Hadir seketika
Walau dia hadir seketika, Aku bersyukur, kerana hati sudah terpaut walaupun ia cuma seketika.. Aku mengerti, ku tak mampu menawan hatinya Penuh persoalan yang belum dijawab, tapi harus dia ketahui, diri ini sedia menerimanya walau apa pun terjadi. Dia hadir seketika, Cukup mengubat kesunyian yang sudah lama terpendam. Kini, aku harus terima satu perkara.. dia bukan milikku... Harus ku lepaskan walaupun pahit. Biarlah apa pun orang kata, aku ingin ucapkan terima kasih kerana kamu hadir dalam diriku. Jauh disudut hati, aku amat merindui kamu :-) rajaazrul