Posts

Showing posts from January, 2016

Karma

Sejak dua menjak..aku jadi rajin menaip Mungkin ini cara terbaik untuk aku hilangkan tekanan, dan lantak la..jika penulisan ini dibaca satu dunia sekali pun. Hidup ini ada orang kata ibarat karma.. Apa itu karma ? Kalau menurut kepercayaan Buddha.. ia merujuk kepada kelahiran semula. Maaf aku bukan nak menceritakan mengenai agama. Karma bagi aku begini .. Dulu aku tolak orang lain Esok orang lain tolak aku pula Ia ibarat satu putaran tidak pernah berhenti Jadi bila masa keadaan kita sama-sama memegang tangan dan tidak menolak antara satu sama lain? Persoalan yang terlalu sukar dimengerti. Jadi hidup ini adakah rumit? Adakah kita akan sentiasa menolak antara satu sama lain? Kita manusia. Kita berhak memilih. Kita tak cari terbaik atau sempurna Jiwa manusia ini milikNya. Dia memberi kan rasa, Dia mewujudkan cinta. Bila perasaan itu datang, ia wujud secara semulajadi. jangan nafikan ia. Mungkin sekarang masa aku..esok lusa mungkin masa dia pula. Putaran ini senti

Jatuh

Image
Aku paling takut apabila "terjatuh" Kalau jatuh aku bersahut...sujud syukur Kalau jatuh aku tidak bersahut... perlu kekuatan untuk bangun. Mungkin aku selalu ..(pernah) jatuh tidak bersahut, maka aku sudah terbiasa Perlu kuatkan fikiran..aduhai... "Harapan - jatuh bersahut"

2016 : Lebih rumit?

Coretan 2016 - Jan 1 2016 bakal mencorakkan warna berbeza. Ia mungkin lain seperti kita harapkan. Dalam keadaan yang tak menentu, ditambah pelbagai cabaran mendatang, agak sukar untuk mengetahui apa yang akan berlaku pada 2016. Saya sendiri tidak pasti. Tiba-tiba terjerat dalam perkara di luar kuasa saya. Tiba-tiba saya perlu memikirkan langkah yang saya belum pasti hujung pangkalnya. Mungkin saya terlalu lama dibuai dalam dunia saya, maka saya sendiri perlu bersedia..buaian itu tidak lama. Bercuti lama seolah tidak memberi apa makna. Saya masih rasakan sesuatu yang kosong. Selamat tahun baru 2016 rajaazrul