Posts

Showing posts from June, 2013

Jalan- Jalan : Bandung

Image
Salam semua! Yossh..........kabare?? Tetiba pula cakap Jawa. Harap semua sihat, dan ceria selalu. Baiklah, penulisan seterusnya mengenai jalan-jalan adalah ke Bandung, Indonesia. Rasanya tips mengenai Bandung ini dah ramai kot orang tulis. Maklumlah, 80% pelancong Bandung adalah orang Malaysia. Wow...hebat tak orang Malaysia ni..hehe. Tapi rasanya, apa yang saya nak tulis adalah berdasarkan apa yang saya tahu, dan faham. Serta pengalaman ringkas saya, manalah tahu ia boleh menjadi inspirasi buat anda semua. *** Bandung merupakan pusat kota bagi wilayah Jawa Barat. Ia terletak dalam 3 jam perjalanan dari Jakarta, Indonesia. Saiznya tidak sebesar Jakarta, tapi Bandung memang cukup terkenal sebagai destinasi pelancongan terutama bagi kaki shopping! Kenapa? nanti saya akan ceritakan dalam penulisan ini. Masyarakat Bandung terdiri daripada orang Sunda. Orang Sunda ini kebanyakannya memang berbakat dalam bidang seni. Salah satu kumpulan terkenal dari Bandung ialah Peter Pan. Selain

Tindak balas @ respons

Image
Hakikat, kita akan mudah terjerat dan berasa curiga apabila seseorang itu tidak memberikan apa-apa respons ketika kita bertanya melalui sms, email, whatapps atau wechat. Selalu kita akan fikir: 1. Adakah dia OK? 2. Adakah dia sihat? 3. Adakah dia maklum? 4. Adakah dia bersetuju? suka? marah? benci? atau macam-macam lagi. Perkara asas dalam komunikasi ialah menzahirkan respons / tindakbalas. Ia mungkin nampak kecil walaupun sekadar membalas "noted / OK". Atau paling ringkas membalas dengan ikon smile :) tapi ada sebilangan kita sekadar bersikap dingin atau mungkin tidak mengambil serius tentang perkara ini. Benar, banyak perkara harus diutamakan, tapi bagi saya.. tindak balas atau respons itu penting.. ia bukanlah sesukar mana.. kerana perkara yang remeh atau kecil ini kadang-kadang boleh memberikan impak yang besar pada masa akan datang. Terpulang pada tafsiran masing-masing. Tapi bagi saya, kita tidak boleh berseorangan di dunia ini. rajaazrul

Selamat Datang Jun 2013

Dalam sedar tak sedar, Kita sudah berada di pertengahan tahun 2013. Wow, bermacam peristiwa berlaku, pahit manis gembira suka ceria duka... dan macam - macam lagi. Umur aku juga hmmmmm... makin meningkat (ada ke yang menurun, hehe). Sekarang ini, aku dah malas nak fikir tentang perkara yang remeh. Aku hanya fikirkan perkara yang boleh buat aku bahagia. Memang kebahagiaan di tangan Tuhan, tapi kita sendiri tahu, apa yang terbaik untuk diri kita. Letih menjadi seorang yang "berkorban", dan takut sekali, perkara yang ikhlas terus jadi tak ikhlas. Ranjau kehidupan makin berliku, ia bukan semudah di sangka. Kadang-kadang aku sendiri tersepit di dalam dilema. Aku tidak boleh menolak takdir, apatah lagi melawan kehendakNya. Apa yang aku boleh lakukan hanya berusaha dan terus berusaha. Jun 2013 - fasa kedua untuk tahun ini sudah bermula. Maka, cabaran getir akan menanti. Aku perlu kuat kerana ada banyak perkara yang aku perlu capai dalam hidup ini. Jika ia tercapai, aku dap