Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, May 24, 2011

PTPTN blacklist : Part 2

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada mereka yang menghantar e-mail, yang mohon untuk saya lampirkan contoh surat rayuan. Bantuan saya adalah sedikit.

Saya mohon kepada mereka yang nak dikeluarkan nama dari senarai hitam, berjumpa sendiri dengan pegawai PTPTN. Paling ideal ialah dengan berjumpa mereka di pejabat PTPTN KL Sentral ataupun Damansara Heights.

Jangan berlengah. Ini kerana hutang anda akan bertambah-tambah lagi "bunga". Dan, sedikit sebanyak akan memberikan beban besar kepada anda. Ada juga bertanya, boleh ke PTPTN mempertimbangkan kalau tiada surat majikan ( arahan keluar negara)? Saya tak pasti, ini kerana PTPTN hanya mahukan anda membayar hutang secara tetap dan teratur. Pokok pangkalnya adalah berbincang dengan pegawai PTPTN langkah terbaik dalam menyelesaikan masalah anda.

Saya doakan kepada mereka yang telah menghantar e-mail kepada saya ..Good Luck!!Insyallah, semua akan dipermudahkan oleh Nya...

Saturday, May 21, 2011

Ulasan Filem : Nur Kasih the movie


Salam semua,

Lama dah tak review filem. Jadi, rasanya hari ini jadi rajin lah pula nak review filem Nur Kasih. Oh ye, saya baru sahaja menonton filem ini di pawagam semalam. Sebelum saya review filem ini, saya nak maklumkan saya bukanlah fanatik kepada Nur Kasih tapi mungkin saya dah tonton drama ini, jadi rasa teruja pula nak tengok kesudahan filem berdurasi 1 jam 30 minit ini.

Sebelum anda menonton filem ini, harusnya anda menonton terlebih dahulu drama Nur Kasih. Ini kerana ada beberapa jalan cerita di dalam drama dikaitkan dengan filem ini. Dan, kalau anda tak suka tonton drama Nur Kasih, lebih baik anda jangan tonton. Nanti rugi masa dan duit. Filem ini jujur saya katakan antara filem melayu terbaik tahun ini selepas sahaja filem Merong Mahawangsa bulan Mac lalu.

Jadi, kemunculan filem Nur Kasih memberikan dimensi baru dalam perfileman melayu. Apatah lagi ia diarahkan oleh Khabir Batia, antara pengarah yang cukup berbakat dan skripnya di tulis oleh Mira Mustapha. Filem ini dilakonkan oleh Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Tiz Zaqyah. Saya berikan kredit kepada ketiga-tiga pelakon ini kerana masih mengekalkan momentum lakonan yang sama seperti dalam drama Nur Kasih.

Bezanya dalam filem ini, beberapa pelakon asal tidak ada iaitu Ummi Nazeera dan Sheila Mambo. Mungkin nak difokuskan kepada watak utama sahaja. Dan ada juga pelakon-pelakon baru ditambah supaya filem ini dapat dikaitkan antara satu plot ke satu plot dengan baik.

Khabir Batia memang terkenal dengan sinematografinya. Tidak hairanlah beberapa babak seperti di Jordan, sawah padi, dan masjid cukup memberikan kesan kepada penonton. Ini ditambah pula beberapa babak yang dikaitkan dengan kekuatan cinta Adam terhadap Nur. Jalinan antara babak ke babak saya boleh kategorikan cukup baik dan kemas.

Dari segi jalan cerita, saya taknak lah komen. Nanti tercerita pula pada yang belum menonton. Cukup lah saya katakan penghujungnya ada beberapa adegan yang terduga. Nasihat saya, tonton dengan fokus dan fahami betul-betul setiap ayat yang ditutur oleh pelakonnya. Dari situ, barulah anda faham akan keseluruhan filem ini. Selain kekuatan jalan cerita, lagu-lagu dalam filem ini juga menarik perhatian saya. Paling saya suka ialah lagu nyanyian Bob AF, tapi tak perasan pula judul lagunya. Tapi lagunya memang mendayu dan menusuk kalbu. Selain itu, lagu tema nyanyian Yasin juga sememangnya harus ada dalam filem ini. Pendek kata, susunan muzik memang bersesuaian dengan tema cinta yang selalu diangkat di dalam filem ini.

