Posts

Showing posts from February, 2008

Karena aku sayang kamu

Image
Salam: Lirik memainkan peranan penting dalam sesebuah lagu. Lagu tanpa lirik ibarat drama tanpa skrip, boleh pincang dan senada. Baiklah, untuk tag lirik pilihan, aku akan share, dan kupas apa yang tersirat melalui lirik-lirik pilihan aku untuk dikongsi dalam blog aku. Bak kata Azwan , "lirik lagu adalah salah satu cara meluahkan perasaan....." Untuk permulaan,aku nak share satu lagu yang aku suka selain lagu TERCIPTA UNTUKKU nyanyian Ungu. Lagu dimaksudkan ialah lagu KARENA AKU SAYANG KAMU nyanyian Dygta. Sekali lagi, lagu indonesia mendominasi fikiran aku. Maaf, bukan aku meminggirkan artis tempatan cuma lirik lagu ini amat kena dengan perasaan aku kali ini. Lirik dia lebih kurang beginilah:- seandainya kau ada disini denganku mungkin ku tak sendiribayanganmu yang selalu menemani kuhiasi malam sepiku reff: kuingin bersama dirimuku tak akan pernah berpaling darimu walau kini kau jauh dariku kan slalu kunanti karena kusayang kamu hati ini selalu memangil namamu dengarlah

Keluargaku dan kampungku..!!

Image
Assalamualaikum dan salam semua: Ramai juga yang bertanya, kenapa nama aku Raja? Apa perkaitan Raja? Keturunan Raja ke? Hehehe..soalan yang kerap aku terima. Tak kurang juga yang bertanya, Raja k apur ke? Aku masih ingat sewaktu kecil, kawan-kawanku sering mengejek aku Raja Tak berdaulat ..hehehe, biasalah budak-budak! Baiklah, untuk blog kali ini, aku nak share cerita pasal keturunan aku, bukanlah nak membesarkan diri atau riak, tapi sekadar cerita…alah, apalah sangat yang ada pada keturunan, betul kan? Aku dilahirkan dalam keluarga sederhana. Datukku (yang digelar nenda) sebelah papa ialah Raja Adam . Nenek ku bernama Hajah Ramah . Mereka berdua berasal dari Pahang. Sebelah mama pula, Tok Wan berasal dari Kuala Kurau, Perak manakala Tok (nenek) berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang. Aku taknak cerita sebelah mama, kita hold dulu, tapi aku nak story sket pasal family sebelah papa. (Keindahan pemandangan di kampung aku) Nama Raja itu ialah nama keluarga aku..Ia diwarisi sejak

Pentas bertaraf dunia...!!

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Disini aku nak maklumkan persembahan yang bakal wujud di Istana Budaya sepanjang Mac, April dan Mei 2008. Bagi mereka yang berminat, bolehlah follow-up tiket di Laman Web IB (linknya ada dalam blog aku nie). Oh yer, ura-ura mengenai tayangan PGL (puteri Gunung Ledang The Musical) dan P.Ramlee the musical (PRTM ) sebenarnya telah dibatalkan. Pihak kementerian telah membatalkan kedua-dua show yang dijangka dipersembah pada Februari 2008 dan Mei 2008. Alasan..hmm, entahlah..pilihan raya kot? Kalau nak tahu infromasi terkini, rujuklah blog Kak Tiara , ok? Baiklah..ini informasi mengenai persembahan yang bakal berada di Istana Budaya, pentas bertaraf dunia... Mac 2008: A. Jewel Of Tibet (teater)-1/3~15/3 B. Sirah Junjungan (teater)-19/3~23/3 C.24 Hour teater(teater)*-16 Mac D. Sister Hong (teater)*-28 Mac~30 Mac April 2008: A. Muzikal Pendekar (teater)-10/4~14/4 B.Idris Sardi Saturasa (muzik)-19/4~20/4 C.Recital PPPM(muzik)*-6 April D.Big Band (Muzik

Lain dari yang Lain..:-)

Image
Kini.... Segala kekusutan akan dileraikan... Segala kekeruhan akan dijernihkan... Segala kehitaman akan diputihkan... Aku baru sedar, segala kekeliruan yang timbul cuma satu punca nya.. ....Salah FAHAM dan TIDAK maHU memAHaMi... dan kini aku akan cuba untuk memaHAMI... aku akan ber UBAH walaupun ia bukan mudah! Nantikan sesuatu yang menarik akan aku zahirkan MAC 2008!! Dari sudut hati: tak perlulah nak ber dendam , menyimpan rasa..hidup ini kena ceria!! Buat sahaja kelainan yang orang suka..insyallah, selagi kita lakukan itu betul..maka pedulikan apa yang orang lain bicara.Aku dalam proses transformasi, menyelesaikan masalah aku satu per satu..insyallah, segalanya akan selesai sebelum hari istimewa buat si "comel"! Ingat, misi aku masih belum tercapai!!Hehehe....

Di sebalik Istana Budaya

Image
(Belakang pentas..Panggung Sari) Salam.. Setelah beberapa entry sebelum ini aku banyak menceritakan isi hati (walaupun masih kabur) tetapi kali ini aku ingin menulis mengenai artikel lain pula. Aku mohon maaf kalau ada yang terasa, tersinggung atau apa sahaja mengenai entry yang lepas!! (Tempat aku mencari ilham-Laman Santai) Pada 3 Mac 2008, genaplah 3 bulan aku pratikal di Istana Budaya. Maaflah, agak lama aku tak ceritakan kisah aku ketika pratikal. Asyik2 cerita pasal debat dan teater..huhuhuhu!!Untuk kali ini, aku akan cerita serba sedikit dan berkongsi pengalaman aku ketika berada di Istana Budaya selama 3 bulan ini. (Kren untuk setting lampu) Kenapa IB? Ramai orang asyik Tanya, kenapa pilih Istana Budaya? Bukan ke ia takde kaitan dengan elektrik? Ramai bertanya dan aku hanya menjawab, kelainan!! Itu sahaja jawapan aku! Lagipun, aku memang berminat nak pratikal di sini, salah satu sebabnya nak timba pengalaman dalam seni pementasan. Istana Budaya ini ditubuhkan pada tahun 199

Lepaskan melankolik diriku!!

Image
Assalamualaikum.. Hidup ini seperti roda. Mungkin hari ini kita bahagia berada di atas, tetapi kita perlu juga menoleh ke bawah. .kerana, tanpa adanya permulaan, tidak akan kita selesa berada di atas. Paling penting, tidak selamanya kita akan berada diatas. Mana tahu, esok lusa mungkin kita berada di bawah!! Aku menulis coretan kali ini dengan penuh hati-hati tetapi tajam. Terpulang kepada sesiapa yang membacanya,anda b oleh mentafsir apa sahaja!! Aku juga menghadiahkan penulisan ini buat mereka yang berkait rapat dengan ku..siapa? Hanya insan tertentu sahaja yang mengerti!! Walaupun aku tahu..insan itu tak mungkin akan membaca blog aku ini!! Coretan satu: Manisnya ASTAR Seperti dijangka, debat ASTAR telah melabuhkan tirainya pada 5 Feb 2008. Kejohanan bermula sejak 3 Feb ini melibatkan 24 pasukan. UMP telah diwakili oleh Jumain, Adam,Amir dan Afifi . Mereka telah berusaha melakukan yang terbaik bagi memastikan sesuatu yang manis berjaya di bawa pulang. Keputusan akhir debat ini…UMP m