Travel

Travel

Mengira detik

Saturday, May 31, 2008

Hari ini hari Sabtu

Assalamulaikum...

Hari ini hari Sabtu...seperti juga sabtu-sabtu yang lain, hari Sabtu bagi sesetengah orang adalah hari cuti. Hari ini juga adalah hari terakhir di bulan Mei 2008 dan kalau di Sabah, hari ini adalah hari penutup bagi Pesta Keamatan.

Hari ini...aku agak sunyi. Berada di bilik Yusri seharian. Zamrie sibuk tidur di bilik Abbas, Daoz danK pulak tidur di biliknya. Jumain, telah pergi menyertai Surveying Camp di Lumut seawal tujuh pagi lagi.

Azwan? Keluar bersama Madam Mala, dan Amir. Yusri, tuan punya bilik pergi melawat kawan-kawan dia di Kuantan. Pendek kata, aku agak bosan hari ini walaupun ada yang mengatakan hari Sabtu ini begitu istimewa.

Sambil jari aku menari menaip bait-bait blog ini, lagu yang betul terngiang di telinga aku ialah "Biarlah Rahsia" dan "Melukut di Tepian Gantang" Apabila mendengar lagu alunan Aisyah dan Siti Nurhaliza ini, lagu ini benar-benar melekat dan sesuai dengan perasaan aku sekarang.



Setelah selesai menghayati lagu-lagu itu, aku menghabiskan masa-masa dengan membaca blog rakan-rakanku yang ada yang dikemaskini dan aa yang tidak. Paling aku tertarik, ketika membaca blog madam Mala bertajuk "Aku adalah boneka". Dan, pada saat itu aku kembali berfikir siapa sebenarnya boneka...sekadar persoalan...

Isnin ini aku akan pulang ke rumah kerana ada beberapa urusan yang perlu aku selesaikan. Laporan aku akan siap pada hari Rabu (4 Jun nanti). Lagilah kepala aku pening memikirkan cara untuk menghantarnya.

Esok, Daoz, Yusri, Zamrie dan Azwan merancang untuk mandi-manda di Panching. Ya, aku harap esok adalah hari-hari indah aku bersama teman-teman lama (walaupun Fendy, Fais,Sue dan Shidi) tiada di sisi..

Dan aku harap masalah-masalah aku di sini dan segala persoalan yang timbul dapat dijawab sebelum aku pulang dan meneruskan kehidupan seperti biasa...


Dan, sekarang jam 7.30pm, Yusri dah pulang. Zamrie dan Daoz dah bangun. Kami semua nak menikmati mangga pemberian Khai..jadi, penulisan aku terhenti seketika...

Jumpa lagi...

Thursday, May 29, 2008

Harus ku teruskan...

Assalamualaikum..

28 Mei 2008 : Aku kembali ke UMP. Universiti yang pada aku meninggalkan pelbagai kenangan pahit manis di sini. Hampir seminggu aku meninggalkan bumi Istana Budaya, yang juga banyak kenangannya pada aku.

Tatkala itu, aku bertanya pada diri aku, apakah matlamat aku selepas ini? Aku masih tercari-cari jawapannya. Terus terang, aku sudah bosan hidup terperangkap dalam bidang yang bukan aku minat. Jadi, dek kerana aku tak minat, sikap dan tingkahlaku sering disalah tafsir sehingga aku dilabel pemalas, lembap dan sebagainya.

Aku tahu, ini sudah ketentuan dari Yang Maha Esa..aku bukanlah menyalahkan takdir, atau menidakkan kuasa Dia. Aku tahu segala yang berlaku pasti ada hikmahNya..dan aku kena bersabar dan menidakkan ego aku bagi melepasi tahap kini.

Kini, masa untuk aku bertindak, aku perlu buktikan, bebasnya aku dari kepompong ini bermakna aku perlu mencari ruang untuk aku kembangkan bakat diri aku sebenarnya...inilah masanya.

Aku masih muda, perjalanan aku masih panjang. Kaki aku baru nak melangkah untuk mengenal dunia ini sebenarnya. Segala teguran, komen serta kritikan aku di Istana Budaya, aku akan ambil sebagai iktibar dalam meneruskan kehidupan ini.

Bagi aku, mereka yang tidak kenal siapa aku, mereka akan terus membuat penilaian dan seterusnya menghakimi aku walaupun mereka bukanlah ada sebarang ikatan dengan aku. Aku masih lagi dalam dilema ketika ini, dan hanya tuhan sahaja yang mampu memberikan aku petunjuk bagi menjernihkan keadaan sedia ada, dan tatkala ini lidah aku tak putus-putus memohon petunjuk yang maha Esa. Bagi aku, hanya Dia sahaja yang mengerti perasaan aku, dan dimana aku boleh letakkan dan lepaskan masalah aku sepuas-puasnya.

Kini, aku hanya melihat UMP yang kian hari pesat dengan projek pembangunan..aku masih begini, datang ke UMP, berjumpa dengan teman-teman lama dan masa singkat ini aku ingin bergembira bersama mereka sebelum aku pulang ke rumah dan meneruskan kehidupan yang masih belum pasti apakah yang akan terjadi selepas ini.

Selepas ini...aku tahu...Daoz dan Yusri nak ajak aku, Azwan, dan Zamrie pergi berjalan-jalan di Kuantan dan East Coast Mall...

Apa pun yang berlaku...Hidup Harus Ku teruskan...!!

Friday, May 23, 2008

Detik terakhir di Pentas Bertaraf Dunia

23 Mei 2008:

Inilah detik-detik yang aku nantikan! Banyak sangat desas desus, masalah melanda, ombak badai, kini 23 Mei 2008 jawapan bagi segala-galanya. 6 bulan cabaran aku galas bagi mengakhiri latihan industri, kini tarikh keramat itu sudah muncul.


