Travel

Travel

Mengira detik

Thursday, August 16, 2007

Debat: Suatu Pesona







Tengoklah pic diatas...hehehe..kenangan DEBAT UMP yang abadi.

Kenapa debat adalah pesona? Iyalah, macam kat UMP, sesiapa yang masuk debat ini, sering dianggap orang yang taknak mengaku kesalahannya sendiri. Kebanyakan pensayarah lak sering menggangap debat ini menyusahkan..tapi bagi semua itu tanggapan yang salah!!

Kenapa? Mcm dalam teater lah..debat salah satu aktiviti yang menyihatkan. Bukan menyihatkan tubuh badan, tetapi menyihatkan minda kita. Melalui debat kita boleh mengasah kemahiran berfikir, mengurai fakta dan juga komunikasi. Maknanya, bukan senang nak jadik pendebat. Malah di universiti lain (terutama UIAM) debat dianggap sebagai suatu isu politik. Malah jika mereka kalah debat, ada yang pengsan..huhuhu pelik2.

Kalau aku, taklah sampai macam tu. Bagi aku dunia debat ini bagus, tapi janganlah taksub sampai tinggal segala2nya. Maklumlah, kalau berdebat kita akan mewakili Universiti, secara tak langsung kita juga akan berkorban kelas, masa dan juga jadual kita belajar. Tapi itu alasan tipikal, yang paling penting orang pergi berdebat lebih baik dari orang yang hanya duduk kat bilik tapi hasilnya..ciput jer (main games,tgk anime..)

Ok, sebelum ni aku dok criter pengalaman aku dalam drama..kita stop jap, criter pasal drama. Kita masuk dalam dunia debat...dunia yang penuh kontroversi sama cam drama. Aku mula menyertai debat pada Oktober 2003. Masa tu, aku taklah berminat sangat nak masuk. Iyalah, setelah diajak oleh Azwan tuk join, aku pun masuklah. Masa tu memang pening..tak tahu langsung pasal debat. Aku ingat lagi aku kena audition debat depan En Rahman (pegawai HEP masa tu). Segan pun ada, lawan lak dengan Anuar (senior aku dalam debat). Memang terkontang -kantinglah jugak. Tapi En Rahman suka style aku, last2 terus dipilih tuk aku pergi mewakili Debat Diraja UPSI 2003.


Masa kat UPSI, team aku ialah Azwan, Fais (Pidut), Dayat, dan aku ler. Aku jadik 2nd speaker...bersilih ganti ngan pidut. Aku mmg tak berapa mahir sgt berdebat, iyalah first time.Jika dilihat team lain, memanglah kuat. Apa2 pun team kami menang 1 dari keseluruhan saringan.
Lepas UPSI, aku jarang sangat pergi berdebat, entahlah..fokus aku banyak pada belajar dan juga berdrama kot. Tapi aku pergilah juga latihan debat kalau ada. Then, tahun 2004, bermula kisah aku dalam dunia debat. Aku dipilih tuk mewakili UMP bersama dengan Anuar, Azwan dan Farah.Farah lak jadik simpanan mati. Masa tu kami pergi debat Kemerdekaan di UiTM Shah Alam. Wah..memang kena belasah sehabis-habisnya!!
Tapi bagi aku itu permulaan. Iyalah macam Universiti baru mcm UMP, kami mmg takde senior yang berpengalaman dalam dunia debat. Tapi kita perlu berubah..cewah!! Buktinya masa di UMS (sabah), first time aku naik flite dan ke negeri seberang laut China Selatan. Anuar telah banyak fight tuk dapatkan hak kami semua untuk ke Sabah. So, nak taknak memang kami bersungguh-sungguh sewaktu Royal di Sabah (2004). Hasilnya, pertama kali aku menggenggam gelaran pendebat terbaik sewaktu melawan USIM (KUIM). Hahaha...banggalah jugak. Sebelum ini tak pernah dapat best speaker...kali ini dapat. Masa royal kat Sabah hanya aku dan Dekwan jer dapat best speaker..hehehe (jangan jeles Azwan).