Cuma, filem ini masih ada beberapa kelemahan. Sayang sekali kelemahan ini boleh mencalarkan perasaan ketika menonton filem ini. Pertama, dari segi teknik CGI. Terutama kesan pelanggaran kereta api, kemalangan dan terbakar. Tidak nampak realistik. Kedua, pergerakan filem ini pada awalnya agak perlahan. Jadi, ia sedikit merencatkan mood mereka yang menonton. Ada babak-babak terlalu perlahan dan membuatkan saya beberapa kali menguap. Tapi kelemahan filem ini sedikit sebanyak terubat dengan lakonan dan skrip yang kuat dalam filem ini.

OKlah, saya malas nak ulas panjang-panjang. Buat peminat drama Nur Kasih, pergilah menonton di pawagam sekarang. Memang tak rugi pun. Kalau yang jenis hati sensitif, bawalah tisu banyak-banyak ye. Mungkin ada yang menangis nanti.

Ini nasihat saya kepada anda yang nak menonton:-
1. Ambil tempat duduk tengah, dan paling strategik. Baru anda akan dapat rasa keseronokan dan mood untuk menonton.

2. Fahamkan dulu drama Nur Kasih - ada beberapa jalan cerita dalam drama dikaitkan dengan filem ini.

3. Tonton dalam keadaan fokus - kalau anda penat, mengantuk atau letih, baik anda balik tidur. Ini kerana ada beberapa babak agak perlahan, dan anda akan rasa mengantuk. Anda juga harus mendengar setiap dialog dituturkan kerana dari situ anda akan faham .

4. Jangan buat perbandingan antara drama dan filem. Ini adalah perkara paling penting. Fahami bahawa filem hanya berdurasi 1 jam lebih, jadi hanya babak-babak penting sahaja diangkat dalam filem ini.

5. Filem ini bergenre drama. Bukan lah filem komedi ataupun seram. Jadi anda harus faham phasing dalam filem ini sama seperti anda menonton filem-filem berat dari Iran ataupun Perancis. Jadilah penonton yang bijak. Kalau anda seorang yang tidak suka kepada filem berat, jangan tonton kerana anda akan katakan ia filem paling bosan dalam sejarah.

Jadi, dikesempatan ini saya ucapkan selamat menonton kepada semua!!

" selagi abang masih hidup, abang akan sentiasa ada disisi Nur"

Terima kasih

4.5 bintang

Sunday, May 15, 2011

Jalan-jalan : Bangkok

Salam semua,

Maaf agak lewat menulis blog ini. Maklumlah, saya agak sibuk dengan beberapa urusan kerja 2 minggu lepas. Baiklah, saya nak kongsi kisah cerita saya semasa saya melancong ke Bangkok, Thailand. Rasanya sudah ramai yang tahu, apa itu Bangkok? Ia merupakan ibu negara Thailand dan terletak berdekatan Teluk Siam dan Sungai Chao Phrya.

Bangkok adalah nadi utama kepada Thailand. Maklumlah, di sini adalah pusat pentadbiran, pelancongan, ekonomi dan sosial kepada Thailand. Saya pergi ke sana selama 4 hari. Sebenarnya saya pernah ke Bangkok pada 2001. Dulu atas urusan student exchange, dan kali ini atas urusan kerja. Uniknya, group yang saya bawa kali ini ada annual dinner di Nuovo Hotel, Bangkok. Jadi, aktiviti lebih menjurus kepada free and easy.

Saya pergi sehari awal, bersama dengan committee dinner. Oh ya, untuk kali ini, kawan saya- Azwan turut serta. Kebetulan dia ingin berjalan=jalan ke Bangkok, Jadi alang-alang saya turut mengajak dia untuk turut serta dengan lawatan ini.

Hari Pertama: Bangkok


Tiba Bangkok pada jam 9 pagi waktu tempatan. Saya pergi menaiki Thai Airways. Jujur saya katakan, ini antara flight yang saya suka. Mungkin kerana servisnya cukup bagus dan berkualiti. Selesai imigresen, kami bertemu dengan guide iaitu Mr. Awiee. Terus kami pergi ke lokasi annual dinner dan menikmati makan tengahari disana.

Suasana di Bangkok agak panas. Dan, paling tak best ialah Trafik jam yang sering berlaku di kawasan bandaraya. Mungkin faktor utama adalah jumlah penduduk yang terlalu ramai dan peningkatan bilangan kenderaan setiap tahun. Selepas makan, dalam sekitar jam 4 petang, kami pun pergi ke hotel iaitu Arnoma Hotel, Bangkok. Hotel ini terletak di kawasan Pratunama atau lebih digelar sebagai Bukit Bintang Bangkok. Disini juga terletaknya banyak pusat membeli belah terkenal seperti GaySorn, Isetan, Platinum Mall dan juga MBK.

