Travel

Travel

Mengira detik

Tuesday, December 21, 2010

Jalan-jalan : Bali

Hello semua,

Apa khabar? Sebenarnya hari ini mood aku agak baik, maklumlah dah selesai beberapa kerja "urgent", dan dalam waktu senggang ini, sempatlah aku mengemaskini blog aku. Baiklah, untuk kali ini aku nak cerita pengalaman aku ke Bali, pada 17-20 Disember 2010.

Kenapa Bali? Hish, ini bukanlah percutian aku, tetapi lebih kepada urusan kerja. Jadi, bagi sesiapa dalam perancangan ke Bali, aku bolehlah kongsi pengalaman aku tak seberapa ini dengan anda semua. Bali merupakan pulau terletak berhampiran dengan Jawa Timur. Dikenali sebagai Pulau Dewata atau "Island Of God", pulau ini didiami majoritinya penduduk beragama Hindu Dharma. Walaupun sedia maklum Indonesia dihuni oleh penduduk Islam, tetapi tidak di Bali.

Aku sebenarnya tak pernah terlintas dalam fikiran aku yang aku akan ke Bali. Kenapa? Bali bukanlah dalam tempat yang aku benar-benar nak pergi dalam hidup ini. Tapi atas urusan kerja dan peluang yang ada, maka harusnya aku tidak lepaskan. Jadi penulisan aku ini bukanlah aku nak bermegah-megah yang aku ke Bali, tapi niat aku sekadar berkongsi pengalaman dengan anda semua. Lagipun, Bali bukan sukar mana untuk anda pergi, jika anda ada RM1500, sudah cukup anda ke sana.


Hari Pertama : Ke Bali
Perjalanan ke Bali memakan masa selama 3 jam. Pergh, memang penat. Aku dah terpacak kat KLIA dari jam 6.15am. Tunggu group aku sampai, baru aku boleh mulakan proses check in. Nasib baik aku naik MAS, jadi takdalah penat sangat macam Air Asia. Ada makan-makan, tengok video dan selebihnya tidur...

Sampai bali jam 12.00 tengahari. Waktu kat Bali sama je macam kat Malaysia. Kalau sini jam 12, sana pun jam 12. Sampai sahaja, terus jumpa guide. Namanya Pak Timbang. Kelakar pun ada, tapi itulah nama dia. Lepas tu, terus pergi makan. Tapi masa keluar kat airport, ada ar gadis-gadis bali memberikan kalungan bunga kepada group. Hehe..

Dah makan, terus check in. Lepas tu, pergi ke Uluwatu Temple. Letaknya di kawasan selatan pulau Bali. Pemandangannya agak cantik, maklumlah tepi laut. Lepas tu, pergi makan di Jimbaran. Malangnya, hujan pula turun dengan lebatny.Jadi makan lah dengan keadaan kurang selesa. Lepas itu pulang ke hotel. Oh ya, hotel aku ialah Ramayana Kuta. Terletak berhampiran Matahari dan Kuta Square.

Hari Kedua:-
Lepas sarapan, kami terus ke Kampung Nusantara. Nama je Kampung, tapi bukan kampung. Ia adalah gudang ole-ole khas Bali. Memang sesuai siapa2 nak beli barang cenderamata Bali. Kat sini harganya murah-murah, tak payah tawar sebab harganya dah memang murah. Aku adalah beli key chain dimana satu keychain lebih kurang 30 sen. Murah kan?

Lepas membeli belah, perjalanan diteruskan ke Ubud. Ubud ini sebenarnya kampung. Terletak di kawasan hutan dan sawah padi. Di sini juga tempat pengambaraan "Eat, Pray, Love" lakonan Julia Roberts. Di sini ramai Mat Saleh. Maklumlah mereka kat suka kampung-kampung ini. Kat Ubud, kami makan "Bebek" atau Itik goreng kat Restoran Padi Prada. Erm..takdelah sedap mana, tapi bolehlah tuk siapa nak rasa. Jujur aku cakap makanan Bali tak sedap mana. Nak cari halal memang susah, tapi ada. Cuma kena hati-hati sikit kalau pergi makan kat kedai tepi jalan.

Dah makan, masa shopping!! Tapi aku tak shopping apa pun. Aku sahaja ambil gambar dan jalan-jalan kawasan sekitar. Ubud hanyalah kampung dan aku rasa mat saleh suka pergi sini sebab suasana berbeza dengan tempat mereka. Iyalah kalau dibandingkan dengan malaysia, lebih kurang je.

