Ulasan Filem : Sejoli Misi Cantas Cinta
Hello geng semua! Rasa agak lama tak menulis mengenai filem. Maklumlah..amat jarang sangat tengok wayang. Kalau tengok movie pun, dalam laptop sahajalah. Untuk ulasan kali ini, saya ingin berkongsi pandangan mengenai sebuah filem melayu yang ditayangkan pada Feb lepas iaitu Sejoli Misi Cantas Cinta. Pengenalan: Hasil karya Osman Ali, ia merupakan naskah ringan selepas Cun yang ditayangkan pada tahun 2011. Membariskan pelakon terkenal seperti Maya Karin, Bront, Remy Ishak dan Izara Aishah, filem ini merupakan filem yang cukup menyeronokkan, penuh dengan elemen romantik komedi. Jika Cun lebih memfokuskan kepada wanita bandar ke kampung di Kedah, Sejoli lebih menceritakan kisah 2 orang yang bertemu secara tidak sengaja di Phuket. Dua watak utama ditonjolkan iaitu Gina (Maya) dan Joe (Bront) yang mana kebetulan bekas pasangan mereka iaitu Hady (remy) dan Nita (izara) akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Untuk mendapatkan kembali cinta mereka, jadi mereka telah merancan