Perjuangan aku dalam debat diteruskan..tahun 2005, pasukan aku (dayat,Dekwan dan Azwan) telah ke Debat ASTAR, UM. Ranking pasukan agak baik walaupun tak lepas suku akhir. Aku dapatlah gak best speaker sekali. Bangga lagi..tapi bagi aku itu cabaran, tuk aku naikkan nama debat di peringkat lebih tinggi lagi. Hujung tahun (setelah ada banyak konflik ngan HEP), pasukan debat aku sekali lagi mara ke hadapan. Aku ke UKM untuk debat diraja. Entah..macam kena curse lak..satu best speaker pun aku takdapat.Maybe bukan rezeki kot. Masa tu Azwan lak dapat best speaker, 3 kali lak tu..ces..hehehe. Tapi bagi aku bukan itu yang aku kejar, yang paling penting, pasukan kita. Walaupun tewas, tapi ranking kami agak baguslah jugak!!




Tahun 2006, zaman kegemilangan Debat UMP. Pasukan debat aku (Azwan, Dayat,Dekwan) sekali lagi ke Debat ASTAR untuk meraih sesuatu yang manis di sana. Apa dia? Sewaktu di ASTAR, pasukan kami telah sampai ke peringkat suku akhir tetapi tewas pada UTP. Tapi tak mengapa, aku telah mendapat best speaker sekali setelah hampir setahun tak mendapat gelaran tersebut..hahaha!!





Habis ASTAR, kami ke PISZA pada bulan Mei 2006. Masa tu kami rapat ngan madam mala dan madam Chiam. Merekalah pengurus utama pasukan debat kami...hehehe. Masa di PISZA (piala Sultan Zainal Abidin) di UiTM Dungun, pasukan kami telah mara ke separuh akhir. Dayat dan Dekwan best speaker semasa suku dan separuh. Manakala aku dan Azwan best speaker semasa saringan. Sayang tul pasukan kami kecundang dengan pasukan UITM Dungun..benganglah jugak. Tapi itu bukan rezeki namanya...



Debat Integriti bermula pada Mei 2006, walaupun tak masuk suku, pasukan kami nyaris masuk suku, masa itu kami kalah ngan team Tramizi (USM)...sedeynya, juri lak 2-1. Frustlah gak..tapi takpe..at least sesuatu yang berharga telah aku bawa..best speaker (kalahkan UTEM)

Debat Alam sekitar 2006 menyusul di USM Pulau Pinang. Aku sebenarnya taknak pegi coz bizi ngan kelas En.Nik. Iyalah..bukan senang nak lebon..tapi setelah dipujuk oleh Madam Chiam..aku,dayat dan Azwan,pergi. Diikuti ngan Hafizul dan 5 orang research team. Walaupun tak masuk suku (perkara sama gak), kami menang 3 kali berturut-turut. Paling best waktu lawanUKM dan UTM. Memang fight abis-abisan. Tapi takpe, aku tersenyum riang coz aku dapat best speaker 3 kali. First time dalam sejarah, aku dapat best speaker 3 kali..sentaplah gak!!

Akhir sekali, penutup Debat 2006 ialah di UNIMAS, Sarawak. Sekali lagi aku terbang bersama Dayat, Dewi dan Azwan sebagai satu pasukan UMP Utama. Macam tak percaya, rasa cam nak menangis pun ada gak!! Pasukan kami lepas peringkat suku. Iyalah bersaing dengan senior IPTA lain, pasukan kami antara terpilih. Inilah rezeki namanya. Aku lak, dapat membolot 4 kali best speaker saringan..lagi cam tak caya. Entahlah..dengan adanya best speaker, tanggungjawab aku sangat berat! Nak bawa nama UMP peringat MADUM..

Itulah tahun 2006..kisah aku dan Debat. Banyak lagi kenangan manis, terutama masa kami berdebat. Suka, duka..yang pasti pasukan aku (Dayat,Azwan,Dekwan) adalah pasukan debat paling serasi. Aku dapat rasakan kita boleh pergi lagik jauh dalam dunia debat ini!!