Bagi aku, 6 bulan itu lama. Benar, aku akui aku suka Istana Budaya, malah aku sendiri memilih IB ini untuk aku menjalani pratikal. Tetapi, tempoh masa yang agak lama di"ikat" oleh fakulti menyebabkan aku sendiri tidak boleh bergerak. Beberapa tawaran "emas" yang datang pun terpaksa aku tolak. Pratikal disini lebih kepada pengurusan, mungkin disebabkan itu, banyak masa aku terluang menghadap komputer saban hari.

Walaupun IB tak berikan aku elaun, tetapi banyak faedah aku dapat selama aku berada di sini selama 6 bulan. Dari segi aspek pementasan, teknikal, power supply, kaedah komunikasi, tarian dan banyak lagi. Mungkin ilmu ini akan lebih jitu dan mantap bagi aku jika aku terus bekerja dan berkhidmat disini.

Pembelajaran aku sepanjang pratikal:

Disember
1. Aku mengenali pentas bertaraf dunia
2. Aku mengenali keindahan seni teater
3. Aku mengenali diri dan perasaan manusia
4. Aku mengenali erti kasih sayang , hormat menghormati dan dedikasi
5. Aku mengenali MISI NASIONAL dan TEKAD 2008.



Januari:
1. Aku mengenali erti kerjasama dalam suatu pasukan 2. Aku mengenali erti ketamakan, gila kuasa, kerakusan. 3. Aku mengenali "HADIAH DARI HATI" 4. Aku mengenali PUSAKA SARI, SYAJAR dan MISI. 5. Aku mengenali orang bertopeng atau tidak!
Februari:
1. Aku mengenali erti hujan yang turun!
2. Aku mengenali erti kejujuran.

3. Aku mengenali manusia emosi, ego dan pendendam

4. Aku kenal erti persahabatan.

Mac:
1. Aku mengenali pelakon yang meman
g "PELAKON"
2. Aku mengenali seseorang yang taksub dengan "MISI"
3. aku kenal orang FANATIK
4. Aku kenal mereka itu siapa sebenarnya!


April:
1. Aku belajar menjaga hati 2. Aku belajar untuk bertindak 3. Aku belajar untuk berfikir 4. Aku belajar jangan mudah melatah!!

Mei:
1. Aku belajar maksud terseksa
2. Aku belajar mengenai hak dan kuasa!

3. Aku belajar maksud penipuan dan penindasan
4. AKU BELAJAR SIAPA SEBENARNYA BERKUASA DAN GILA!!!


Hanya masa dan waktu akan mengubah segala-galanya. Minggu depan bermula revolusi baru dalam diri aku. Aku akan kembali untuk mengubah, membaiki serta menegakkan segala masalah yang timbul sama ada secara peribadi mahupun kerjaya. Jadi...

Tunggu dan lihat!!

Wednesday, May 21, 2008

Segalanya ada di sini..

Bertemu lagi..

Pada 18 Mei dulu, sepupu aku (Kak Long) telah ajak aku bersama adiknya, Afiq berjalan-jalan ke One Utama, shopping mall yang terhebat di Lembah Kelang. Aku nie agak excitedlah sebab aku memang tak pernah ke OU, dan ramai jugak teman2, yang cakap OU nie best dan mantap!!

Jadi, kami bertiga bertolak ke Terminal Putra, untuk mengambil Kak Jijah, kawan Kak Long dan seterusnya menaiki kereta MyVii hitamnya terus ke OU, melalui MRR2 dan LDP. Kami bertolak dah masuk tengahari, dalam sekitar jam 1pm, dan pastinya akan berlaku kesesekan dek kerana OU nie famous dan ramai warga kota suka lepak kat sana.

(Bangunan OU dari arah Old Wing)

Aku tak tahu sangat jalan ke OU nie, just hentam jer melalui LDP, lalu Plaza Tol dan akhirnya nampaklah OU nie, bersebelahan Ikea dan Sri Pentas. Memang besar shopping mall nie, macam Mid Valley. Kami pun menuju ke tempat parking dimana terletak di Old Wing, bahagian berhampiran Jusco. Aras 1 dan 2 dia memang sesak, jadi kami letakkan kereta di aras 3 dimana aras tersebut sangatlah lapang dan banyak ruang kosong.

Makan-makan:-

Pertama kali jejakkan ke OU nie memang superb, kalau nak cerita bab makan, sebutlah apa yang kita inginkan...pasti ada. Dari makanan segera, barat, timur dan Malaysia...di OU semuanya ada. Perut aku takdelah lapar sangat, tapi dek kerana Kak Jijah nak belanja makan kami tengahari, jadi Kak Jijah memilih Dave Deli sebagai tempat makan kami.


(Chicken Pie/Cappucino iced blended - Dave Deli)

Dave Deli ini menyediakan makanan barat..dan inilah first time aku makan disini. Banyak gak pilihan, aku hanya memesan Cappucino Iced Blended dan Chicken Pie. Rasanya, not bad! Aku bukanlah peminat sangat makanan barat, just makan jer...so far ok!

Apa yang pasti..di Dave Deli makanan dia halal, dan harganya berpatutan... (ala2 Secret Resipi ler).


Jalan-jalan:-

Kak Long bukanlah nak shopping sangat...jadi kami berjalan2 di semua kawasan. OU nie besar, banyak pulak kedai2 di sini. Manusia..masyallah..ramai tak terhingga! Tapi bagi mereka yang suka shopping..OU adalah tempatnya! Banyak pilihan dari segi pakaian, produk kesihatan, cenderamata dan barangan komputer. Harga pula, tengok pada jenama...tapi kat sini boleh dikatakan harga nya sangat reasonable..


(pemandangan di New Wing)

Bukanler macam kat KLCC yang mana banyak kedai 1st class, tapi disini semua kedai banyak menawarkan diskaun dan tawaran harga menarik!!


