Travel

Travel

Mengira detik

Wednesday, December 30, 2009

Kelebihan bekerja di sektor kerajaan

Aku dapat e-mail dari seorang teman...tentang kelebihan bekerja di sektor kerajaan. Huhuhu...korang baca lah dulu..

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==============================

Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


* Itu hanya pandangan beliau sahaja.


Secara kasar, bagi aku yang dah bekerja di sektor awam ni, dan juga anak kepada penjawat awam (mak dan ayah aku kan cikgu), aku rasa ada pro and con kalau kerja sektor awam. Antara cont nya ialah:-

1). Bonus :- kalau sektor swasta, bonus berduyun-duyun. 2 bulan gaji, hehehe. Kalau gov, sebulan gaji, tupun akan dibayar ansur-ansur.

2). Kenaikan pangkat:- memang sedap bunyinya, tapi peluang ini bukanlah semudah disangka .Kadang-kadang, mereka mengutamakan orang "dalam untuk kenaikan pangkat.

3). Kemahiran kendiri:- mungkin bagus kalau ada pekerja awam yang hebat, mantap dan terbaik. Tapi tak semua akan begitu. Kadang-kadang, kemahiran kendiri kita tidak hebat mana. Tak tahulah apa puncanya...

4). Terlalu bergantung:- kerja gov akan jadi kita lebih bergantung kepada kerajaan. Kalau nak naikkan gaji, terpaksalah meminta-minta dari pentadbiran atasan.

5). Kontrak:- kalau anda kerja kontrak, terutama gstt, jangan mimpilah kalau anda nak diserap masuk. Habis kontrak, habislah anda. Anda mungkin boleh sambung, tapi peratusannya kecil. Kalau sambung pun, belum tentu tetap. Jadi, gaji anda mungkin besar, tapi masa depan anda..erm..belum tentu.

6). Nak kaya:- kalau nak jadi jutawan ataupun kaya, mungkin susah sikit kerja kerajaan ni. Unless kalau kita ada side business. Kerja kerajaan paling hebat pun rm6000 sebulan. Dengan kata lain, nak senang boleh tapi kalau nak kaya..erm susah sikit kot.

Itu sekadar pandangan sahaja. Terpulanglah pada kita. Bagi aku, mana-mana kerja OK...cuma sama ada kita boleh bertahan ataupun tidak sahaja.

Monday, December 28, 2009

Hari jadi aku??

Alhamdulillah...

Hari ini hari jadi aku yang ke-25, tak sangka 3 hari lagi dah nak masuk tahun baru, dan aku baru je nak menyambut hari jadi.

Tiada yang istimewa hari jadi aku...cuma biasalah, family gahtering.

2010:---<<>

banyak aku harapkan pada tahun 2010 ini....tapi semuanya adalah ketentuan yang Maha Esa..kita mampu merancang..

2009:-
banyak perkara menarik yang berlaku, tak kurang juga peristiwa sedih, marah, geram...huhuhu biasalah manusia.

aku cuma inginkan...Kebahagiaan..

thanks pada yang wish kat aku...

Monday, December 21, 2009

Santau : Menyantau di pawagam


Assalamualaikum dan salam sihat buat semua,

Nampak gayanya satu lagi filem seram terbaru sudah menjengah di pawagam. Judulnya unik, iatu SANTAU. Kalau melihat kepada trailer filem ini, ia agak menarik, seram, suspen dan mengerikan. Namun, macam biasa, tidak semestinya trailer menarik akan menjadikan filem itu menarik. Betul tak?

Saya telah menonton santau petang Ahad, dan nyatanya ia suam-suam kuku. Bukanlah ia filem tidak menarik ditonton, cuma ada banyak elemen yang boleh ditambah supaya Santau menjadi naskah yang kemas dan menarik. Plot cerita agak perlahan, elemen seram dibuat tidak banyak, dengan kata lain, penonton mahukan elemen betul-betul seram tetapi ia tidak ditambah di dalam Santau. Cuma meletakkan Seram di tahap sederhana.

Plot dan jalan cerita santau dikatakan diambil dari kisah benar. Saya sendiri tak pasti bagaimana kisah menjadi bualan orang boleh digarap dengan baik di dalam filem. Secara kasar, kita tahu dengan mudah jalan ceritanya. 15 minit pertama pun kita dah tahu hala tuju filem ini dan pengakhirannya bagaimana.

Namun, Santau ada juga kekuatannya. Lakonan hebat Putri Madriana dalam filem ini menjadi nadi utama kepada jalan cerita Santau. Putri berjaya menghidupkan watak wanita dirasuk, dan wataknya memang berkesan. Saya pernah melihat bagaimana tok bomoh tradisional melawan kuasa jahat dalam rancangan MISTERI NUSANTARA. Memang tak ubah elemen itu diserap di dalam Santau. Watak Putri yang mempermainkan kalimah syahadah, mengejek tok bomoh dan sebagainya. Juga bagaimana tok bomoh bertanya dan meyoal jin yang ada di dalam wanita dirasuk. Ia memang satu ritual yang berkesan dan hebat, dan yang saya kira antara babak menarik dalam santau.

