mengenai Pusaka Sari. Jika dilihat, Pusaka Sari sebenarnya mempunyai banyak kekuatan tetapi ia kehilangan tarikan terutama semasa pertengahan plot. Lebih menyedihkan ada penonton yang menepuk tangan (berfikir sudah tamat cerita) tetapi sebenarnya masih belum.

Untuk pengarah, saya berikan anda kredit kerana telah menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk SENANDIKA. Selaku pengarah, anda sebenarnya bijak dalam menguruskan produksi. Jadi, saya tidak nafikan Pusaka Sari adalah pengalaman anda paling berharga sekali.


Untuk krew,pelakon dan produksi, tahniah saya ucapkan. Buat pelapis, anda mempunyai banyak ruang untuk belajar dan saya tidak nafikan suatu hari nanti kita akan dapat kejayaan dalam bidang teater.


Maaf jika terdapat sebarang kesilapan. Anda mungkin boleh baca blog Azwan ataupun Dalina yang mungkin member komentar terhadap pementasan ini.Untuk Melody, Zamrie dan Rafiq, saya telah memberi pandangan sebagaimana anda minta melalui sms. Maaf, tiada gambar semasa persembahan, insyallah anda boleh lihat melalui Friendster ahli Senandika ataupun blog mereka.


Jumpa lagi. Terima Kasih!!

Tuesday, January 15, 2008

Assalamualaikum..

Buat peminat teater, berikut adalah senarai pasukan serta tajuk teater yang bertanding di Festival Teater MAKUM 2008 pada 13 Januari 2008 hingga 20 Januari 2008. Bertempat di Panggung Bandaraya DBKL, dan terbahagi kepada 2 sesi iatu petang (2.30pm) dan malam (9.00pm).

13 Januari
-“ SAWO” dari UPSI

14 Januari
-Tikar Mengkuang Hamparan Bulu (USIM)
-Ara (UKM)

15 Januari
-Trem bernama Desire (UM)
-Seseorang yang terkenal (UPM)

16 Januari
-Revolusi Syaitan (UTHM)-->sesi pagi
-Ke mana itik terbang (UTM)
-Penunggu Pusaka (UMT)

17 Januari
-Misi (UiTM)
-Pusaka Sari (UMP)


18 Januari
-Ayu si Putih (USM)
-22(mereka datang dari langit) : (UIAM)


19 Januari
-Dunia bukan kupinta (UTEM)
-Syajar (UMS)


20 Januari
-Kehendaknya jua (UDM)
-Bulan (UUM)



Buat adik-adik SENANDIKA, Good Luck…
Abang dah tonton persembahan dari USIM..Insyallah, kalian ada harapan.
Jumpa nanti di Festival Teater MAKUM IPTA 2008.

Saturday, January 12, 2008

Macam-macam cerita!!

Assalamualaikum…
Setelah aku berkias melalui rahsia hati..kali ini we back to other post.

Lama jugak aku tak tulis blog, seminggu lebih..iyalah..sibuk sedikit dengan teknikal di Istana Budaya dan hujung bulan ini ada bump-in untuk monodrama dan Konsert Diraja. Hehehe…

Tajuk post aku kali ini ialah macam-macam cerita. Aku nak komen apa saja cerita yang aku dengar dari UMP …

Nama Baru Kelab Debat?
Kelab ORATOR (formelly known as Kelab Penukir Ilmu)..itulah nama kelab debat terbaru UMP. Nampak agak pelik sebab Orator ini bermaksud pengucapan tetapi tidak mengapa kerana setidak-tidaknya akan membawa perubahan kepada imej debat UMP. Cuma yang aku geram tiada sebarang makluman sampai kepada aku..huhuhu, tup-tup nama dah ditukar, kemudian baru aku sedar bahawa Kelab ini juga mempunyai blog…

Adoi..tak mengapalah..setidak-tidaknya, kelab ini bergerak lah jugak. Tapi nasihat aku, jangan politikan debat! Berdebat seperti biasa, jangan terlalu taksub dan paling penting keep practice to improve ur skill.

Maybe, tahap debat UMP dah boleh dikatakan membanggakan. Tapi perjalanan ini masih jauh. Kita baru dapat satu anugerah yang mana ia masih muda.Bagi aku, anugerah yang kita dapat belum lagi menjadi ukuran bahawa kita adalah yang terbaik. Dan kita baru menganjurkan satu debat. Itupun debat yang dibuat kerjasama melalui Jabatan Perpaduan. Bayangkan jika kita menganjurkan debat diraja ataupun Debat PISZA, tentu lebih teruk kerana kita hanya berdiri sendiri dan tergapai-gapai mencari bajet serta pengurusan yang efisyen!

Oleh itu, aku sarankan anda semua perlu kerap berlatih, buat banyak rujukan dan keep in touch with seniors. Kami akan selalu membantu selagi kami semua mampu.

Buat kawan-kawan pendebat (Dayat,Azwan, Dekwan, Fais,Mimi, Anuar,Farah, Khitwan , Nasrul Hadi dan Kak Ita) aku merindui saat kita semua bersama dalam debat!!

Teringat kali pertama aku mengendalikan Debat Piala Rektor (Debat NC) yang pertama!! nantilah aku akan cerita pengalaman itu..!

Pusaka Sari 17 Januari 2008:
Untuk pasukan teater, masanya sudah tiba. Memang banyak kontroversi berkaitan SENANDIKA ini. Tetapi aku malas nak cerita dalam blog ini. Cukup sekadar orang tertentu sahaja yang tahu.

