Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, January 27, 2009

Cuti Tahun Baru


Assalamualaikum dan salam semuanya…

Selamat Tahun Baru Cina..Gong Xi Fatt Chai..buat semua. Masih berada dalam mood cuti, rasanya ada antara kita yang merancang macam-macam dalam cuti ini. Bagi aku, cuti selama seminggu sudah bermacam perancangan aku telah aturkan.

Pertama
, pada awal cuti lepas, 24 Jan 2009 aku telah ke Ipoh bersama Mama, Abang De, dan juga adik bongsu aku. Memandu dan meredah kesesakan lalulintas di Lebuhraya Utara Selatan. Kesesakan bermula dari Behrang sampailah ke Tapah. Dan kesesakan paling kritikal, di Tol Ipoh Selatan sampailah ke Gopeng. Jauh giler… Memang hangin jugak, bayangkan perjalanan ke Ipoh memakan masa hampir 5 jam dari rumah aku. Memang sakit hati betul. Nasib baik kami semua ikut jalan lama. Jadi, taklah sesak sangat (walaupun ada kesesakan di beberapa Bandar).

Aku tiba di Ipoh dalam jam 6pm dan pulang semula ke rumah sekitar jam 8pm. Alhamdulillah, perjalanan pulang agak lancar..walaupun laluan agak berkabus di Genting Highlands.


Kedua, ke Kuala Lumpur. Sebenarnya, memang sudah ada perancangan aku untuk ke bandaraya sejak awal Januari lepas. Pada hari pertama tahun baru, mama pergi ke KL, ke rumah Pak Lang di Kampung Pandan. Ini kerana Tok dan Pak Su datang untuk bershopping barang-barang perkahwinan di Nilai. Malas aku nak pergi, penat!! Hehehe…

Ketiga, kerja masa cuti. Jangan sangka pelajar saja ada kerja sekolah, cikgu pun ada. Hehehe…jangan merungut!! Inikan kerja aku, jadi terpaksa lah aku selesaikan sebelum masanya. Hari Khamis ini aku kena pergi ke sekolah, menyiapkan dokumentasi sekolah bersama dengan beberapa orang guru lagi. Dan tak lupa ayahanda pengetua juga turut hadir ke sekolah. Memantau! Jadi aku kenalah datang…( kerja beb!! Ingat tu!!)

Keempat, debat astar. Mashitah dan Kairi ada memaklumkan pada aku bahawa debat astar akan bermula pada 28 hb Jan 2009 sampai 1 hb Feb 2009 di Universiti Malaya. Memang aku amat berhajat nak pergi, tapi aku ada kerja kena selesaikan. Kalau pergi pun dalam hari jumaat, tapi petang sedikit. Tapi, untuk debat kali ini aku tak boleh menjadi hakim. Tak mengapa, masih ramai lagi juri/hakim yang lebih layak di luar sana…huhuhu.

Kelima, jumpa kawan lama. JUMPA KAWAN?? Hehehe…taklah. Sebenarnya, aku nak jumpa kawan baik aku semasa kat UMP iatu Melody. Bekas vice aku semasa aku menjadi pres kebudayaan. Tak sabar nak jumpa dia. Macam tuan puteri turun dari gunung pulak (perasan pulak si Mel ni!!). Azril bakal menguruskan semua…dengar khabar, dia ajak juga budak-budak junior SENANDIKA untuk datang! Segala aktiviti Azril akan uruskan. Aku just jadi penasihat jer…hehehe. Dan salah satu aktivti ialah menonton teater di DBP..!! Huhuhu…

Keenam:-Erm….berehat,berehat, berehat!! Masa cuti adalah masa berehat! Masa cuti kena fikirkan strategi nak mengajar..masa cuti juga nak kena simpan suara. Nanti masa mengajar kena menjerit. Al-maklumlah, budak SMK Karak ni lain sikit. Kalau ada masa, aku ingat nak jumpa Siva, kawan baik aku masa di sekolah rendah.

Oklah..itu sahaja yang sempat aku nak coretkan dalam minggu ni. Insyallah, ada masa aku akan update kan lagi. Bye-bye!!

Friday, January 23, 2009

Gong Xi Fa Chai


This year is Cow's year??

Yes...it will coming this monday...actually, i also celebrate chinese new year..In karak, the celebration very exciting (including dragon and lion dance.