Pelakon lain, saya rasakan biasa sahaja. Tidak ada yang betul-betul "all out", tetapi tidaklah mengecewakan. Dari segi teknikal atau kesan khas, Santau lagi kemas berbanding dengan filem-filem seram melayu sebelum ini. Cuma elemen biasa atau typical dalam filem melayu, seperti asap, perempuan tua, orang duduk bawah selimut dan macam-macam lagi.
Kalau boleh, biarlah ia betul-betul menghasilkan momentum seram seperti perkara yang tidak kita duga. Itu adalah sewajarnya.


Kesimpulan yang boleh saya buat, Santau ada plot dan cerita tersendiri. Dan, kita sendiri pun tahu cerita orang disantau bagaimana. Kalau anda datang ke pawagam, menonton Santau dan mengharap seram tahap klimaks, lupakan sahaja. Tetapi sekiranya anda inginkan cerita berkaitan ritual santau, anda harus tonton. Mungkin cerita ini akan jadi menarik kalau ia dibuat seperti Long Khong (Filem Thai yang juga mempunyai unsur Santau). Saya rasa ia akan menjadi bonus besar kepada Santau untuk meraih kutipan box-office. Saya rasa tak salah kalau kita mengambil idea dari filem-filem Thailand yang baik untuk dimasukkan elemen seramnya, dan kalau filem ini digarap dengan lebih kreatif, ia boleh menjadi satu naskah filem yang bailk.

Jadi, semuanya terpulang kepada anda. ( star : 2.5/5)

---> Geram dengan gelagat penonton filem melayu. Asyik mengomen sahaja, siap ketawa lagi. Tak faham aku, kalau filem melayu ada sahaja adegan tak logik atau tak masuk akal, kita akan komen ar, kutuk ar. Cuba kalau filem-filem barat, berlambak-lambak adegan tak masuk akal, boleh pulak kita terima kan.

Satu jerlah nasihat saya kepada prosedur filem, buat sahaja lah filem komedi. Itu jalan terbaik untuk industri filem melayu. Kalau kita buat filem macam star wars, atau harry potter, ada je yang tak logik, pasti penonton wayang akan gelakkan kita.

Tak sabar nak komen Niyang Rapik, kalau drama aku rasa best..tapi tak tahulah kalau diangkat menjadi filem. So, tunggu jerlah...!

Sunday, December 20, 2009

Makan-makan Ex-Senandika!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, plan aku akhirnya berjaya, walaupun banyak kekangan, tetapi semua berjalan dengan lancar.

Program bermula jam 8.30pm dimana semua berkumpul di LRT Putra Gombak. Tetapi, aku pulak yang lambat. Sebenarnya bukan lambat disengajakan, tetapi ada sedikit kekangan. Azril pun dah telefon banyak kali, sori yer Azril.

Setelah semua ada, kami pun bergerak ler ke restoran kunang-kunang yang terletak berhampiran LRT tersebut, malangnya, ada pulak majlis perkahwinan. Hehehe....terkejut lah...jadi, plan terpaksa diubah. Maka, kami semua makan di Restoran Memori Corner, Taman Melati.

Memang riuh ar restoran, walaupun tak ramai yang dapat join. Tapi seronok..huhuhu....macam-macam cerita, termasuklah ada yang merancang nak berkahwin.

Setelah makan, tiba lah masa nak berpisah..tapi esoknya (ahad), aku pulak dengan gigih melawat bekas rumet, yang juga merangkap kawan baik iatu Najib Mokhtar. Bukan apa, dia dah dapat baby boy..comel sangat, namanya Razim Saffwan (betul tak?) heheh....

Seronok gak ar, aku, bob dan Ila melawat Cik Najib kita nie....(jangan jeles mel)...

K..itu jer aku leh citer..kita jumpa lagi ar masa akan datang. Mana tahu pada masa akan datang leh kita wat lagi!! (tentu Razwin dah besar hehehe)

Enjoy the picture...!





Monday, December 07, 2009

My Spy: Klakar habes...!!

Disebabkan kebosanan aku duduk di kampung, maka hari ini aku memutuskan untuk pergi ke Seberang Prai city (Jusco) kat Bukit mertajam. Tujuan utama bukanlah nak bershopping, tapi nak tengok buah tangan terbaru, Afdlin Shauki iatu MY SPY.

TGV Prai ini baru dibuka. Kebetulan aku pulak sampai jam 12.30pm, punyalah awal, jadi aku membeli tiket jam 1pm. Sementara tunggu show, sempatlah gak bermain tekken 6 kat arcade sebelah TGV.