Selepas mandi dan berehat, dalam jam 7malam, aku dan Azwan merancang untuk menonton persembahan muzikal- Siam Niramit. Mungkin ramai tak tahu apa itu Siam Niramit. Ia adalah persembahan kebudayaan Thai digabung dengan unsur-unsur teater muzikal. Siam Niramit dipersembahkan di dewan khas - antara pentas bertaraf dunia pada jam 8.00 pm setiap hari. Harganya pula dalam sekitar RM150 per person. Mungkin nampak mahal, tapi ternyata ia sangat berbaloi dengan wang anda. Persembahan ini berdurasi 1 jam 20 minit menampilkan kebudayaan Thai dari pelbagai wilayah - Utara, Selatan dan Tengah. Turut diselitkan beberapa budaya melayu - maklumlah, Langkasuka kan sebahagian wilayah Melayu dulu * rujuk video dibawah.



Selain persembahan, penonton juga boleh melawat dan bergambar dengan gajah dan penari Thai. Saya turut menikmati Tom Yam ( halal tahu), di sini. Dan saya boleh katakan ini antara Tom Yam paling sedap pernah saya rasa. Jadi, kalau anda berminat, bolehlah datang ke Siam Niramit dan cuba sendiri. Tapi lokasi siam niramit agak jauh dari pusat bandar. Paling mudah anda naik teksi dari stesen MRT Thailand Culture Centre, Selesai persembahan, kami terus pulang dan tidur!!

Hari Kedua - Royal Grand Palace

Hari Kedua, pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan terus ke airport, Tujuannya untuk menyambut ketibaan group pertama ke Bangkok. Alhamdullillah, mereka sampai dalam sekitar jam 9.30am, dan terus kami ke Grand Palace, Bangkok. Sebut sahaja grand palace, ramai sudah ketahui. Ini kerana Grand Palace adalah ikon utama Bangkok. Dan jika ke Bangkok, memang rugi kalau tak ke Grand Palace.

Grand Palace adalah istana raja Siam. Disini juga terdapat temple Buddha, Makam diraja, Muzium dan beberapa pameran istana raja. Jadi, memang tak rugi masuk kat sini. Cuma, Istana sahaja kawasan yang tak dibenarkan masuk. Ini kerana istana masih lagi digunakan sebagai acara rasmi kerajaan Thai - ala macam Istana Negara.

Kompleks Istana ini agak besar, Ia memakan masa dalam sekitar 1 jam perjalanan keseluruhannya. Jadi, kalau anda nak masuk, pastikan anda mengetahui etika pemakaian terlebih dahulu. Lebih baik pakai seluar panjang, berkasut dan tidak "topless". Bawa juga air mineral dan kaca mata hitam kerana cuaca agak panas di sini.

Selepas melawat Grand Palace, kami semua ke Sungai Chao Phrya untuk menaiki bot menyelusuri antara sungai terpanjang di Thailand ini. Botnya kecil sahaja, boleh memuatkan 30-40 orang pada satu masa. Sepanjang perjalanan, anda akan dapat menyaksikan panaroma Bandaraya Bangkok, kuil-kuil Buddha dan juga perkampungan Melayu Bangkok. Menurut guide, kampung melayu memang wujud di Bangkok sejak zaman dahulu lagi. Kampung ini diberikan oleh Raja Thai sebagai hadiah kepada orang Melayu Thai atas sumbangan mereka terhadap perang dunia kedua.

Kampung melayunya tak ubah seperti kampung air di Brunei Darussalam. Masih tidak teratur dan agak kotor. Selesai sahaja river cruise, kami menikmati makan tengahari di sebuah restoran halal di seberang sungai. Saya suka agak sup daging restoran ini. Memang sedap dan rasanya memang berbeza dengan Sup melayu. Ada rasa masam dan manis. Superb! Bolehlah cuba, nama restorannya ialah Isan Fang, Bangkok. Tapi alamatnya saya tak pasti. :-)

Selepas makan, kami semua pulang ke hotel dan berehat. Walau begitu, saya tak berehat pun. Masih ada beberapa perbincangan perlu diselesaikan dengan Nurmala dan rakan-rakan guide. Iyalah, want to do the best!

