Jalan-jalan : Korea (part 2)
Istana Lama Seoul Alamak! Aku terlupa nak menulis sambungan cerita ke Korea bulan November lepas. Nampak gaya kenalah tulis jugak, khas tuk mereka yang membaca di sini. Manalah tahu ada yang berhajat nak pergi Korea ke? Jadi boleh lah sedikit berkongsi cerita. Ini adalah sambungan kisah sebelum ini . Hari Keempat: Oklah pagi ini, lawatan diteruskan ke sekitar bandaraya Seoul. Untuk makluman Seoul ini memang besar, 2-3 kali besar KL. Penduduknya hampir sama dengan penduduk Malaysia. Dan disini LRTnya ada 15 lines. Jadi boleh bayangkan betapa sesaknya Seoul. Walaupun pengangkutan awam disini efisyen, Seoul juga tak terlepas dari tersangkut dalam trafik jam. Mungkin disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi dan sistem lebuhraya masih belum begitu baik. Oklah, lawatan pertama ialah ke Istana Diraja Seoul. Mesti ramai yang tahu bahawa Korea Selatan sekarang tidak mempunyai raja. Jadi, inilah antara peninggalan zaman silam mereka. Dulu korea mempunyai raja, konsep istananya ta