Tengok wayang:-

Oleh kerana memang bukan niat nak shopping, jadinya Kak Long mengajak kami bertiga untuk menonton wayang. Filem Narnia: The Prince Caspian. Aku malas nak ulas filem ini, tetapi aku boleh katakan filem ini memang best!! Terutama babak masa perang..aku bukanlah fanatik Narnia tapi aku suka jalan cerita ini.

Kami menonton di TGV dan paling tak sangka harga tiketnya hanya RM9.00..kalau di KLCC sure harganya berbelas-belas ringgit! Memang murah dan berbaloi!

****

Setelah penat berjalan dan menonton wayang, jadinya kami pulang pada jam 8.30pm. Lama gaklah bertapa dalam OU nie...walaupun tak beli apa2 barang, OU merupakan Mall yang memang happening. Dan apa yang pasti selepas ini OU akan menjadi destinasi aku, Kak Long dan Kak Jijah kalau nak shopping dan menonton wayang!! Segalanya ada disini..hahahah!!

Berjumpa teman-teman lama

Salam semua!!

Pada hari jumaat lepas (16 Mei 2008), kawan aku yang bernama Rashidi Ibrahim telah datang KL. Buat mereka yang tak kenal, Shidi ini merupakan bekas pelajar UMP dan merupakan senior aku semasa di UMP.


Dia datang ke KL untuk shopping dan bertemu teman-teman lama. Maklumlah, Shidi ini antara member rapat aku masa kat UMP dulu. Shidi datang jam 7 pm dan bermalam di rumah Fendy di Subang.

(aku dan Shidi di Petaling Street)

Aku malas nak cerita kisah hari pertama dia datang ke KL, just aku nak cerita kami pada hari kedua iatu 17 Mei 2008. Kami berdua pergi ke Sogo dan bertemu dengan Pidut disana. Pada awalnya nak ajak Azwan sekali, tetapi Azwan pulak ke UiTM dungun kerana urusan debat di sana. Jadi, takdapatlah nak melengkapi teman-teman lama di sana.


(aku, Pidut dan Shidi di KLCC)

Selain pidut, Fendy juga turut join tapi dia datang lewat sikit sebab dia kerja half day pada hari itu. Jadi, kami bertiga melilau sekitar Jalan TAR, dan SOGO. Selepas itu, dalam jam 2.30pm, kami bertemu Fendy di KLCC dan Shidi dengan berbesar hatinya membelanja kami bertiga makan Nando's.

Setelah makan, aku menemankan Shidi shopping di KLCC (wah..kelasnya!) dan kebetulan pula memang ada sale (agaknya summer sales). Jadi, banyak gaklah Shidi membeli baju-baju kerjanya. Setelah itu, kami melepak-lepak sekitar KLCC dan berbual-bual mengenai kisah lama dan kenangan manis semasa berada di UMP.

(Shidi tengah membelah dada ayam Nando's)

Jam 6.00pm, aku pun bertolak pulang. Maklumlah, nak tengok AF6 pulak..jadi terpaksalah berpisah...

Apa2pun kenangan bersama teman-teman memang seronok. Cuma tak lengkap sebab Azwan takde pulak...takpelah, banyak masa lagi yang kita boleh plan dan jalan-jalan sama2!! Teringin balik nak jumpa teman2 lama dan berbual mengenai kisah2 terkini mereka...hahaha!!


(Fendy dan Pidut-"senyum sikit!!")

Tuesday, May 20, 2008

Erti persahabatan

Bukan mudah untuk kita memiliki persahabatan di dunia ini. Sahabat adalah insan yang paling rapat, setia, memahami dan sentiasa memiliki kepercayaan walau apa sahaja terjadi.

Manusia memang pelbagai ragamnya. Tak mungkin manusia ini akan sama..Allah dah jadikan manusia ini pelbagai, bertujuan untuk mewujudkan variasi dalam kehidupan.

Kita tak mungkin akan sama dengan orang lain..
Jadi, dikalangan manusia yang pelbagai ragam, pasti ada insan yang layak bergelar sahabat kita. Ingat, sahabat ialah orang yang se"kepala" dengan kita...dibawah ini ada beberapa ciri seseorang yang bergelar "TEMAN" atau "SAHABAT" ini (Sumber: Dr. Fadzillah Kamsah):


Berkongsi apa sahaja:

Apabila nama sahabat, bermakna kita boleh berkongsi apa sahaja. Masalah peribadi, kerjaya, perhubungan dan macam2 lagi! Dia adalah seorang yang mudah untuk kita dekati, sanggup luangkan masa dan saat bersama dengan kita. Tetapi, kita janganlah mengambil kesempatan diatas kebaikan dirinya ini.

Bagaimana mengenali individu ini-
1. Dia tidak kecoh dan pandai menyimpan rahsia anda.
2. Dia sering bertanya khabar dirimu (melalui sms atau e-mail)
3. Dia menerima kebaikan dan keburukan diri kita seadanya.


Memahami:
Apabila si dia datang dan menasihati anda, anda boleh menerima seadanya. Dialah tempat anda bergantung dan meminta pandangan. Nasihat diberikan bernas dan sentiasa menyakinkan anda.

Bagaimana mengenali individu ini:
1. Dia senang dihubungi tak kira masa..24 jam sehari, 7 hari seminggu.
2. Dia sangat komited. Dalam perhubungan dia, dia sangat setia.
3. Dalam percintaan, dia banyak membantu kamu. Dia sering memberi pandangan dan dia mampu mengenali sama ada pasangan kamu itu benar2 ikhlas atau mempermainkan kamu.


Profesional:

Dia adalah orang yang sangat rapat terutama apabila anda berhadapan dengan masalah percintaan. Dia akan meletakkan masalah anda dalam dirinya, dan mengutarakan penyelesaian yang tidak berat sebelah. Dia cuba memberikan terbaik pada diri anda walaupun dia pun menghadapi masalah yang lebih berat.