I love CNY because of Limau Mandarin. Hurm..so Delicious...!!

Ok...i wish all my chinese friends...Happy Chinese New Year 2009..

To my Chinese Benz Friends, my ex classmate (form 3 SMK Karak), all my chinese teacher - Ms. Lee Me Ying, Miss Christine, Ms Christle, Mdm Chia...and also the talkative women in earth...MADAM CHIAM!!!

Happy Chinese New Year!!!!!!


Gong Ci Fa Chai

~To Mel, don forget to sms me, ur KL Plan..!!

Monday, January 19, 2009

Sang putera berbicara lagi...(part 2)


Assalamualaikum dan salam semua…

Agak lewat aku mengemaskini blog ini. Agak sibuk dengan beberapa urusan disamping dengan kekangan internet. Hurm…dalam entry kali ini aku nak cerita beberapa perkara dengan kalian semua, pembaca budiman.

Aku dan papa:-


Membaca blog teman-teman yang sibuk dengan ayat-ayat pondok buruk, tak ubah seperti menyesali dengan apa yang terjadi. Bagi aku, persahabatan memang kompleks, dan apabila terlalu memikirkannya, ia boleh menjadi duri dalam daging.

Kalau nak diceritakan melankolik ataupun kesedihan, aku juga mempunyai perasaan demikian. Pada 23 Januari 2009, genaplah 10 tahun aku hidup tanpa belaian seorang ayah…ayahandaku tercinta YM Raja Adnan YM Raja Adam,

Aku tidak seperti orang lain, mempunyai keluarga yang cukup sempurna. Ayah, ibu, abang, kakak, adik dan sebagainya. Tapi aku sedar ini adalah ujian dari Allah S.W.T. Papa pergi meninggalkan aku ketika aku berumur 15 tahun dan adikku yang bongsu seusia 2 tahun.

Papa pergi ketika aku masih muda, baru ingin mengenali kehidupan. Papa pergi dalam keadaan yang tiada kusangka. Siapa sangka tarikh 5 syawal merupakan nokhtar akhir buat papa. Papa meninggalkan kami bertujuh di Hospital Tanjung Malim akibat serangan jantung.

10 tahun aku hidup tanpa papa. Aku lalui dengan tabah, mungkin disebalik keceriaan aku, hidup aku penuh dengan kesusahan. Membesar sebagai anak yatim, dan aku bertanggungjawab sebagai anak sulung. Memang berat dan payah sekali.

Tapi..aku bersyukur, mungkin aku antara orang yang bernasib baik jika dibandingkan dengan mangsa serangan Zionis, Amerika dan Tsunami. Mereka lebih trauma berbanding dengan aku. Apatah lagi melihat ada antara kita yang tak pernah lihat siapa bapa atau ibunya sendiri…


Kembali bertaut


Siapa sangka cempedak jadi nangka? Huhuhu…aku sebenarnya amat tak menyangka tarikh 16 Jan 2008 merupakan tarikh keramat buat aku. Kenapa? Tarikh ini merupakan tarikh aku melaporkan diri sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Jika tahun lepas, aku hanya kerja sebagai guru ganti, tapi kali ini aku kerja sebagai GSTT. Bezanya GSTT dengan guru biasa ialah GSTT tidak terlatih, dan tugas GSTT sama juga dengan guru biasa.

Memang sukar menjadi guru ini. Banyak kerja harus dilakukan. Bukan terhad mengajar semata-mata…tetapi lambakan kerja tambahan harus diselesaikan dalam tempoh diberikan. Tapi aku sahut sebagai cabaran.

Oh yer, aku mengajar di sekolah menengah aku semasa aku form 1-3, iatu Sekolah Menengah Kebangsaan Karak. Gembira kerana aku pulang kembali ke sekolah asal. Tak sangka banyak perubahan berlaku, tapi mentaliti pelajar masih sama.

Mengajar sekolah menengah memang lagi mencabar kerana banyak perkara harus diberi perhatian. Disamping mengawal pelajar yang nakal dan juga talkative ni…hehehe..memang menguji kesabaran. Nampak gaya terpaksa lah aku menjadi garang dan sedikit kurang ajar, ajar pelajar-pelajar ini mendengar kata. Huhuhu…semoga semuanya berjalan dengan lancar.