Malam itu aktiviti aku berjalan-jalan sekitar Kuta. Pergh..meriah ar gak terutama sekali kalau sesiapa suka clubing dan aktiviti mencucuk langit. Ada lah juga pasar malam untuk sesiapa yang suka shopping pada waktu malam. Suasanya lebih kurang macam Batu Feringgi di waktu malam. Tapi sayang, dalam jam 11 pm, hujan mencurahi bumi Bali. Jadi, aku pun ambil keputusan pulang ke hotel.

Hari Ke-tiga
Hari ini agak penat! Kenapa? Perjalanan seharian ke pelusuk Bali. Perjalanan aku dimulakan ke Pura Taman Ayun, kuil yang terletak di kawasanMegawi. Sini agak panas, kebetulan pula ada pekan sari di depan kuil, dapat ar juga tengok macam-macam juadah di situ. Tapi tak semua halal tahu, be careful!

Lepas itu, kami pergi makan ke Restoran Labhaga. Restoran ini memang cantik dari segi dekorasinya dan mempunyai pemandangan sawah padi bukit. Suasana nyaman, sama seperti berada di Cameron. Selepas itu, kami semua mendaki ke Bedugul. Disitu terdapat satu lagi kuil iaitu Kuil Ulun Danu. Ulun Danu terletak di pinggir tasik, dan pemandanganya memang mengasyikkan. Dikatakan tasik ini adalah bekas kawah gunung berapi. Suhunya agak nyaman dan sejuk, macam berada di Genting pulak. Nak pulak semasa aku di sana, hujan mencurah-curah di bumi Bedugul.

Akhir sekali, lawatan kami berakhir ke Tanah Lot. Ini adalah tempat paling popular dan mesti anda lawati kalau ke Bali. Tanah Lot merupakan kuil di tengah laut. Kalau air surut, anda bolehlah ke kuil ini. Tapi, malangnya air pasang pula..hurm. Jadi, aku hanya boleh ambil gambar dari jauh. Kat sini banyak gak kedai cenderamata. Harganya pun boleh tahan, kalau pandai menawar, memang anda beruntung.

Malam itu, kami makan di restoran cina halal di Kuta. Makanannya lebih kurang macam makanan aku semasa di Shenzhen.

HAri Keempat:-

Lepas sarapan, kami ke airport. Takde apapun...aku tiba ke bumi KLIA dalam jam 4.00 pm. Malangnya sim kad aku leh hilang, cess..apa lagi, terpaksa aku telefon abang Din ( driver) dengan menggunakan public phone. Hehe..

Oklah..ini antara tips-tips kalau anda ke Bali. Mungkin boleh jadi panduan jika anda ingin ke sana.

1. Hotel kat Bali memang banyak, tapi kalau musim puncak, silalah buat tempahan awal-awal. Jika tidak, anda akan tidur di atas pasir pantai.
2. Tempat-tempat Landmark Bali agak jauh antara satu sama lain. Perjalanan makan masa dalam 1-2 jam perjalanan. Dinasihatkan anda mendapatkan agensi sekirannya anda tidak biasa di sana.
3. Tukar duit rupiah ketika di Malaysia. Jangan tukar di Bali, kerana tukarannya agak mahal.
4. Gunakan sim kad indonesia, kosnya lagi murah jika anda ingin telefon ke Malaysia.
5. Pantai Kuta taklah bersih sangat, jadi kalau nak mandi, pergilah ke Tanjung Benoa. Kat situ lagi cantik dan tersusun.
6. Nak mudah, anda boleh cari hotel kawasan Kuta / Ubud atau Den Pasar. Ada juga yang suka tinggal di Legian dan Seminyak. Semuanya mudah untuk ke airport.
7. Makanan halal memang tak banyak, tapi ada. Anda boleh makan fast food sebagai alternatif. Makanan Favourite Bali ialah Babi Guling, hehe..hati2! Anda juga boleh makan di kedai Bakso, Minang atau Sunda. Banyak kedai halal di sekitar Tuban.
8. Semasa shopping, pastikan anda tawar dahulu. Kalau anda tak suka tawar, pergi sahaja ke pusat ole2 khas bali, harganya juga murah.
9. Bawa payung ketika anda melawat ke Kuil. Maklumlah Bali ni pulau "lembap", sentiasa hujan terutama waktu petang.
10. Kalau ke kuil, pastikan anda memakai seluar panjang. Kalau tak, anda kena pakai kain khas. Kalau perempuan haid, anda memang tak boleh masuk. Di kuil juga banyak monyet, berhati hati terutama mereka yang membawa topi, kacamata dan anting-anting. Monyet kat sini memang pakar mencuri.