Oklah..ada banyak nak cerita lagi..nanti2 lah kita sambung.







Detik-detik SENANDIKA bermula...


Ya..kembali dalam penulisan blog aku yang terkini...


Aku masuk UMP pada tahun 2003. Dahulu UMP dikenali sebagai KUKTEM. Ia adalah sebuah Universiti berorientasikan kejuruteraan. Terus-terang, aku bukanlah seorang yang minat dalam bidang kejuruteraan. Ok, kali ini bukan aku nak cerita pasal pengalaman di UMP, tapi aku nak cerita sambungan pengalaman aku dalam bidang teater/drama.


Pada awal kemasukan aku ke UMP, aku sebenarnya malas nak menyertai drama. Aku lebih berminat untuk menyertai pasukan Debat, tapi atas pujukan Suhazrie, aku telah menyertai drama team UMP.


Masa itu pasukan drama dikenali sebagai drama team. Kira-kiranya ia baru nak ditubuhkan. Untuk masuk pasukan drama, kita perlu di 'audition'. Aku masih ingat lagi, aku pergi audition selepas sahaja tamat kelas programing C, then aku bergegas dengan Su ke Canselori (skrng ni pejabat BPA) untuk tempat ujibakat. Masa itu taklah ramai nak join. Tapi antara muka yang aku ingat dan masih nampak ialah Najib (Namo), Melody, Zamrie, Taufiq dan Jaro. Masa itu aku pun belum rapat dan kenal mereka ini. Then, tibalah giliran aku tuk diujibakat. Aku disuruh berlakon bersama Su sebagai anak dan bapak. Aku jadik anak, dan Su lak jadik bapak. Entahlah...aku pakai berlakon jer, tak menaruh harapan langsung nak lepas ujibakat tersebut.


Akhirnya, dipendekkan cerita, aku terpilih antara 20 orang sebagai ahli drama team. Seingat aku, first perjumpaan ahli drama ialah di Kafe, dan masa itu barulah aku mengenali Kak Mah, Kak Dee, Kak Ina, Zamry, Namo, Mel, Azwan dan beberapa lagi. Masa itu kami plan nak buat persembahan tuk Citrawarna 2003. Memula tu aku pikirkan Citrawarna tu grand macam dalam tv. Tapi rupanya juz buat kat astaka jer. Terkejut gak, iyalah ..macam mana nak buat persembahan di astaka, dengan keadaan pentas yang daif (maaf yer), dengan takde curtain...lighting..adoi peninglah gak.


Last2, suka tak suka kami kenalah gak buat persembahan kat situ. MT kebudayaan masa tu (Kak Shima), dia cakap itu permulaan sahaja, so kenalah sabar. Hmm...persembahan kami. Hehehe...kami buatlah cerita pasal budak2 kantoi tgk tv. Itu idea aku masa kat MRSM. Mula2 sume setuju nak join dan nak buat criter tu, tapi malangnya last2 ditolak.Alasannya terlalu kebudak-budakan dan criter tu agak lama. So, aku terpaksa lah trima...dan masa itu Kak Mah dilantik menjadi pengarah drama bertajuk "SERUMPUN"


Tapi itu drama berbentuk muzikal. Tarian pelbagai kaum, maknanya aku pun kena menari..hehehe. Tak bestnya! Aku bukan minat sangat kalu menari ni. Aku memegang watak India, iyalah kulit aku kan hitam manis. Tapi satu kontroversi bermula, UMP tak benarkan perempuan menari. Sentapnya!! Kesian kat Mel, Kak Ina dan Ita. Penat diaorang praktis, last2 takleh buat persembahan menari. Kak Mah masa tu dah down, iyalah kena tegur dengan Ustaz mansur. Persembahan kami kena saring mengalahkan Lembaga Penapis Filem. Benganglah jugak, iyalah bila masuk UMP ni ingatkan seronok ..rupanya perkara ini berlaku sebaliknya. Kalau macam di UM, USM ataupun UKM, diaorang sume bebas nak berlakon, berteater, menari dan paling vouge diaorang ada kemudahan tersendiri. Tapi di UMP, banyak benda kena tapis, paling sakit hati persembahan dahlah kat astaka jer. Hissh...