Terima kasih…


Pertamanya aku sangka, blog ini hanyalah untuk bacaan orang tertentu sahaja. Maksud aku, hanya untuk mereka yang kenal aku terutama bekas pelajar UMP. Tapi tak sangka, semasa aku melapor diri di SMK Karak, GPK 1 aku mengenali aku melalui blog ini. Kata beliau, blog ini ada ditulis perkataan SMK Karak.

Dan ada juga cikgu yang rajin menyinggah dan membaca blog ini. Huhu..tak sangka pulak aku yer…tapi tak mengapa. Ribuan terima kasih diucapkan atas semuanya. Sama-sama lah kita berkongsi pendapat dan segalanya. Jangan gaduh dah lah..hahaha.

Erm..blog ini memang khas buat rakan-rakan,cikgu-cikgu, penggiat teater, seni muzik, budaya, media (Kak Ros-TV3) dan juga pendebat….Terima kasih buat semua…


Jumpa lagi....!!

Tuesday, January 13, 2009

Rawan





Salah satu lagu yang aku suka pada permulaan tahun ini..

Unik,menarik dan mempunyai lirik yang cukup puitis. Dinyanyikan dengan penuh perasaan oleh penyanyi yang baru bercerai...Azharina. Mungkin lagu ini ada kaitan dengan anda?? huhuhu...terpulang.

Oh yer..aku ada banyak cerita nak kongsi dengan anda semua. Tapi nantilah dulu, apabila semuanya sudah PASTI aku akan maklumkan pada kalian semua.....!!


Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu

Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Meruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan kupohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Kau untukku

Saturday, January 03, 2009

Sang Putera bicara..

Assalamualaikum..

1. Tuan Puteri Kembali

Inilah masa yang aku nantikan. Puteri Gunung Ledang kembali untuk musim yang ketiga. Seperti biasa, aku telah membeli tiket dan akan menonton bersama Azwan, Azril dan Peedot..

PGL memang tidak mengecewakan. Semasa musim kedua, aku berpeluang menonton di Istana Budaya pada tahun 2006 bersama Azwan dan Fendy. Ia memang menarik, teruja dan mengkagumkan. Elemen brodway diterapkan supaya teater ini nampak lebih antarabangsa. Aku tak nafikan, andai kata Tiara membawa teater ini ke luar negara dan dipertontonkan pada khalayak, ia mampu membawa ikon pada teater malaysia.

Teater ini mampu mengangkat semula keagungan Melayu Melaka, Kisah masyarakat Nusantara, budaya Keraton Jawa dan tulah raja!! Hebat!! Ia mampu membuktikan bahawa Malaysia memang boleh.

Bagi karyawan teater yang baru nak bertatih..tak mengapa!! Anda boleh lakukan yang terbaik..insyallah!! Teater kita akan dikenali suatu hari nanti.

Yang pasti aku sekarang tak sabar nak menyaksikan kemistikan Gustri Putri, kagagahan Hang Tuah dan keunikan Istana Melaka!! Nantikan..12 Feb 2008.

2. Siti Situ Sana Sini

Kecoh pasal album baru Siti ..Lantera Timur. Huhuhu, aku tak beli lagi,walaupun aku adalah peminat siti. Entahlah, album kali ini macam kurang menyengat seperti album Sahmura, Cindai dan Sanggar Mustika. Mungkin sebab penggiat seni kita kurang kreatif agaknya. Nasib baik Siti pandai untuk mencantikkan lagu dia. Cuma aku kurang berkenan album siti lebih nampak muzik arab walaupun ada elemen asli seperti bunyi seruling dalamnya.

Entahlah..lenggok arab siti masih kurang jika dibandingkan dengan Waheeda dan Bienda. Tapi ia cubaan yang baik kerana sekarang amat kurang artis nak buat album tardisional. Mungkin album ini boleh menang dalam AIM kerana saingan album tradisional agak kurang. Huhuhu...tapi track pertama lagu Kayangan kita masih belum boleh mengalahkan kekuatan Nirmala, Balqis dan Cindai.