Baiklah itu sahaja yang aku boleh sampaikan. Sesiapa nak tengok gambar bolehlah add aku Facebook raja.azrul@gmail.com










Terima kasih.
Raja Azrul - Bali 17 Dec 2010

Monday, December 20, 2010

kombinasi






Salam..

Apa itu kombinasi? secara jelas, kombinasi adalah gabungan. Dalam hidup ini memang tidak dapat lari dengan kombinasi. Secara kasarnya, sesebuah pasukan atau syarikat akan lebih cemerlang jika mempunyai kombinasi yang kuat dan menarik.

Dalam hidup aku, jelas menyatakan bahawa bulan disember ini aku acapkali memikirkan tentang "kombinai"...Hidup ini tidak boleh berseorangan, perlu ada teman dan kawan-kawan. Untuk bekerja juga, ia adalah perkara yang sama. Perlu ada keserasian dan juga kekuatan. Kadang-kadang manusia tidak nampak apakah kombinasi yang hebat dalam sesuatu pasukan. Mereka lebih mementingkan diri masing-masing berbanding kesannya di masa hadapan.

Semasa aku berada di UMP untuk latihan debat minggu lepas, aku pening memikirkan kombinasi terbaik bagi memuaskan hati semua pihak. Sehingga tindakan aku dianggap seperti "kejam" dan hanya memikirkan diri sendiri semata-mata. Alhamdulillah, mungkin berkat doa dan usaha masing-masing, pasukan UMP utama telah berjaya ke separuh akhir dalam debat diraja. Perkara ini aku tahu semasa aku berada di bumi Bali, dan aku anggap ini adalah sesuatu yang manis dalam sejarah debat UMP. Setelah lama menanti, akhirnya mereka berjaya juga ke peringkat separuh akhir. Diharap selepas ini ada pasukan UMP yang berjaya ke akhir pula.

Itu pasal debat, memang tidak dapat lari dengan kombinasi yang sesuai..begitu juga dalam teater dan drama. Aku akui aku perlukan pasukan yang benar-benar serasi dengan aku. Sebab itu aku lebih selesa membuat drama bersama Mel, Zamri, Azwan, Azril, dan team Senandika yang lain. Mungkin dari itulah, drama-drama Senandika yang aku hasilkan ada kenangannya tersendiri. Tidaklah aku kata drama-drama aku hebat, cuma aku seronok ketika menghasilkannya. Semasa di UMP, sempat juga aku bertemu dengan Syidek, ketua kumpulan drama. Katanya, drama sekarang tidak ada bezanya. Hanya latihan sekali dua. Itupun kedatangan ahli cuma suam-suam kuku. Aku terfikir, kenapa boleh jadi begini. Sempat juga aku mencadangkan beberapa kaedah terbaik untuk mereka menghasilkan drama / teater lagi. Tapi itu tidaklah bermakna aku nak turun padang atau bergiat aktif dalam drama lagi, cuma sekadar mengisi ruang minggu aku yang masih kosong pada masa ini.

Berkaitan dengan kerja, hurm..inilah memerlukan kombinasi paling hebat. Benar, jatuh bangun sesebuah syarikat ( hatta negara sekalipun) bergantung kepada kombinasi yang cemerlang dalam orang nya. Ketua bukan sekadar ketua, tetapi mampu mencetuskan motivasi dan memberikan semangat kepada pekerjanya untuk cemerlang. Pekerja pula harus tahu keupayaan dan kekuatan masing-masing, dan dengan kombinasi ini, maka akan jadilah satu syarikat yang cemerlang.

Baru-baru ini jabatan aku membuat rombakan kabinet. Alasan tipikal, untuk meningkatkan prestasi jabatan. Jujur, aku tak percaya kepada rombakan ini. Kenapa? Bagi aku rombakan ini menyusahkan, tidak perlu dan bukan pada masanya. Kombinasi?? Ia bukan satu kombinasi yang hebat pada pandangan aku. Mungkin, rombakan ini hanya percubaan, tapi aku sebenarnya tak suka pada konsep "try and error". Konsep ini hanya boleh pakai sekiranya kita sudah tahu kemampuan seseorang itu. Bukan hanya sekadar cuba-cuba, dan bila tak perlu, hasilnya dibuat rombakan sekali lagi.

