Travel

Travel

Mengira detik

Friday, October 26, 2007

Inspirasi Hatiku

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kini kita bersua dalam bulan syawal yang mulia. Salam aidilfitri buat semua. Dah lama tangan aku tak menaip blog, sebab terlalu sibuk dengan projek PSM yang kian runcing. Maklumlah itu satu-satunya kunci untuk aku keluar dari bumi UMP ini.

Oklah, kali ini aku nak bercerita tentang inspirasi hatiku. Setiap manusia di dunia ini ada orang yang ingin dijadikan idola ataupun inspirasi bagi mencapai sesuatu kejayaan. Sama juga aku, tetap mempunyai orang atau role model dalam mencapai kejayaan pada masa akan datang.

List inpirasi aku:
1. Sudirman Haji Arshad (Inspirasi orang seni)
2. Tan Sri Lim Goh Tong ( Inspirasi Usahawan)
3. Puteri Diana (Inspirasi Masyarakat).
4. Suhaimi Baba (Inspirasi pengarahan).
5. Tun Abd Razak (Inspirasi Pemimpin)

Tokoh menjadi pegangan aku dalam hidup. Oh ya seorang lagi yang pastinya menjadi ikutan semua orang islam, siapa lagi Rasulullah S.A.W. Baiklah kita cerita satu per satu. Pertama, Sudirman. Wow, sebut nama dia ini pasti ramai teringat lagu ayah dan ibu, Terasing dan sebagainya. Dia adalah penghibur no.1 asia. Memang hebat!! Kenapa dia jadi inspirasi ku..? Kerana minat beliau dalam bidang seni begitu kuat. Malah, beliau seorang yang sangat cekal dalam mengahrungi kisah hidupnya sendiri. Aku sendiri memiliki buku "Detik2 terakhir sudirman" yang mana menceritakan kisah hidupnya dari kecil sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. Lagu2 dia wajar dipuji kerana evergreen dan all time song. Dia juga digelar sebagai singing lawyer. Ini membuktikan bahawa bukan semua orang seni tidak berilmu. Mana tahu lepas ini muncul pulak " the director engineer". Siapa lagi, aku ler...

Itu pertama, kedua..Tan Sri Lim Goh Tong. Gelaran paling sesuai Uncle Lim. Uncle Lim ini telah meninggal dunia pada 23 Oct 07. Dia adalah pengasas Genting Highlands dan juga Genting Groups. Kenapa dia jadik inspirasiku sedangkan umum tahu dia juga digelar sebagai taikun kasino. Hehehe..bukan apa, aku menjadikan dia inspirasi kerana kehebatan pemikiran beliau untuk membangunkan satu kawasan terpencil (Gunung Ulu Kali) menjadi pusat pelancongan bertaraf dunia. Uncle Lim ini seorang yang susah sewaktu kecil. Beliau berhijrah dari China dan membesar di Tanah Melayu. Pandangan beliau dalam membangunkan genting sewajarnya dipuji. Malah, kejayaan Genting menjadikan Uncle Lim orang ketiga terkaya di Malaysia. Beliau juga seorang yang memartabatkan Bahasa Melayu (Malaysia) walaupun bukan orang melayu. Beliau mengadakan mesyuarat CEO Genting semuanya dalam Bahasa Melayu dan menjadikan beliau seorang disegani oleh semua kaum.

Jika Uncle Lim inspirasiku dalam bidang perniagaan (insyallah akan jua aku ceburi) aku juga menjadikan Puteri Diana sebagai inspirasi masyarakat. Kenapa?? Sebab Puteri wales ini memang dikenali sebagai Puteri berjiwa rakyat. Beliau sanggup turun padang membantu mereka dalam kemiskinan terutama di benua Afrika. Hebat..semangat ini menjadikan beliau antara puteri yang begitu disegani di dunia. Bekas isteri Putera Charles dan ibu kepada Putera Harry dan Putera William ini meninggal dunia pada 31 Ogos 1997. Memang sedih juga atas kematian puteri wales ini tetapi ajal maut semua nya di tangan tuhan. Tetapi inilah dikatakan sebagai harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.Nama puteri Diana bukan sahaja diabadikan di makam beliau, tetapi turut menjadi inspirasi masyarakat dunia sebagai puteri berjiwa rakyat.