Selepas itu, dalam sekitar jam 7pm, kami berangkat untuk makan malam di sebuah restoran yang terletak agak jauh dari kota Bangkok iaitu Khrua Muslim Restaurant. Walaupun jauh - dalam 1.5 jam perjalanan ( termasuk jam...pergh..), tapi ia memang berbaloi. Kenapa? Ini adalah restoran muslim yang menghidangkan makanan secara steamboat dan Thai BBQ. Buat peminat seafood, ini adalah syurga makanan buat anda. Anda boleh makan sepuas=puasnya dan hidangan pun ada banyak. Saya suka makan udang dan ketam. Disini, makanan dibakar atas dapur arang khas - memang klasik dan tradisional. Konsepnya terbuka, jadi saya tak boleh bayangkan kalau hujan. Hehehe...

Hari Ketiga: Shopping time!

Hari ketiga banyak free and easy. Jadi, saya ambil kesempatan untuk berjalan-jalan sekitar Platinum Shopping Mall dan MBK. Oh yer, kalau kat Bangkok, shopping mall paling terkenal ialah MBK ( Man Bon Krong). Ia tak ubah seperti Sungai Wang kat BB. Barangnya pelbagai dan kat sini juga ada makanan halal. Kat tingkat 5, aras food court. Kalau nak kebab atau makanan arab pun ada kat sini. Kat MBK ada banyak cenderamata, dan harganya boleh ditawar. Ternyata ia memang murah dan berbaloi.

Selain MBK, saya turut membeli belah di Platinum Shopping Mall. Di sini memang tak ubah seperti pusat pakaian dan harga nya memang murah. Saya sempat membeli jaket pada harga 650 baht ( RM65) dan kasut pada harga RM100. Fesyen di sini agak update dan banyak pilihan. Pendek kata, tak rugi kalau anda membeli belah di sini. Ia memang murah dan berbaloi.

Pada jam 5.00 pm, kami bertolak ke Nuovo Hotel untuk persiapan annual dinner. Azwan dengan sukarela menjadi MC pada malam tersebut. Bidan terjun lah katakan. Mala pula tiba agak lewat bersama dengan group yang lain. Alhamdullillah, perjalanan dinner berjalan dengan lancar.Cuma agak sayang kerana boss NYK - Ms Noriko, tak dapat turut serta kerana sakit perut. Tapi majlis tetap meriah dan tamat sekitar jam 10pm.

Lepas makan, masa untuk berehat. Hehehe..tapi saya bukan berehat di hotel, tapi di Patpong. Jangan marah ye! Patpong adalah tempat pondan, dan kalau yang tak biasa, mungkin akan mengalami kejutan budaya. Saya, Azwan dan Mala ke sana bukan lah saja-saja. Cuma sekadar nak melihat budaya negara orang. Tak masuk pun tempat-tempat macam tu. Kat sini ada banyak pusat urut, kedai makan, kedai baju dan pub. Mat Salleh memang ramai kat sini. Saya mencuba untuk urut kaki bersama mala dan Azwan. Harga tak sampai RM30 pun sejam. Dan jujur, ia memang seronok. Nak tergelak juga melihat Azwan yang kegelian apabila tukang urut memang kaki dia. Kat situ, bukan urut kaki sahaja, malah kalau nak urut badan, facial massage pun ada. Harga memang murah dan berbaloi. Cubalah...!

Hari Keempat : Berangkat pulang

Flight kami dalam jam 7.10 pm. Jadi ada masa dalam 6 jam di kotaraya Bangkok sebelum flight balik. Jadi, saya mengambil kesempatan untuk menemani Azwan membeli belah di saat-saati akhir. Nasib baik jarak hotel ke mall tak jauh. Dalam sekitar 15 minit berjalan kaki. Tak lah penat sangat.

Dalam jam 3.00pm , kami pun berangkat pulang ke airport. Jarak ke airport hampir satu jam perjalanan. Sampai di airport, kami sempat makan di sebuah gerai halal di situ. Oh yer, kat Suvarnabhumi ada kedai halal tahu. Kat aras bawah. Food court dia.

Flight kami bertolak dalam sekitar jam 7.10 pm dan tiba di KLIA pada jam 10.00 pm. Alhamdulillah semua sudah selamat. Apa yang aku katakan, Bangkok memang best, dan aku yakin aku akan ke sini lagi pada masa akan datang.

Oklah...sekali lagi, saya nak kongsi tips kalau anda merancang percutian ke Bangkok, Thailand.