Tapi aku puji cover album..unik dan cantik!! MAcam tuan puteri. Tapi aku harap kalau boleh siti berubah lah betul-betul. Kalau nak pakai tudung, pakailah elok-elok. Kalau taknak pakai, janganlah pakai. Tak elok..buat macam tu. Rasanya banyak artis kita dah mula pakai tudung dengan kemas dan comel, macam Sheila Rusly, Aishah dan Noraniza Idris. Harap SIti jangan ikut mcm Kak Pah pula...pakai tudung sekejap jer, masa nyanyi lagu Yayadan..lepas tu bukak balik. So...Siti dan Kak Pah sama je...

Sorilah pada peminat siti yang fanatik!! Aku pun minat Siti jugak..so tak salah kalau aku nak bagi pendapat pada dia. Teringat masa aku sekolah menengah dulu, sanggup kumpul duit nak beli album Siti. First album aku beli ialah Cindai, kemudian Adiwarna sampailah Trankripsi. Lepas tu, aku agak kurang beli album dia..entahlah mungkin dia dah dimiliki dan imej baru dia buat aku kurang berkenan.

Tapi album Siti paling aku suka ialah Cindai, Safa, EMAS dan Hadiah Daripada Hati. Tahniah siti...!! Erm..dato siti....

3. Giler tonton filem.

Duduk di rumah aku asyik menghadap tv. Bulan ini aku langgan astro box office. Entah kenapa aku nak langgan, tapi movie dia kali ini banyak yang best. Aku suka tengok filem Budak Kelantan, unik dan menarik! Begitu juga filem Bhootnath..hebat!! Nak pula lakonan Juhi Chawla dan Shah Rukh KHan..kombinasi yang superb!!

Selain itu, aku tonton balik filem-filem yang ada dalam laptop aku ini!!! Baru tengok filem transformer..memang best!! Ada kritikan terhadap dasar amerika!!

4. Pengorbanan guru..

Tahniah buat kawan-kawan aku, Rosli dan Johari kerana bakal mengajar di sabah dan sarawak. Rosli dapat mengajar di Mukah Sarawak. Khabarnya di sekolah Kampung Tekejong, Dareah Daro. Huhuhu..Joe pula katanya di Sipitang.

Jauh mereka merantau yer!! Inilah pengorbanan guru. Nampak remeh tapi sukar ya amat!! Tahniah juga pada Irwan, Nisa...khabarnya dapat KPLI.

Aku?? Huhuhu...kita tunggu jer lah!!

****

Sorilah aku agak bizi beberapa hari ini. Ada perkara yang nak kena settlekan!! Buat semua teman..jangan gaduh-gaduh!! Kalau ada salah faham, cuba terus terang untuk jernihkan keadaan. Lagipun, kita semua dah kenal lama. Tak elok dipanjangkan cerita....

huhuhu..aku pun faham sebab aku pun pernah gaduh jugak!! Erm..dengarkan lagu rawan dari Azharina..one of the best this year...memang sedap giler..feel habislah....

Friday, January 02, 2009

Cerita sebelum tidur

Salam...

Pernahkan anda semua semasa anda kecil, ibu atau bapa anda menceritakan cerita dongeng? Ataupun kisah-kisah teladan? Hehehe..mungkin ini bukanlah budaya Malaysia kerana rata-rata kanak-kanak Malaysia akan didodoi oleh ibu/bapa mereka.


Bagi aku, aku teringat bahawa datukku suka bercerita kepada cucunya sebelum tidur. Tapi bukanlah kisah Snow White, Beauty and The Beast atau Hansel and Gretel. Kisah yang aku ingat ialah hantu paku dan cerita pak pandir. Memang tergelak dan seram jugak dibuatnya. Huhuhu...yang aku nak cerita bukanlah pasal kenangan dulu-dulu, tapi komentar dan review aku tentang filem terbaru aku tonton iatu

Bedtimes Story terbitan Walt Disney dan dilakonkan oleh pelakon komedi hebat iatu Adam Sandler.

Jalan Cerita:-


Filem ini bukanlah idea cedokan dari Filem lama bedtime story yang diterbitkan pada tahun 1964 oleh Pennebaker Production. Ia adalah idea baru yang mengisahkan Sketeer seorang juruteknik di hotel diasaskan oleh bapanya, telah bercerita ketika anak saudaranya sebelum tidur. Tetapi kisah yang pada awalnya hanya rekaan tapi menjadi benar dan realiti seiring dengan kehidupannya yang sering ditimpa malang.