Sebagai seorang peminat filem dan teater, adalah wajar aku menjadikan seseorang sebagai role model bagi mencapai tahap ini. Cita-cita aku jugak tuk menjadi pengarah samaada filem, teater ataupun drama. Dan aku nk buat yang terbaik.bukan aspek komersial semata-mata. Oleh itu aku jadikan Shuhaimi Baba (Shumi) sebagai inpirasi aku dalam bidan pengarahan. Hehehe..walaupun aku tak pernah tgk cara beliau menjadi pengarah, tetapi hasil kreativiti dan nilai estatika yang ditonjolkan dalam filem beliau membuktikan beliau adalah antara pengarah tersohor. Lihat sahj filem Selubung, Mimpi Moon, dan Layar Lara. Hasil beliau membawa satu paradigma baru dalam dunia perfileman. Shumi juga berani membawa sesuatu terbaik dalam industri filem kita.Dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) 1 dan 2, filem ini berjaya memcahkan tradisi bahawa malaysia juga mempunyai filem seram. Beliau sering menerapkan elemen kebudayaan seperti gamelan, kuda kepang dan saka dalam filem bagi memastikan generasi kini sedar akan pentingnya seni. Tahun ini, 2 filem beliau telah menemui penonton. Pertama, filem waris jari hantu. Kedua 1957-Hati Malaya. Kreativiti beliau menghasilkan filem telah menjadikan beliau dinobatkan sebagai pengarah terbaik 3 tahun berturut-turut. Hebatlah Kak Shumi..harap2 ada rezeki, bolehlah aku berjumpa dengannya dan berkongsi ilmu dengan beliau.

Dan akhir sekali...my inspiration is Tun Abdul Razak. PM kita yang kedua. Sesiapa yang tak kenal memang wajar dia bukan rakyat Malaysia..hahaha. Tun Abd Razak adalah anak kelahiran Pulau Keladi, Pahang. Apa hebatnya beliau? Hebatnya beliau dalam ketokohan dan kepimpinan membangunkan ekonomi Malaysia dan melayu secara amnya. Beliau telah mengagaskan DEB, menubuhkan MARA, Felda dan Felcra serta perancangan ekonomi Malaysia. Secara dasarnya, beliau sanggup mengharungi sawah padi, hutan dan paya bakau untuk memberi bantuan dan mengenal sendiri kesusahan rakyat Malaysia. Abd Razak diberi gelaran sebagai bapa pembangunan tetapi sayang beliau telah pergi meninggalkan kita pada zaman beliau menjadi perdana menteri. Apa-apa pun jasa beliau tetap dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia sehingga ke akhir zaman.

Itulah dia 5 orang menjadi inspirasi besar dalam hidup aku. Aku tahu kalian semua yang membaca juga mempunyai mereka yang menjadi inspirasi...apa-apapun, kita perlulah berusaha agar berjaya mencapai cita-cita kita. Huhuhu....

Friday, October 05, 2007

Kawal emosi anda..


Kehidupan kita ini sebenarnya banyak sangat dugaan. Aku juga akui aku tak terkecuali dalam kegagalan mengawal emosi. Aku ni bukanlah seseorang yang suka marah tapi bila aku marah..fuh,,memang teruk jugaklah. Biasanya aku akan menghempas barang atau menghentak sesuatu dengan kuat. Itu petanda aku nak marah. Tapi biasanya bersebab..nak kata aku ni hot temper, tak jugaklah. Aku akan cuba mengawal emosi dengan baik agar tidak disalah sangka oleh orang lain. Alhamdulillah aku ini tergolong dalam seseorang yang boleh mengawal emosi dengan baik.