1. Pilih hotel yang dekat dengan LRT/ MRT/ BTS. Saya cadangkan kawasan Sukhumvit, Silon atau Pratunam. Kawasan hotel murah sekitar Khao San, tapi agak jauh dari MRT. Tapi jangan risau kerana teksi kat Bangkok jauh lagi murah berbanding di KL.

2. Cuaca kat Bangkok agak panas. Jauh panas berbanding Malaysia. Bawa air mineral sekali. Kalau anda tak tahan panas, cuba elakkan berjalan di kawasan terbuka.

3. Bangkok dan trafic jam tak dapat dipisahkan. Saya cadangkan anda keluar pada awal pagi untuk membeli belah atau melawat kawasan menarik di sana. Ini kerana pada sebelah petang, trafiknya agak kritikal dan ia boleh melarat sampai ke tengah malam. Gunakan Tuk-tuk atau teksi, dan kalau jarak tak jauh, jalan kaki sahaja. Ia lebih baik.

4. Jaga barangan berharga anda. Saya sarankan passport dan IC tinggalkan sahaja di bilik - letak dalam Safety box. Tak perlu bawa. Ini kerana Bangkok selalu ada kes pick poket. Nak selamat, letakkan dompet anda dalam poket depan.

5. Belajar Bahasa Thai. Ingat, orang Thai ramai tak tahu berbahasa Inggeris. Kalau yang OK pun di hotel-hotel ataupun restoran mewah. Ada juga pemandu teksi yang tak tahu membaca tulisan roman. Saya sarankan anda dapat kad hotel - alamat ditulis dalam Bahasa Thai, dan ia akan membantu anda ketika anda menaiki teksi nanti. Semasa membeli belah, cuba tawarkan harga sehingga 50% dan kalau anda bijak, anda akan dapat harga tersebut.

6. Thai Massage - ramai yang suka Thai Massage, tapi diingatkan ada juga Thai Massage yang ada extra servis ( paham2 jer lah yer...). Nak selamat, pergi sekitar kawasan Khao San atau Pat Pong. Kat situ ada banyak thai massage yang dibuat khas untuk massage sahaja. Buat perbandingan harga sebelum anda menerima servis.

7. Makanan halal- Kat Bangkok, tak susah anda nak dapatkan makanan halal. Ada banyak pilihan. Sekitar Pratunam ada restoran Mak Yah dan Haryati yang turut menyediakan makanan halal Thai. Lihat sahaja simbol halal, insyallah anda tidak akan kebuluran.

8. Teksi di Bangkok menggunakan meter, tapi ada juga pemandu yang tidak menggunakan meter. Berhati-hati dan saya cadangkan anda naik teksi yang hanya mahu gunakan meter sahaja.

9. Tempat shopping murah di Bangkok ialah MBK, Platinum Plaza dan Chatchuchak market. Kalau MBK dan Platinum ia lebih mirip kepada mall. Chatchucak pula lebih kepada open market dan ia hanya dibuka pada hujung minggu. Kalau nak beli cenderamata, saya cadangkan anda beli di MBK aras 5. Ada banyak pilihan dan harganya murah.

10. Selain Bangkok, anda boleh ke Pattaya, Kanchanaburi atau Ratchaburi. Kalau anda nak ke floating market, anda bolehlah ke Ratchaburi, manakala Kanchanaburi pula terkenal dengan kawasan sejarah River kwai bridge. Kanchanaburi juga terkenal dengan barangan permata dan harganya memang murah. Di Pattaya, anda boleh menikmati keindahan pantai dan orang kata, night life di sini jauh lebih meriah berbanding Bangkok..:-)

Oklah...penat menaip panjang lebar. Jadi khas untuk anda semua, saya lampirkan beberapa gambar di Bangkok. Oh yer, turut dilampirkan ialah Siam Niramit video diatas. Layaaaaan......

Tomyam kat Siam Niramit..sedap siut!!



Parit kecil berhampiran dengan hotel. Pergh..baunya...menusuk kalbu

Bergambar di atas jambatan

Tukang ambil gambar aku di Bangkok...


Semasa di Airport, di hadapan duty free.


Di hadapan Siam Niramit, Cultural Village.



Dihadapan pentas Siam Niramit.

Restoran Khrua Muslim, Bangkok.

Balai Menunggu TG 419


Aksi Azwan ketika diurut kaki.

TG420 - 29 April 2011
rajaazrul