Bagaimana mengenali individu ini:
1. Dia bijak mengawal emosi anda dikala anda berada dalam keadaan tegang.
2. Dia menghormati keputusan anda. Dia juga menerima nasihat anda dengan baik dan ikhlas.
3. Dia tidak pernah berikan alasan sekiranya diajak bertemu walaupun dia tahu dia adalah menjadi tempah curahan masalah anda ketika itu.


Jujur:

Paling penting ialah kejujuran, kita berkawan adalah kerana diri dia yang sempurna bagi kita. Bukan bertujuan mengejar sesuatu atau populariti. Dia akan menegur anda dengan berhemat jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan anda. Apa yang pasti, dialah insan yang anda percayai walaupun banyak kata2 sumbang mengenai dirinya.

Bagaimana mengenali individu ini:
1. Dia individu yang lurus bagi diri anda.
2.Dia sentiasa menjadi tulang belakang bagi diri anda.
3. Anda sentiasa merasakan nasihatnya amat berharga.


Itulah beberapa ciri persahabatan nukilan Dr. Fadzillah Kamsah. Berdasarkan perkara diatas, adakah anda menepati kriteria untuk bergelar seorang sahabat? Dan adakah teman anda menepati kriteria diatas.

Apa yang penting dalam perhubungan ialah kepercayaan dan keikhlasan, ia memerlukan peranan kedua-dua belah pihak. Ingat, jika terdapat sebarang masalah dalam persahabatan selesaikan lah dengan cara yang baik dan profesional.


Aku percaya bukan senang nak menjadi manusia yang baik di muka bumi ALLAH. Sebagaimana diatas, seorang sahabat adalah seseorang yang boleh menerima kita seadanya samaada baik ataupun buruk.Kita sudah matang dan sebenarnya perlu bijak dalam menyelesaikan masalah. Dan yang pasti, kita bukanlah manusia yang sempurna yang mampu untuk memuaskan hati semua pihak!


SEMOGA ANDA BERJAYA MENEMUI SAHABAT SEJATI ANDA AGAR ANDA TIDAK SUNYI DIMAMAH MASA.


"Janganlah dek kerana perkara remeh, persahabatan yang dibina sekian lama musnah begitu sahaja"

-Wassalam-

Thursday, May 15, 2008

Mesti Tonton..!!

Setiap minggu rutin aku adalah sama. Pagi, bangun seawal jam 6.00 pagi, solat subuh, then breakfast ringkas, tunggu bas dan terperangkap dalam kesesakan Kuala Lumpur yang tiada akhirnya...

Lepas tu aku akan pulang ke rumah pada jam 5pm, dan sekali lagi..terperangkap dalam jam, dan tiba di rumah sekitar 6.30 pm. Huh..penat jugak nasib baik aku naik bas. Tapi nak buat camner..inilah rutin hidup di bandaraya Kuala Lumpur, tanah kelahiran aku sendiri. Jadi, alah bisa tegal biasa (kata Azwan).


Then..masa untuk aku lepaskan kepenatan. Tentu kalian semua ada rancangan2 tv yang menarik setiap minggu. Sama lah macam aku, cara aku melepaskan kepenatan ialah menonton rancangan2 kegemaran aku setiap minggu..berikut adalah "Rancangan TV mesti Tonton setiap minggu"


1. Bella (Tv3:isnin -khamis6.30pm)

Huhuhu.hari ini (15 Mei) adalah episod last drama siri ini dalam slot akasia. Drama Bella ini lakonan ELly Mazlein, Iqram Dinzly, Azhar Sulaiman dan ramai lagi. Aku sebenarnya pada awal kurang minat sikit drama nie..tetapi lama2 jadi tersangkut pulak. Nak pula drama ini banyak konflik terutama melibatkan kisah perniagaan dan keluarga.

Overall drama ini bestlah ...oklah untuk dilayan pada waktu petang setelah balik kerja.

2. Are smarter than fifth grade?(Star World:Isnin-10.00pm)

Adakah anda bijak dari murid-murid darjah lima?Inilah rancangan Game Show paling popular di USA..dan konsep rancangan ini dibawa oleh Mark Bunnet (Penerbit Survivor). Game ini diacarakan oleh Jeff Foxworthy, pengacara dan pelawak terkenal di sana.

Anda perlu menjawab soalan untuk menang 1 juta USD dan talian hayat terdiri dari kanak-kanak darjah 5. Perlu diingat, sukatan pelajaran kat US agak lain dengan sukatan di Malaysia..! Amacam? Ada berani ke? Hehehe...klik kat sini untuk mencuba permainan interaktif ini.





3. Konsert Akademi Fantasia 6 (Astr0 Ria: Sabtu-9.00 malam)

Konsert AF 6..huhuhu..biasalah bila benda nie dah jadi macam satu fenomena pula. Tahun lepas aku tak tgk sangat AF5, maybe sebab aku sibuk kat UMP. Tapi kali ini, banyak masa terluang, jadi hujung minggu aku banyak dihabiskan menonton konsert yang makin hari makin hambar..huhu! Walaupun AF6 ni taklah sehangat AF 3 ,1 dan 2 , tapi aku tetap menonton. Al-maklumlah..maybe sebab nak jadi fenomena agaknya.

Tapi takpelah..yang penting AF6 ada sejarah dia tersendiri walaupun sekadar suam-suam kuku saja.

4. Ghost Whispered ( Starworld: Rabu-10.00pm)

Ini satu lagi rancangan kegemaran aku. Pasal Melinda Gordon yang ada kuasa boleh melihat hantu. Drama ini dah masuk season 3 dan aku antara pengikut setia. Walaupun kadang-kadang citer dia agak mengarut, tapi aku tak kisah..layan jer..