Sebagai pekerja biasa, aku tidak punya kuasa untuk mengubah apa-apa. Cuma aku perlukan masa untuk membiasakan dengan suasana yang masih baru ini. Aku masih seperti biasa, dan aku anggap rombakan ini tidak menjejaskan "passion" aku dalam kerja ini. Terbaik buat aku ialah bersabar, dan menunggu peluang terbaik dalam meningkatkan kemahiran kendiri.

Baiklah, jenuh aku menulis mengenai kombinasi. Kesimpulannya mudah, cari "soul" anda dalam apa juga perkara anda lakukan. Jika anda seronok, maka itulah kombinasi yang terbaik, jika tidak..nasihat aku, lupakan sahaja.

Salam...

Sunday, December 12, 2010

dunia semakin kompleks!


Salam sejahtera buat semua pembaca,

Sudah masuk 12 December 2010, bermakna lebih kurang 20 hari lagi, kita akan masuk tahun 2010. Aku pun tak pasti berapa banyak matlamat aku tercapai pada tahun. Segalanya kuserah kepada yang Maha Esa.

Dalam tempoh beberapa minggu lepas, boleh dikatakan aku sangat-sangat tension ( termasuklah ketika aku menulis blog ini)

Kenapa? Pertama, aku bosan dengan sikap orang yang tidak tahu menghargai orang lain dan asyik memikirkan dirinya sahaja. Bagi aku, segala keputusan aku hormat jika kena pada tempatnya. Tidak salah untuk melakukan perubahan, tapi biarlah perubahan dilakukan bersebab dan tidak menyusahkan orang lain. Kadang-kadang ada benda yang tidak perlu kita ubah, dan seeloknya diteruskan dengan landasan yang betul. Terfikir juga aku, mengapa manusia tidak nampak kebaikan seseorang? Mengapa manusia lebih melihat perkara kecil yang hitam?? Aduss...memang pelik!!

Mungkin ramai yang membaca terfikir, apa yang aku tulis ini? Tidak mengapa, ia cuma sekadar luahan secara metafora bagi mereka yang tahu berfikir!!


Kedua, aku mempunyai beberapa group akan depart minggu depan. Memang tension!! Ketika aku cuti, otak aku masih ligat memikirkan kerja di pejabat. Paling geram, apabila ada customer yang tidak faham polisi dan menganggap semua benda boleh dilakukan sekelip mata. Insyallah minggu depan aku akan bertindak sebagai tour leader, tapi kemana?? Nanti aku akan maklumkan!

Ketiga, ketika aku menulis ini, aku berada di bumi UMP. Bumi yang pernah aku jejaki dulu dan menuntut ilmu di sini. Alhamdulillah, aku bertemu dengan rakan-rakan lama dan adik-adik junior UMP. Aku ke sini adalah untuk debat, sempat jugaklah aku berjumpa dengan adik-adik kelab kebudayaan, kelab lama aku dulu. Banyak juga cerita, tapi aku anggap itu sebagai rencah dalam menguruskan sesebuah kelab.

Untuk debat, sebagaiman biasa, aku cuba membuat terbaik. Latihan debat ini aku sebenarnya sudah atur sejak minggu lepas ( walaupun ia adalah plan adhoc). Tapi malangnya kehadiran aku kali ini dianggap seperti "gila kuasa" oleh sesetengah pihak. Entahlah, aku tak pernah merasakan diri aku hebat, cuma aku inginkan terbaik untuk adik-adik aku bagi menghadapi debat diraja nanti.

Benar, aku tidak mempunyai kuasa untuk mengubah segala keputusan mereka buat, tetapi aku juga berhak memberikan cadangan dan pandangan. Mungkin, cadangan aku dianggap bersifat monopoli, ataupun mementingkan diri, tetapi aku hanyalah insan biasa. Aku cuba menilai apa yang berlaku dan cuba membuat percaturan terbaik demi debat yang amat kucintai.

Paling aku kesali, apabila tindakan-tindakan aku ini ditafsir sebagai "hebat" dan akhirnya kerana perkara-perkara ini, hubungan persahabatan terjalin ditengah jalan putus begitu sahaja. Adakah itu satu pemikiran yang waras untuk mereka yang bergelar "dewasa"?

Entahlah...memang benar kata orang, dunia ini sangat kompleks! Sukar untuk mengharunginya, dan kadang-kadang kita perlu menjadi ego untuk kebaikan diri kita daripada orang lain.

Terima kasih!

** Entri ini aku tujukan kepada beberapa pihak, mungkin satu bentuk sindiran, tetapi bagi mereka yang tak paham..aku ucapkan terima kasih kerana membaca entri ini sehingga ke akhir tinta.