Sambung criter tadi, setelah berbincang, akhirnya kami semua bersetuju untuk mengurangkan peranan pelakon wanita di atas pentas. Pelakon wanita tidak dibenarkan menari langsung malah hanya berlakon seperti kayu..huhuhu. Kami (pelakon lelaki) sahaja yang berperanan menghidupkan cerita itu. Akhirnya...apa yang aku boleh simpulkan persembahan kami kurang memuaskan tetapi berjayalah jugak menarik perhatian penonton.


Setelah tamat persembahan, kami semua boleh katakan berpecah. Iyalah, drama macam dah mati!! Masing-masing bawak haluan sendiri. Sehinggalah, bulan Disember 2003, Kak Mah menyatukan kembali kita semua kerana ada tawaran dari Kelab Penukir Ilmu untuk persembahan penutup Debat. Apa lagik, ini peluang nak berlakon kembali. Aku telah dilantik oleh Kak Mah untuk menulis skrip dan berlakon. Cerita aku karang bertajuk " Dwi Kirana" skrip aku pertama dihasilkan..cerita dia memang best..pasal wanita. Kak Mah menjadi watak utama bersama Mel. Namo lak menjadi hero, Jaro jadik watak antoganis. Azwan jadik watak bapak dan Zamry jadik Opis Boy. Tapi sayang, pertandingan debat tu kucar-kacir sehingga pertandingan itu diadakan di Dewan Majlis sahaja. Akhirnya...drama tersebut juz terkubur..sayangnya!!


Itu sahaja cerita Drama team pada tahun 2003. Banyak betul halangan yang datang..tapi kita kena banyak bersabar. Macam aku, minat aku dalam drama memang kuat. Biarlah orang kata drama ini melalaikan, simbol maksiat dan sebagainya..tapi selagi kita tahu hujung pangkal, kita takkan tersesat. Malah bagi aku, drama adalah medium terbaik menyampaikan mesej kepada umum..betul tak?


hehehe...bersambung nanti yer!!



Tuesday, August 14, 2007

Teater,drama dan .............

Kali ini aku nak bercerita salah satu minat aku iatu berdrama (berteater) atau sewaktu dengannya. Bila sebut drama pentas, berlakon, berteater, pasti ramai yang kata kerja ini takda masa depan. Malah ada gak melabelkan ia kerja melalaikan dan membazir.

Aku katakan TIDAK!!!!!!!!!!!!Kenapa? Bagi aku teater, drama ini adalah pentas untuk aku salurkan kreativiti aku. Tak kiralah dalam bidang penulisan, pengarahan ataupun teknikal. Malah dalam teater, kita dapat gak belajar untuk mengendalikan sistem audio berkualiti tinggi, dimana kerja2 ini biasanya dikendalikan oleh jurutera bunyi.

Ok, aku bukan nak pengaruh orang tuk masuk teater, tetapi aku nk cerita bagaimana mulanya aku terlibat dalam dunia drama/pementasan ini. Aku mula2 berlakon bermula dari darjah 4. Watak aku adalah seorang kanak-kanak menjadi mangsa perang. Memang challenge gak berlakon watak ni. Selepas tu, masa aku form 1 aku dipilih oleh cikgu BM aku sebagai pengarah tuk persembahan hari guru.

Waktu itu tahun 1997, ingat lagi aku diberi tanggungjawab yang berat. Criter aku lebih berkisar kehidupan budak2 kelas yang nakal. Persembahan pertama yang mendapat pujian dari pengetua termasuk mama aku sendiri. Iyalah mama kan cikgu di sekolah aku. Hehehe..