Kadang-kadang ada gak aku termiss drama nie..tapi drama ni bukanlah drama bersiri sebab setiap episod adalah lain-lain cerita.So, bolehlah dilayan di malam rabu.

5. Sindrarella (Tv3: Selasa-9.00 malam)

Lakonan superb Sharifah Amani dan Norkhiriah membuatkan aku terus melekat untuk menonton drama bersiri ini. Cuma yang aku geram sebab drama ini hanya disiarkan selama sejam seminggu dan memang tak puas aku menontonnya!

Drama ini tahap dia boleh layan, takdelah orang kata best sangat2! Cerita dia pun simple, tapi banyak elemen konflik. Komedi pun ada gak..tabik jugak lah pada pengarah, Shahrul Ezad yang merupakan pengarah drama " Kerana Cintaku Saerah" yang turut meletup bulan Ramadhan lalu.

6. Teksi Tunai (Prima: Khamis-10.30 pm)

Pernah naik teksi? Hehehe..inilah game show yang menarik di Astro Prima. Diacarakan oleh Bob Lokman, teksi tunai merupakan game show dimana siapa yang menaiki teksi Bob lokman ini dikehendaki menjawab soalan. Bila jawapan anda betul, dapatlah duit..

Soalan dia pula ada dari RM10, RM50 dan RM100. Best jugak tatkala melihat aksi rakyat malaysia menjawab soalan-soalan dalam teksi. Ada yang pandai, ada gak memang sah2 nampak kebodohannya...tapi jeles gak aku espicially jika mereka dapat duit beratus-ratus ringgit. Jadi, mulai hari ini, aku kena naik teksi balik ke rumah, mana tahu dapat bertemu bob lokman ke..hahaha


Itulah beberapa rancangan aku mesti tonton setiap minggu. Ada gak yang aku ter"miss" ..terpaksalah aku bukak You Tube untuk menonton kembali. Kalau hujung minggu, aku suka tonton Filem-filem antarabangsa di Astro Kirana. Memang best gak filem-filem dia ni macam yang terbaru aku tonton ialah Yacoubian Building (Filem dari Mesir) yang mana filem ini aku sarankan untuk anda tonton.

Oklah..kita jumpa lagi. Buat semua pendebat UMP yang akan bertarung di UiTM Dungun, Selamat berjuang...bawalah sesuatu yang manis dari sana...

Last question: Apakah rancangan tv yang anda suka setiap minggu? Sharelah dengan memberi komen..hehehe..!

Bye..!

Wednesday, May 14, 2008

Sikap Manusia

Dalam artikel lepas..aku ada ceritakan sikap manusia yang berbeza terutama apabila sayang dan benci seseorang itu. Apa yang pasti disini, artikel aku di dalam blog ini bukan bertujuan menyindir mana-mana pihak.

Artikel ini ditulis adalah sekadar peringatan dan ditulis secara umum dari sudut pandangan aku sebagai penulis. Aku bukannya MALAIKAT atau ORANG SEMPURNA untuk menghakimi manusia.

Jadi, aku hanya bertindak sebagai penulis bebas memberikan pendapat aku sebagai hamba ALLAH yang hidup selama 23 tahun ini.
Dalam artikel kali ini, aku tak berniat untuk menyakiti hati mana-mana pihak termasuklah teman-teman rapat denganku. Hanya sekadar berkongsi dan pandangan.

Jadi, jika anda ingin berikan pandangan peribadi,
digalakkan anda membalas di ruangan komen di bawah ini.


TAK SUKA:

Adakah anda menghadapi situasi tak suka sesuatu perkara?

Contohnya, "saya tak suka minum Milo".

Bukan bermakna kita membenci air milo. Kita boleh terima lagi air milo dan boleh minum air tersebut jika keadaan memaksa. Malah, dalam minda kita , ia tetap baik dan boleh diterima oleh hati kita.

Itu jika aku sinonimkan dengan minuman. Cuba kalau aku sinonimkan dengan manusia.

Contohnya : " Aku tak sukalah dengan A nie. Sikap dia mengada-ngada."

Tetapi itu bukan bermaksud kita BENCI dan MELUAT dengan cara A. Mungkin cara dia mengada-ngada buatkan kita kurang selesa, tetapi kita masih boleh terima cara dia. Kita masih boleh bertegur sapa dengan A...menghormati A jika A itu adalah orang tua.

Dan yang pasti, kita boleh berikan senyuman manis pada A walaupun sikap A kadang-kadang menjengkelkan. Inilah secara kasarnya apabila kita dalam keadaan tak suka.

BENCI:

Apakah pula perkaitannya dengan BENCI? Benci..sebenarnya lebih teruk dari tak suka.

Contohnya: SAYA BENCI MAKAN IKAN


Bermakna kita, tekak kita memang tak boleh terima langsung dengan ikan. Malah, kalau dipaksa makan, tak mustahil kita akan muntah.

Tetapi, dalam situasi perhubungan manusia...keadaannya berbeza.

" SAYA BENCI DENGAN F...memang dia dah keterlaluan!! Meluat aku!"

Apabila frasa BENCI diucapkan bermakna hati kita memang sudah benar-benar sakit dengan sikap F. Kita memang tak boleh terima lagi F dalam hidup kita. Ironinya, bila si F datang pada kita, kita akan memasamkan muka. Melarikan diri...mengutuk dari belakang. Berubah perangai..dan paling teruk bila kita sendiri mengeluarkan kata-kata kesat.


DIBANDINGKAN:

Aku tertarik dengan satu artikel ditulis oleh seorang aktivis teater. Dia menceritakan tajuk "lain
pengarah,lain macam". Makna disebalik artikel itu ialah setiap pengarah lain perangai dan orientasinya. Hakikatnya, Allah telah mencipta manusia ini pelbagai ragam dan cara.

