Tahun Naga Air
Salam sejahtera buat pembaca budiman, Esok merupakan tahun baru cina, dan esok akan bermula lah tahun naga, tamat sudah tahun arnab. Sebenarnya aku bukan nak menulis artikel berkaitan dengan tahun baru cina. Tapi kebetulan artikel ini ditulis ketika aku dalam kebosanan cuti tahun baru cina. Cuti ini aku tidak ada masa untuk pulang ke kampung. Bukan tidak mahu, cuma aku amat yakin jika aku pulang, jalan akan sesak. Ternyata ramalan aku tetap. Semalam sahaja, ada kesesakan berlaku lebih 3 km di lebuhraya utara selatan. Jadi, langkah terbaik ialah duduk sahaja di Kuala Lumpur! Mungkin ada mengatakan, KL tak sesak..tapi aku rasa masih lagi ramai yang tak pulang ke kampung. Terutama kaum melayu yang rata-rata mengambil peluang cuti panjang untuk membeli belah dan berjalan-jalan bersama keluarga. Aku?? apa yang aku lakukan ye? Hujung minggu ini sahaja, duit aku telah habis dengan boling dan steamboat. Semalam aku telah menikmati steamboat di tupai-tupai jalan dewan bahasa dengan harga rm30 s