Jalan cerita ia agak kemas, cukup dengan elemen komedi dari pelbagai karekter. Kaedah jalan ceritanya disulam dengan baik membuatkan penonton terbuai dengan setiap cerita yang dibawa oleh Skeeter, Bobbi dan Patrick. Ia juga cukup kuat menyelitkan nilai-nilai moral yang sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Teknikal:-

Kalau melihat gaya pengarahnya, Adam Shankman yang pernah mengarahkan Bringing down to the house dan The Pacifier, kita sudah boleh membaca kaedah penceritaannya. Ia mudah, kemas dan berkualiti.

Elemen komedi ditonjolkan bukanlah lawak bodoh tapi ia mempunyai nilai tersirat yang cukup kuat. Elemen grafik dan CGI digunakan bagi mencantikkan cerita dan ia digunakan bersesuaian dengan jalan cerita. Sudah menjadi trend filem hollywood, sudah pasti ada elemen aksi yang tidak masuk akal seperti adegan Skeeter melompat keretapi dan membawa motor berkuasa tinggi.

Lakonan:-

Siapa tak kenal Adam Sandler, pelakon komedi yang terkenal dengan filem Anger Management dan 50 first date. Dalam filem ini, gaya dan rentaknya sama sesuai dengan watak Skeeter yang suka berimaginasi dan bermain-main.

Komedi dibawa oleh Adam sangat segar, dan beliau bijak mencuri tumpuan penonton dengan gayanya yang selamba. Watak lain seperti Keri Russell,Lucy Lawless, dan Guy Pearce memang menghidupkan suasana. Pendek kata pemilihan pelakon tepat bagi mewujudkan elemen komedi dalam setiap babak. Yang pasti mereka profesional bagi menghidupkan jalan cerita.

Watak Buggsy antara karektor menarik bagi saya. Sejenis hamster bermata besar, cukup comel walaupun kita sedia maklum ia hanyalah jelmaan komputer semata-mata. Buggsy mampu membuatkan kita ketawa dan tersenyum dengan gelagat yang comel, manja terutama ketika babak dia ketawa terhadap kenyataan Mickey.


Kelemahan:-


Seperti lazim, filem hollywood kadang-kadang terlebih "rencah" sehingga menganggu proses penceritaan. Ada babak-babak tak perlu dan ada babak yang boleh ditambah bagi menjadikan filem ini cantik seperti babak akhir filem ini.

Namun, sesuai dengan temanya adalah komedi, maka elemen-elemen tak masuk akal boleh dimaafkan, dan filem ini memang khusus untuk kanak-kanak, kerana ia terselit dengan nila moral, kasih sayang dan imaginasi.

Kesimpulan:-

Sama seperti filem Night at the museum, dan Enchanted, elemen fantasi diwujudkan bagi mengajar manusia menghargai kebolehan diri sendiri dan berusaha melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Bagi mereka yang ingin menonton filem ini, amatlah dialukan. Tapi janganlah anda harap filem ini seperti Lord Of the rings, Narnia ataupun Harry Potter kerana filem ini adalah filem komedi dan memang dicipta untuk kanak-kanak. Dan ia bukanlah filem epik walaupun wujud elemen fantasi dan imaginasi dalam karya Adam Shankman ini.

Kisah hantu paku?? hurm mungkin sesuai untuk difilemkan..terima kasih Almarhum Nendaku Raja Adam.

Thursday, January 01, 2009

Adakah kita bertemu lagi?

Dunia ini kecil...
Ia dicipta untuk Adam dan Hawa...
Dan jika dahulu, Allah pisahkan mereka,
dan mereka mampu bertemu..

Mengapa tidak kita??
Kalau kita marah, atau benci sekalipun..
Atau suka dan gembira...
Kalau ada rezeki, sudah pasti kita akan ketemu.

Bak lirik lagu tegeleng-geleng,
setiap yang berlaku tetap ada maksud dan hikmahNya...

Permulaan bulan pertama 2009,
Adakah kita akan bertemu?
Mungkinkah ini rezeki aku?
Mungkin ini juga cabaran buat aku?

Kita merancang tapi yang menentukan hanya Dia yang Maha Esa...!!

...AMIN...

~HIDEKI~