Contohnya Cikgu A tak boleh dibandingkan dengan Cikgu H. Cikgu A mungkin berhemat, lemah lembut, baik pada pelajar. Tetapi apabila Cikgu H ambil alih peranan cikgu A, mungkin lain pula cara Cikgu H mengajar. Mungkin cara Cikgu H lebih tegas, serius dan fokus. Tetapi niat kedua-dua cikgu ini adalah sama...untuk kebaikan anak murid iatu berjaya dalam pelajaran.

Sebab itulah, dalam dunia yang fana ini, jangan bandingkan A dan H. Jika tak suka cara H...berterus terang. Jangan bermasam muka dan mengeluarkan kata-kata kesat pada Cikgu H kerana seteruk mana pun cikgu H, dia tetap cikgu yang mendidik kita sehingga berjaya pada hari ini.

Inilah perkaitan situasi manusia sekarang. Mudah buat perbandingan..tetapi kita perlu kikis sikap ini dan cuba lebih bersikap terbuka dan tanamkan rasa kasih sayang pada orang. Insyallah...Allah akan memberikan ruang pada kita untuk berjaya kelak.

DEDUKSI:

Inilah manusia. Tidak semua perkara yang kita lakukan akan dihormati dan disukai. Malah, ada benda yang kita buat dibenci. Apa yang pasti, jika ada masalah dan keadaan yang kita tak suka pada orang itu, berterus teranglah dengan cara berhemat. Bagi aku, lebih baik kita menegur dan meluahkan apa yang kita tak puas hati dari kita berdiam diri dan memasamkan muka dan akhirnya KEBENCIAN menguasai diri kita.



Sebagai manusia, kita tak lari dari kesalahan. Sesiapa dalam dunia ini pasti akan merasa dosa. Pasti juga akan merasa perasaan sedih, benci, suka dan gembira. Dan apabila seseorang itu melakukan kesalahan atau sikap orang itu kita benci, tegurlah.

Ingat..menegur pun perlu ada hematnya. Bersesuaian lah dengan keadaan dan status kita. Contohnya, jika anak menegur ayah tentu keadaannya berbeza apabila boss menegur pekerjanya. Yang penting, cara menegur adalah bertujuan untuk membaiki kembali ukhwah yang telah terputus dan seterusnya meningkatkan kemahiran kendiri di kalangan kita.

Bagi aku, jika ada orang benci kat kita...cubalah kita baiki kembali apa yang kurang, dan maniskan lidah dengan meminta maaf. Berjumpalah dengan orang itu dan cuba berbincang secara baik. Dan jika insan itu masih benci pada kita..nak buat macam mana..terpaksalah kita cari orang lain yang suka, sayang dan cinta pada kita.

*Sekadar nasihat dan pandangan peribadi.

Monday, May 12, 2008

Bertuahnya dia

Assalamualaikum...

Aku tengah menghitung hari untuk menamatkan sesi pratikal yang akan berakhir pada 23 Mei 2008. Sehaya dengan itu, aku telah sibuk menyiapkan laporan dan buku log untuk dihantar pada penyelia tersayang.

Untuk entry kali ini, aku nak share ngan pembaca budiman akan perasaan manusia yang memang tak dapat elakkan.....


BERTUAHNYA JADI ANAK SULUNG:


Yang bertuah:

"Seronok lah, sebab anak sulung sebagai ketua keluarga, boleh suruh adik2 buat keja. Semua benda dalam rumah dikuasai oleh dia. Bila bab pembahagian harta, anak sulung ler kena menjadi pengurus harta. Waktu kecil, semua yang anak sulung akan dapat dulu...baju baru, babywalker baru, mainan baru...bertuahnya!"

Hakikatnya:

Sebagai anak sulung, dia lah berperanan sebagai ketua. Apa saja keputusan, kita kena buat dengan adil dan saksama.Anak sulung juga perlu berkorban, apa saja yang dimiliki bagi memberi kebahagiaan kepada adik-adiknya. Anak sulung berat tanggungjawabnya, dia kena buktikan pada adik2 bahawa dia boleh maju dalam pelbagai bidang. Dia jugalah menjadi idola kepada adik2 nya..jadi, tak mudah untuk bergelar anak sulung?



BERTUAHNYA JADI ANAK TENGAH:


Yang bertuah:

"Tak perlu fikir sangat pasal belajar, sekolah, sebab anak tengah nie akan ikut sahaja yang sulung. Ada adik nak disuruh2 buat kerja ..hehehe, ada abang dan kakak untuk mengepow duit belanja..jadi apa susah..dia kan berada di tengah! Tak perlu fikir sangat pasal keluarga!"

Hakikatnya:

Sedar tak sedar, anak tengah perlu berkorban untuk banyak perkara. Dia perlu belajar dengan kuat supaya tidak dibandingkan dengan abang dan kakaknya, anak tengah juga perlu fikirkan adik-adik yang berada di bawah supaya mereka belajar bersungguh..jadi, anak tengah bukan seindah seperti yang dikhabarkan?"

BERTUAHNYA JADI ANAK BONGSU:



Yang bertuah:

" Semua yang dia nak..semua dia dapat. Cakaplah apa saja..pasti akan ditunaikan. Kakak akan bagi duit makan, abang pula akan bagi duit top-up...itu belum dicampur dengan duit mak bapak lagi..tak dicampur dengan duit ptptn. Semua yang dikehendaki pasti tercapai..merajuk sikit pasti ada yang datang memujuk..alahai..seronoknya!"

Hakikatnya:

Anak bongsu perlu buktikan pada abang dan kakak bahawa dia juga boleh berdikari. Anak bongsu juga akan dibandingkan dengan anak sulung dan tengah, nak-nak pula kalau anak sulung dan tengah itu berjaya.Suara dia dalam keluarga juga sering diketepikan atas alasan anak bongsu tak matang. Itu belum ditambah dengan suara-suara sumbang masyarakat yang mengatakan bahawa anak bongsu ini anak emak..tidur bawah ketiak mama lagi! Jadi...pikirlah bersama!

