Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, September 29, 2009

Cramp!!!

Aduhai, kerja aku bertimbun gak minggu ini.

Banyak benda aku kena setllekan...dari urusan peribadi hinggalah tugasan yang diberikan daripada PPD...

So, memang lewat sedikit nak update blog..ada banyak yang nak tulis, tapi nanti dululah...


hehehe

Sunday, September 20, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009

Salam..

Alhamdulillah, hari ini aku dapat beraya bersama keluarga aku di kampung. Memang tahun ini agak kureng sket kerana kami semua pulang ke kampung dalam keadaan tergesa-gesa (pukul 2am aku sampai kampung pada malam 1 syawal). Huhuhu...

nak kata best ke tidak raya tahun ni, bagi aku biasa sahaja. Takda yang menarik pun. Cuma yang best aku kena bagi duit raya (tapi ada gak orang bagi duit kat aku)..huhu!! Rupanya seronok bagi duit raya ni, nak pulak tengok budak-budak ni seronok, jadi kita pun seronok!! Hehehe...

Seperti biasa, keluarga kami akan berjalan raya ke Penang dan Taiping. Tapi tak tahulah raya ketiga ni, mama ajak ke Padang Besar. Aku cakap, alang-alang ke Padang Besar, baik kita masuk ke Thailand terus..(area wang Kelian). Tak tahu lagi coz still dalam perancangan.

Oh yer, aku pula dapat bertenet raya ni. Kenapa? sebab sepupu aku memasang streamxy mobile kat umah. So dapat ler aku menggunakan tenet dengan baik. Hehehe...

Ok...enjoy the pic..1st syawal with sweet memory!!

Tapi memang best tahu beraya di kampung..disusuri dengan ketengan sawah padi.





Tuesday, September 15, 2009

Beberapa hari sebelum lebaran



Assalamualaikum..


Walaupun agak sibuk dengan beberapa urusan, alhamdulillah, aku dapat juga menyelesaikan satu per satu kerja dengan baik. Adalah juga beberapa halangan, tapi semua dapat diatasi dengan baik.

Semalam sekolah aku mengumumkan bahawa jumaat ini (18/9) ini cuti. Hehehe..so, adalah masa nak berehat sebelum aku memandu pulang ke kampung aku di Penang. Tahun ini aku beraya di sana. Tapi tak tahulah berapa lama.

Ibu aku pula sibuk membuat kuih tat. Dalam proses nak menyiapkannya. Aku takleh nak tolong sangat so, juz tolong beli barang apa yang patut. Hehehe...

Aku adalah juga membelek beberapa blog member aku, amboi rata-ratanya belum update. Tak faham aku, mungkin mereka sibuk dengan face book. Aku pun ada..tapi masih dalam proses nak memahami konsep facebook ni. Gambar pun tak masuk lagi. Hehehe...

Oklah...dikesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009...Maaf Zahir Batin!!!

Friday, September 11, 2009

destinasi terakhir...




Aku dah tengok The Final Destination (a.k.a Final Destination 4).

Hurm...best ke?? macam sekuel filem sebelum ini, memang sama. Cuma cara mati je berlainan.tapi kali ini, korang akan tengok sampai tutup mata ler..hehehe.

Jalan cerita ada sedikit kelainan termasuklah ending filem ini. Dari segi aksi, hurm..ok lah jugak!! Huhuhu.

Boleh lah kalau nak layan movie sebelum berbuka!!

( walaupun filem ini sekuel, tappi jalan cerita dia tak berkait pun dengan filem sebelum ni.)

Monday, September 07, 2009

Jadual aku sebelum raya



Assalamualaikum..

Ada sorang member aku beria-ria suruh aku buat facebook..so aku dah buat. Sesapa nak add aku, sila-silalah...raja.azrul@gmail.com. Aku ni masih baru, so banyak lagi benda nak explore. Malas sket nak wat facebook ni, bukan apa, sure nanti berkubur...hehehe..

Ok..stop kejap cerita pasal facebook.2 minggu lagi nak raya..adoi..apa persediaan aku?? Nasib baik baju raya dah beli siap ngan samping skali. Satu je..tahun ni sure kena bagi duit raya.

Tapi mulai esok (8 hb 9) aku sudah mempunyai jadual sedikit ketat. Hehehe..mengalahkan artis pulak. So, kalau blog aku lambat dikemaskini..sorilah bro!!

Kursus Dreamweaver (8/9-10/9)

Dreamweaver?? apa tu?? juadah berbuka puasa ke? hahahaha..ia adalah satu software tuk buat website. Aku akan menjadi fasi ( maknanya kena mengajarlah) guru-guru daerah bentong tentang membuat laman web. Aku sebenarnya tak tahu pun pakai dreamweaver, nasib baik Zamrie dari Sabah membantu aku. Bagilah sikit-sikit info tentang benda ni.

So, tiga hari aku berkampung di Hotel Federal Bukit Bintang. Nasib baik kat tengah bandar, so senanglah kalau aku nak fly shopping raya kejap..MOTIF!!

Reunion 6 Pintar 1996 Sek. Keb Karak.

Hah..ada satu lagi, aku akan ada reunion..bukan Senandika, bukan UMP atau Ben, bukan gak MRSM, tapi reunion sekolah rendah aku. Tapi tuk bebudak kelas 6 Pintar tahun 1996. Lokasinya di Restoran Satay Haji Sahmuri, Kajang. So, kalau sesapa yang baca ni adalah bekas claasmate aku, bolehlah contact aku.

Tarikhnya pada hari Sabtu (12/9). Hehehe..tak sabar nak jumpa member yang sama-sama main masa kecik-kecik dulu. Adoi..teringat kenangan lama!!


KL Got Crazy (Isnin-14/9)


KL lagi...?? Gila ke aku ni?? aku akan segigihnya tuk ke KL hari isnin tu..tuk apa?? adalah...tapi bukan nak jumpa orang tersayang yer!!


KL Got Crazy 2 ( Khamis-17/9)


Sekali lagi aku gila!! Ke KL..tapi ini arahan mama..supaya aku mengambil a.k.a menjemput dua orang adik aku yang sedang belajar di KL. Maybe mama ikut gak sebab dia nak shopping raya. Hehehe...

Balik Kampung (Sabtu-19/9)


Kalau takda aral melintang, aku akan pulang ke kampung pada hari Sabtu. So...Selamat Beraya!!!