Pada tahun 1999, aku mengorak langkah. Minat aku dalam bidang pementasan makin menular, macam penyakit lah pulak. Hehehe....aku telah mengarah satu persembahan pentomin bertajuk kedamaian. Persembahan tersebut diadakan sempena kemerdekaan negara yang ke-42 tahun. Ramai lah gak memuji yang persembahan tersebut memang menarik.

Kenapa aku minat berdrama? Entahlah, jawapan yang sukar aku berikan. Mengikut mama, arwah papa merupakan penggiat teater semasa dia belajar kat Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Malah, papa pernah mengarah kan teater bertajuk 'Jeans Bersaudara' yang menjulang nama dia sebagai pengarah terbaik. Sayang sekali, papa telah pergi buat selamanya sebelum sempat dia memberitahu akan susur galur cerita.

Baiklah kita sambung kembali, masuk MRSM kuantan pada tahun 2000 merupakan detik tuk aku blajar secara serius dalam dunia drama. Mungkin bukan secara formal, tapi dengan bantuan senior baru aku mengenali pengertian drama. Masa di MRSM aku menyertai drama team, dimana melalui drama team ini kami mewakili mrsm kuantan untuk Minggu Bahasa peringkat MRSM.

MRSM kuantan telah menjadi naib johan drama pada tahun 2000 peringkat kebangsaan melalui drama " Ghost of the 7-moon". Cerita ini hasil tulisan dari seorang senior kami telah diangkat juga menjadi skrip terbaik secara keseluruhannya.Pada tahun 2001, saat manis berulang lagi. Bukan apa, MRSM Kuantan menjadi johan keseluruhan drama bagi peringkat kebangsaan. Bangga tul aku..walaupun aku bukanlah memegang watak utama.

Selain dalam drama team, aku ada lah gak terlibat dalam bengkel teater (anjuran Abg Bad), drama-drama inter kelas dan macam2lagik. Abang Adi, one of my senior, adalah seorang yang paling aku respect. Ini kerana dia banyak mengajar aku tentang teknik berlakon secara asas, latihan suara, pementasan, flow dan juga pergerakan pentas. Terus terang tanpa dia, mungkin aku tidak akan melibatkan dalam bidang drama secara serius di UMP. Abang Adi seorang yang tegas tapi friendly.Malah ramai antara kami memang respect dia kerana dia memang kreatif. Dia juga seorang pemimpin yang berdedikasi. Tak hairanlah, cara pengarahan aku banyak berkiblatkan cara dia mengarah.

Di matrikulasi pada tahun 2002, aku seolah-0lah melupakan dunia drama. Entahlah, mungkin matriks bukanlah honeymoon year. Ia adalah masa tuk kita fokus pada belajar, kalau tak kita takkan dapat masuk IPTA. Aku matriks di Kolej IKIP Kuantan, actually Kolej IKIP ada pasukan teater dia, tetapi bila memikirkan aku hanya setahun di sini, agak keberatan tuk aku menyertainya.

Tetapi pada April 2003, aku telah diberi tanggunjawab menjadi pengarah kepada persembahan drama tuk Majlis Makan Malam Akhir di Dewan Jubli Perak Kuantan. Persembahan kelas aku (Hayat 3) bertajuk "Alahai Si Peah". Drama komedi ini merupakan hasil idea classmate aku iatu nurul huda. Dan criter ini turut dilakonkan oleh Arwah Alang, Irwan,Huda dan aku sendiri. Memang gamat gak dewan sebab ramai tergelak dengan lakonan Huda kerana berjaya membawa watak dengan baik sekali. Pujian juga patut diberi kepada Mazu, kerana banyak membantu dari segi teknikal dan props.

Itulah permulaan aku dalam dunia drama pentas. Bila difikirkan,melalui pengalaman lepas, ia banyak untuk mengajar aku tuk menjadi pengarah yang cemerlang. Malah, dengan pengalaman itulah, ia menjadi platform aku dalam dunia pengarahan di UMP.

Akan bersambung..kisahku di UMP dalam dunia lakonan.