17 Januari 2008 tarikh persembahan PUSAKA SARI atau nama asalnya BONANG. Senandika akan membuat persembahan pada jam 8.30 pm di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.Insyallah, aku akan pergi dan memberikan sokongan kepada mereka.

Aku tahu dan faham, UMP masih ketinggalan dari sudut kemudahan pentas. Tetapi tak mengapa kerana dikatakan pasukan teater ini mendapat kerjasama dari pihak luar.

Buat adik-adik, tanggungjawab anda sangatlah berat. Ramai pihak telah menaruh harapan agar SENANDIKA membawa pulang sesuatu..tetapi bagi aku, jika kita telah membuat yang terbaik, segala keputusan kita perlu akur dan terima seadanya.


Good Luck adik-adikku..sayang SENANDIKA..sweet sanggat!!



Makin ramai UMP jadik bloggers??

Aku memula menaip blog ini setelah diperkenalkan oleh Dayat. Then, ia diikuti oleh Azwan dan Madam Mala. Tak sangka pula makin ramai UMP debator menceburkan diri dalam penulisan blog.

Blog azwan: bertemakan Life is Journey. Dia ini suka berkias..kalau pergi blog dia, macam-macam dia tulis, tapi kalau anda tak faham bahasa melayu, lupakan saja nak baca blog dia. Hehehe…tapi ada gak info yang dia update dan menarik untuk dibaca.

Blog Madam mala: Blog ini dibuat kerana madam terpaksa menghantar assignment Master dia ..hehehe..sebab itu lah dalam blog dia hampir 95.78% menggunakan bahasa inggeris. Ayat-ayat dia sangatlah sastera..maklumlah orang belajar kat UK!

Blog Amir: Seorang junior yang sangat rajin mengupdate blog. Dia jenis suka meluahkan isi hati melalui blognya..jadi kalau nak kenal amir, baca saja blog dia ..dah cukup kuat mengenal siapa dia sebenarnya.

Blog Dayat: Blog paling selalu update dengan macam-macam cerita…cerita dia naik gununglah, cerita kat pelantar lah..tapi semua nya best. Blog dia memang hangat! Ramai gila bagi komen..hahaha!

Blog Afifi- Bekas pendebat UMP, junior aku. Blog dia banyak menyentuh isu semasa. Tapi aku paling suka kalau dia komen pasal artis dan album. Cayalah! Blog dia sangat menarik!

Blog Jumain- Rakan baru dalam blog! Junior aku ini juga macam afifi. Suka menulis tentang isu semasa. Isu dia sangat up to date dan baca blog dia macam baca blog debator universiti lain pulak.. haha!!

Blog Law: Seorang berbangsa cina tetapi menulis blog dalam bahasa melayu. Tabik!! Ayat dia memang selamba..dan banyak gak menceritakan luahan hati! Bacalah blog Law..memang sangat kelakar !!

Blog Tito: Paling jarang update..entahlah, agaknya tito bizi make-upkan orang agaknya. Tapi sekali tito postkan artikel..memang ramai yang balas.

Oklah..aku mengharap lebih ramai orang menyertai penulisan blog. Memang menarik sebab dalam blog kita boleh meluahkan apa yang tersirat. Cuma awas..jangan menyentuh isu sensitif. Tak pasal-pasal kena masuk ISA..


Jumpa lagi untuk masa akan datang!!

Friday, January 04, 2008

Rahsia hati

Rahsia Hati:

Kadang kala aku merasa pelik,
Mengapa manusia bercinta
Sedangkan cinta hanya suatu nama, dan hanya penuh penipuan.
Tapi kini.
Tatkala perasaan itu beraja di hati
Aku sedar ia bukan satu penipuan,
Wujudnya perasaan sayang seindah pelangi di taman.


Aku perlukan masa,
Bukan mudah menjadi seperti angin,
Tatkala hujan yang begitu setia menuruni ,
Aku tidak dapat menghalang,
Akan kukuhnya pokok dan daun,
Walaupun angin sedar,
Daun bukanlah setia seperti sang pokok,
Apabila luruh tiba, ia akan gugur..
Rahsia Hati…
Biarlah orang kata aku kali ini gila atau mabuk cendana,
Tetapi tak salah apabila kadang-kadang aku ingin berkias,
Pada Dia yang Maha Esa,
Ku panjatkan doa..
Agar senja di hati ini berlalu..
Kuharap sinar mentari di hati.



Mutiara yang kucari bukanlah mudah,
Lautan dalam perlu ku redah,
Semangat juangku perlulah tinggi,


Aku tidak mahu kapalku karam dek kerana badai sejengkal
Aku juga tidak mahu putus hati dek kerana seorang teman,

Aku tidak mahu lemas dek kerana air tinggi seinci,
Dan aku tidak mahu mengalah hanya kerana mutiara itu sudah dimiliki.


Dan Hujan
Datanglah kepada ku…..

Aku setia menantimu..

Persoalan timbul, adakah hujan dan mutiara itu sama?



p/s: Kadangkala aku perlu bermadah untuk mengekspresi perasaan diri. Ingat, biarlah kita tak faham, jangan salah faham. Takut nanti menjerat diri, menjeruk rasa di hati.


Hanya mereka mengerti akan faham apa yang tersirat di lubuk hati.


Pesanan pada madam mala: Anda boleh interpretasi apa saya tulis di atas. Saya bukan pemuisi atau penyajak...