****

Inilah hakikatnya manusia. Kita sering melabel seseorang itu bertuah namun adakah kita pernah fikir perasaan dan kesusahnya manusia itu. Sempena hari ibu ini, aku memang nak ucapkan tahniah pada semua ibu yang telah membesarkan anak mereka supaya jadi anak yang berguna!


Buat mama dan madam mala :anda adalah insan yang paling aku kagumi! Kenapa? Walaupun secara kasar kita nampak madam dan mama orang yang ceria, sering tersenyum..tetapi pada hakikatnya begitu sukar untuk membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami disisi.

Sebagai anak yatim...aku sedar bukan mudah seorang ibu tunggal membesarkan anak-anaknya. Banyak tenaga, wang ringgit terpaksa dikorban. Anda mungkin bertuah kerana anda masih memiliki kedua-dua orang tua, oleh itu hargailah mereka sementara mereka masih ada.

Kita sering berkata bahawa kita sanggup berkorban nyawa untuk orang tersayang, kita sanggup mati demi orang yang kita sayang..tetapi aku tak sanggup! Aku tak sanggup melihat orang yang aku sayang menderita kerana kehilangan aku.


Sebab itulah aku amat tabik buat mama dan madam mala! Jadi..hakikatnya...bersyukurlah dengan apa yang anda..dan berusahalah untuk mencari apa yang terbaik pada masa akan datang.

"SELAMAT HARI MAMA BUAT SEMUA MAMA DI DUNIA!"

Thursday, May 08, 2008

Suka dan Benci

Salam:

Entah, kenapa aku tiba2 nak tukar template blog aku nie. Lama gak nak cari template yang sesuai..akhirnya aku ketemu satu template yang lebih bercirikan kesenian dan artistik! Cewah...

Baiklah..anda tengok AF? Dan terbaru, Gangstarz akan muncul. Aku bukan nak ceritakan sangat pasal AF, tetapi aku rasa kelakar bila melihat mereka yang terlalu fanatik dengan rancangan
realiti ini. Kalau di astro@15, berduyun mesej kutuk mengutuk siapa yang hebat..hish..manusia-manusia.


Cuba anda baca kenyataan aku di bawah:

Untuk peserta yang kita suka:

Kalau bagus:
"Wah, aku dah agak..mesti dia boleh buat punya"
"suara dia best..mantap, seksi, meletup"
" Hebat..aku dah kata, dia boleh jadi juara"
"Tak sia-sia dia datang dari jauh! Bagus!!"

Kalau teruk:
" Hmm..kasilah dia peluang, banyak masa lagi"

" Alah..dia sakit tekak, kesian dia"
" Lagu tu tak famous, memang lah nampak tak sedap"

" Dia nyanyi ok, cuma pentas tak sesuai"
" Lagu tue memang tinggi, adatlah tuk dia sebab dia baru nak belajar"
" Alah..bukanlah teruk sangat dia nyanyi"



Untuk peserta yang kita benci:
Kalau bagus:
" Alah..baru bagus sikit, tue pun kena paksa ngan cikgu"

"alah..juri kesian kat dia"
" Pengundi buta agaknya..."
" best, tapi tak menarik minat aku nak mengundi"
" lagu tue memang sesuai tuk dia, cuba nyanyi lagu tinggi sure tak boleh"

" asyik buat safe side, memanglah!!"

"harapkan muka jer.."

kalau teruk:

"Yes..aku dah gak, memang teruk!"

" Itulah, confident sangat..sekarang tengok! Nyanyi pun sumbang"
" Nyanyi lagu asli macam lagu pop, ingat dia tue mariah carey ke?"
" Apsal lah dia boleh masuk AF?"
" Nyanyi macam karaoke, nenek aku nyanyi lagi sedap"

" Minggu lepas besar kepala, dapat lagu dia suka, sekarang terkehel tekak nyanyi lagu tinggi"



Itulah dunia. Aku nak kaitkan dengan kehidupan kita. Bila kita suka/sayang kat seseorang itu, kita sering dibutakan dengan pelbagai khayalan. Apa saja mereka buat, ia tetap baik bagi kita. Kalau dia salah, kita tetap maafkan dia dengan hati terbuka.

Tetapi...

bila kita benci seseorang, apa saja dibuat tak kiralah baik atau semanis apa sekali pun, ia tetap dibenci! Malah...nak melihat muka pun tak sanggup....paling teruk kita akan sanggup doakan keburukan agar orang dibenci itu menerima bala didunia ini...


Inilah kenyataan hidup...jadi, jika kita berada di dunia ini..beringatlah!! Paling penting jadilah orang yang sering disayangi dan disukai oleh semua orang.. dan jangan jadi orang yang dibenci... paling teruk, jangan hancurkan kepercayaan yang diberikan kepada kita. Ingatlah...kepercayaan adalah sesuatu yang umum dan bila ia hilang, sakitnya terasa sehingga ke tulang hitam.

Fikir sejenak..siapa orang yang anda paling sayang dan benci di dunia ini? Ingat, frasa sayang dan benci bukan semudah dan semurah utk dituturkan....!!Ia perlu datang dari hati, kerana hati hanya akan menilai, mulut sahaja yang terus bicara...

Wassalam...

Tuesday, May 06, 2008

Kenangan masa lalu

Assalamualaikum...

Tengok AF konsert ke-7 tak? Bagaimana?Disitulah tempat aku menjalani pratikal..hehehe. Oklah, aku taknak criter dan komen mengenai AF, sebab rasanya dah banyak komen mengenai AF nie. Baiklah, dah lama gak aku tak menyentuh blog nie..bukan malas, cuma sibuk sikit dengan beberapa perkara.