Filem ini bukanlah antara filem terbaik afdlin. Ia dibuat secara suka-suka je. Kalau korang pernah tengok Lost and Faun, konsepnya lebih kurang sama je. Takda beza pun. Tapi aku suka susunan cerita ini dari Los dan Faun. Tak merepek, tapi biasa sahaja.

Dari segi lakonan, memang pujian diberi kepada kesemua pelakon kerana berjaya memegang watak dengan baik. Aku suka karektor Maria Carey lakonan Hannah Tan..simple, elegant dan Sexy!! Begitu juga lakonan Daphne Iking yang bercakap pelat cina inggeris dan Carmen soo yang turut memegang watak dalam filem ini. Suka sangat dengan karektor tiga gadis ini. Macam tengok filem Charlies Angel pulak.

Watak AC dan Harun Salim Bachik memang kelakar. Hehehe..adegan spontan dan membuatkan kita ketawa dari awal hingga akhir filem.

Bestnya filem ini kerana ia menampilkan gajet-gajet hebat diadun dengan teknologi dari KRU. Ditambah pula dengan latar belakang lagu Menggegar dunia nyanyian Stacy dan Adam, memang best!!

Cuma..skrip dan lawak dalam cerita ini banyak double meaning..dengan kata lain lawak lucah. Terpulang pada kita untuk mentafsirnya, tapi aku tak berapa rekomen untuk budak-budak tengok filem ini..hehehe....

Jadi, kalau anda tensyen dengan kerja, assignment ataupun apa sahaja..pergilah bawak awek tengok filem ini...meletops!!!

(malas nak upload gambar...korang tgk jerlah...)

rajaazrul: Tak sabar tunggu Santau..Azwan!! Ko jangan tengok santau lagi...kita tengok sama-sama lepas shidi pulang dari Australia!

Saturday, December 05, 2009

My lovely books

I love reading...recently, i just want to read non-fic book. Why?? I don't know, maybe non-fic can give me roughly idea about life..hehehe. Novel?? No lah..i still read novels. My fav novel..ayat-ayat cinta...hehehe..

Here I show you my books...this one of my fav books.

Written by Zamri Mohd...(not zamrie musa..hehe), this book showed us about how to the best writer. It also give us some tips and reference about dealing with the publisher, making paper work, points, and writing skill. If you want to be a good writer, he suggest us to make a blog. Blog is a starter for us to be good writer. Remember..a good writer is not a good speaker? hehehe..i gladly agreed with this stats...hehehe


My second book...if you love teaching and want to earn more money,, here i suggest you to read this book " Menjadi cikgu tuisyen berjaya". Really awesome!! This book give us tips and instruction how to be an excellent tuition teacher!!

This book simple but sweet. Written by Sheikh Mustapha (late), for his lovely brother..our angkasawan negara. This biography show us step by step, how he looked his brother before and after becoming "angkasawan". Bonus for this book, a lot of pictures if sheikh muzaffar since young untill now. Huhuhu..nice to buy as your book collection...and my final book is...



Hehehe...want to learn chinese lang?? Thanks madam for this "useable " gift for me...hehehe...thanks...sei-sei....!!!

Thursday, December 03, 2009

BaRU nak update

Salah satu petua yang aku baca dalam buku " The best seller" nukilan Zamrie Mohd ialah sentiasa mengemas kini blog sekiranya anda ingin menjadi penulis yang hebat...

Tapi..masalah utama aku ialah internet. Ikut hati memang aku nak sangat pasang tenet kat rumah, tapi tak boleh...masalah pendawaian ler..apa lah..bosan aku!! Kalau nak pakai broadband..kem salam je lah..for sure lah takkan dapat...hehehe

Aku hanya boleh tenet di dua buah tempat secara percuma. Pertama di sekolah-baik sekolah mak aku atau sekolah aku...(erk..bekas sekolah aku) hehehe. Itupun kalau aku gigih dan rajin. Kedua pulak...KFC karak. Itupun aku malas sket..yelah kena bawak laptop..takleh online lama-lama.

Hari ini aku dah sampai ke kampung aku di Kuala Kurau, Perak. Suka tak suka..memang penat gak memandu seharian selama 5 jam. Aku pulang kerana ada beberapa urusan yang tak dapat dielakkan.

Aku nak ucapkan selamat berjaya kepada pasukan debat UMP di Debat Diraja 2009. Baik team BM, BI ataupun Bahasa Arab. Insyallah...anda akan dapat sesuatu yang menarik ketika berada di UM selama 5 hari.

Huhuhu..aku pulak?? erm...plan aku masih berjalan dengan lancar..dan aku harap semuanya lancar. Aku tahu apa yang berlaku..pasti ada hikmahNya..apa hikmahNya...nanti-nanti jerlah...

Reunion?? Erm...aku malas nak komen...