Kenapa aku buka topik ini? Sebenarnya aku dikelilingi oleh kawan2 yang agak sukar mengawal emosi dengan baik. Kadang2 aku pun emo jugak tapi taklah selalu. Cuma agak penting bagi diri kita dalam mengawal emosi dengan baik. Cara aku- mungkin aku kena selalu senyum dan fikirkan perkara positif. Apa yang selalu aku buat ialah make our life enjoy. Jangan kusutkan lagi keadaan yang sedia ada. Paling penting sekali fikirkan cara yang paling sesuai untuk selesaikan masalah kita.

Kalau nak kira carta tahap kestressan aku ialah menyiapkan PSM. Nasib baik SV aku banyak bagi moral support. Kalau tak kecundang gak aku ni. Hehehe…Emosi adalah sesuatu yang penting buat kita. Adalah normal bagi manusia mempunyai emosi. Cuma bagaimana kita nak kawal emosi agar kita sentiasa berjaya menjadi manusia cemerlang di bumi Allah ini. Aku sendiri tak terkecuali..malah kalau aku betul2 stress biasanya aku akan cari tempat untuk tenangkan diri. Aku amat jarang bercerita masalah aku pada orang lain terutama masalah family aku tapi aku cuba buat yang terbaik dalam mengatasi masalah tersebut.


Paling penting kita kena sentiasa tersenyum walaupun ada masalah yang datang. Betul kata orang senyum adalah penawar kepada duka yang kita hadapi. Kadang2 masalah takkan dapat diselesaikan jika kita berdiam ataupun marah tak tentu pasal. Malah ia boleh mengundang tanggapan negatif dari orang lain. Cara lain paling efektif ialah do something that are u really interested. Contohnya bersenam, membaca, internet ataupun menulis blog ini. Bukan kita larikan diri dari masalah tetapi kita dapat mengawal tahap emosi kita seterusnya fikiran kita tenang dan dapat idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kalau bagi orang islam pula, sembahyanglah..itu adalah kunci ketenangan diri kita. Aku teringat satu kata-kata motivasi, jika Cinta kita ditolak oleh seseorang, serahlah cinta kita kepada Yang Maha Esa..kerana cinta Dia kepada kita memang tiada sempadannya. Dan pastinya cinta Dia akan membawa sejuta kebahagiaan.

Ok..ini ada beberapa tips dan keburukan jika kita gagal mengawal emosi kita. Aku ambil dari Laman Web USM unit bimbingan dan kaunseling. Tips ini khas untuk kawan-kawan ku yang mana sering menghadapi masalah dalam mengawal emosi mereka…



“TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI ANDA”

  1. selalu berfikiran positif,dan logik.
  2. selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
  3. selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang respon .
  4. membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh memotivasikan diri.
  5. sentiasa memaafkan orang lain.
  6. selalu berdoa.
  7. elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
  8. selalu bersenam.
  9. elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
  10. 10.mempunyai rehat yang cukup.
  11. Dengar lagu kegemaran dan fikirkan kenangan manis anda.
  12. Fikirkan keburukan yang bakal berlaku jika anda gagal mengawal emosi.
  13. Bergaul dan bergembira bersama-sama rakan karib.
  14. Bercerita masalah kepada orang yang anda selesa seperti ibu, kawan dan sebagainya.


“Keburukan jika gagal mengawal emosi”

  1. Melakukan perkara di luar batas seperti makan ubat tidur, makan berlebihan.
  2. Hilang persahabatan
  3. Masalah akan lebih bertambah rumit.
  4. Hasil kerja akan menurun.
  5. Kita akan menjadi pendiam, gangguan mental dan hilang arah.
  6. Dianggap seseorang yang negatif oleh masyarakat.
  7. Fizikal kita akan mudah terdedah kepada penyakit.