Ok, pada hari Sabtu lepas (3 Mei) aku pulang ke rumah aku di Karak, Pahang. Kebetulan pula, tangan aku nie rajin pula membelek beberapa album gambar lama dan baru. Hehehe..semuanya buat aku tersenyum sendirian. Jadi, untuk kali ini aku nak share beberapa foto (maaf, mungkin gambar tak berapa jelas).....


Gambar pada tahun 1985-86:

Aku lahir pada penghujung tahun 1984, jadi aku banyak membesar pada tahun 1985. Pada umur aku 1 tahun tepat, aku sudah mempunyai adik iatu RAJA AZRIQ SUHAIMI. Jadi, kami berdua adalah hero papa dan mama. Seronok juga jadi anak sulung, terlalu banyak gambar diambil oleh papa. Jadi, bila aku membelek balik album lama, terlalu banyak foto aku..dari mula lahir sampailah aku sudah mula pandai berjalan.

Inilah beberapa koleksi gambar yang aku temui..foto dibawah tidak discan, sebaliknya diambil menggunakan kamera digital..hehehe

(masa memula berjalan dengan babywalker)


(koleksi gambar aku masa kecil)

(aku bersama sepupu aku, Kak Long Raja Azlina Suraya)


Masa aku di Thailand:

Pada Mei 2001, aku terlibat dengan program student exchange di Sarasit Phitayallai School, Ban Pong Thailand. Aku pergi bersama kawan-kawan aku, bersama 5 orang cikgu dan bersama juga dengan rombongan MRSM Pengkalan Chepa.


(Bersama gajah, di Crocodile Farm, Sam Pan, Thailand)

Memang best, selama seminggu berada di sana...banyak pengalaman manis dikutip. Thailand sebuah negara yang unik dan kuat dari segi kebudayaannya. Banyak tempat yang aku pergi, antaranya Grand Palace, Bangkok, MBK, Kancanaburi, Floating Market dan Kuil Buddha.


(di hadapan Grand Palace Bangkok)

Selain itu, aku dapat juga menambah kenalan baru dari negara Thai dan juga rakan-rakan MRSM PC. Mereka sangat ramah dan baik hati! Seronok sangat, dan pastinya jika ada kesempatan aku akan kembali lagi ke Thailand!!

Masa aku di matrikulasi:

Aku menjalani kursus matriks di Kolej IKIP, Kuantan, Pahang pada tahun 2002. Baru aku sedar, tak banyak gambar yang aku ambil masa di matriks. Salah satu picture yang masih aku simpan sampai sekarang ialah gambar aku bersama Dayang Nurfaizah di Berjaya Megamall Kuantan.


Masa itu aku datang bersama Johari dan Rosli, member rapat aku di matriks. Tak sangka, dayang sangat baik orangnya. Perwatakannya manis dan begitu ramah. Malah, dia tak jemu-jemu mengucapkan terima kasih pada peminatnya.

Aku antara peminat dayang nurfaizah. Album dia yang pertama,kedua malah masuk yang terbaru (Dayang 2007) aku beli. Suara dia unik dan begitu sinonim menyanyikan lagu-lagu RnB. Masa di Mega, dia turut menjual album beliau, Disini bermula.


Waktu tahun pertama di KUKTEM:

KUKTEM? Apa tu.?? Hehehe..inilah nama pertama bagi Universti Malaysia Pahang (UMP). Aku masuk KUKTEM pada tahun 2003 (1 Jun). Banyak kenangan manis pada tahun pertama terutama sekali debat dan sewaktu aku dan kawan-kawan pergi lawatan ke K. Bharu.

Salah satu album yang masih aku miliki ialah gambar2 aku bersama Fendy, Azwan, Pidut, Filzah, Naza, Tikah dan Adot pergi ke Kota Bharu, Kelantan. Kami pergi untuk projek Pengajian Malaysia. Kumpulan aku membuat kajian mengenai Wayang Kulit, manakala kumpulan Azwan membuat kajian mengenai Wau Bulan.

Dari kiri: Azwan, Aku, Pidut, Fendy,Naza dan Adot

Kami pergi pada cuti mid-sem pada Ogos 2003. Banyak juga tempat kami pergi termasuklah Bachok dan Perupok. Selain membuat kajian, aku juga mengambil peluang untuk membeli-belah. Yelah, waktu 1st year dulu lain dengan 1st year sekarang. Dulu, aktiviti KUKTEM tak banyak. Jadi, waktu cuti kami banyak diisi dengan berjalan-jalan satu malaya..hahaha!


(Koleksi gambar di pantai Bachok, Kelantan)


Selain ke Kota Bharu, aku turut pergi ke kejohanan Debat Diraja 2003 yang merupakan debat pertama aku sertai. Team aku: Dayat, Pidut, Aku dan Azwan. Hurm..aku tak begitu menyerlah sangat, maklumlah anak muda baru nak menyertai debat. Apa-apapun banyak kenangan manis di UPSI. Selain kes dayat jatuh longkang, kami juga turut ke KL beramai-ramai. Paling best elaun ke UPSI adalah sebanyak RM70.00 seorang..wow!!

(Team Muda KUKTEM: Pidut, Dayat, Aku(baju putih), Azwan)

Selepas UPSI, kami pergi ke UUM atas alasan nak berjalan dan amik bebudak MASUM. Best gak..mengembara satu malaya! Hehehe..paling best waktu pergi yang mana bas kami hanya ada 8 orang sahaja! Memang seronok! Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan!


****


Inilah beberapa kenangan manis sebalik sahaja aku menyelak album-album lama. Turut tersimpan dalam koleksi album aku ialah album UNIMAS dan ARAU OPEN yang mana foto-foto tersebut diambil oleh Madam Mala. Tak sangka, kenangan2 manis aku di Arau, Vistana KL dan juga UNIMAS terimbau dek kerana koleksi album pemberian madam mala.

Thanks madam!!