Travel

Travel

Mengira detik

Sunday, November 22, 2009

Sesi latihan tarian SKJR 2009

Sekali lagi, untuk tahun ini aku melatih bebudak darjah 4 dalam persembahan tarian untuk Hari Anugerah SKJR 2009. (Sekolah Kebangsaan Jambu Rias, Karak)

Seronok aku bersama mereka...yang best, mereka komitmen..walaupun ada masa banyak main-main..

dan semua sudah selesai..aku upload kan picture untuk semua menonton...adios!!





Penari utama - semua darjah 4...hehehe






Anak murid aku..depan kamera nampak baik tapi belakang...nakal ya ampun!


Untuk makluman, aku mengajar kat sekolah menengah. Ini kerja part time jer ajar budak sekolah rendah menari. Tapi ingat tahun depan nak wat tuisyen pulak ler...

Adios!!

Thursday, November 19, 2009

Good bye for a while (erm..maybe)

Assalamualaikum...

Nampak gayanya, hari ini merupakan hari terakhir aku bersekolah ( i mean menjadi guru) untuk tahun ini...Seperti biasa, sebelum sekolah ditutup, ada banyak perkara yang perlu diberi perhatian umum...

Pertama ialah..mengemas bilik. Alhamdulillah, bilik sudah dikemas. Terima kasih kepada 4 orang anak murid aku-Haqim, Amirul, Alif dan Hafiz kerana membantu. Selesai sudah kerja mengemas ni..dan bilik aku berada dalam keadaan bersih...

Kedua..menyelesaikan urusan semakan tugas. Dah lengkap, cuma tinggal dua lagi tandantangan...Dan yang pasti, last sekali tandatangan GPK dan Pengetua. Huhuhu..

Ketiga..memulangkan buku stok, hari ini juga perlu aku pulangkan buku stok bengkel kerja kayu kepada guru kemahiran hidup..bagi memastikan semua urusan berjalan dengan lancar.

Memang lega kalau kerja dah siap! Jadi, masa bercuti boleh lah aku berehat sepuas-puasnya. Oh yer, oleh kerana kerja aku ni kontrak (isk..isk) maka aku tak tahu lagi masa depan aku bagaimana. Sama ada disambung atau tidak itu bergantung kepada keperluan. Jujur, aku tak pernah terfikir yang aku menjadi seorang guru. Mungkin ini sudah rezeki aku, maka aku takkan menolak. Lagipula, aku minat dalam bidang ini walaupun penuh dengan pelbagai cabaran.

Tapi kita tak tahu lagi masa depan. Aku pun tak pasti sama ada aku akan mengajar di sekolah ini atau ditempatkan dimana-mana sekolah yang lain, ataupun aku dapat kerja lain. Itu aku tak tahu. Tapi jikalau boleh, memang aku nak sambung sahaja kontrak dan menimba lebih banyak pengalaman sebagai tenaga pengajar di sini.

Jadi dikesempatan ini, aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru (terutama pentadbir) yang telah banyak memberi sokongan dan bantuan kepada aku semasa aku menjadi guru disini. Banyak pengalaman aku timba disini, dari pengalaman pengurusan kelas, mengajar dan macam-macam lagi. Terima kasih banyak-banyak..dan kalau ada rezeki, kita berjumpa lagi tahun hadapan...


Good bye...!!

(btw:- esok aku akan ke UMP pulak...latihan intensif debat!!!!)

Friday, November 13, 2009

Belajar untuk menghargai

Hidup ini cuma sekali...

Maka, kadang kala kita tidak dapat lari dari ketentuanNya. Kita kena percaya, bahawa rezeki sudah ditentukan olehNya. Maka sebagai manusia, mengapa kita masih ingin mempertikaikan lagi rezeki orang lain...mengapa kita perlu wujud hasad dengki, cemburu, dan tidak boleh lihat orang lain hidup senang?


Bahasa aku mudah...kenapa kita asyik melihat keburukan orang lain? Kenapa kita tidak nampak perkara yang elok tentang manusia lain?

Bila bercakap mengenai profesional, kita harus bertanya pada diri kita..profesional kah kita apabila kita bekerja dengan membiarkan emosi menyaluti kita?

Inilah yang aku lihat dalam dunia ini. Kadang-kadang status menjadikan kita ego, dan mudah mencari salah orang lain. Tapi kadang-kadang kita kena belajar menghargai apa yang orang lain sumbangkan kepada kita. Ingatlah walaupun sumbangan orang lain tidak sebesar mana, tapi sumbangan ini jugalah menjadi sesuatu yang kita hajati tercapai.

Mudah...tapi sentiasa tak jadi mudah....

Monday, November 09, 2009

Reunion ex-Senandika

Masih ingatkah anda dengan gambar-gambar di bawah?











Adakah anda .....??

a. berumur 20 tahun ke atas
b. Lelaki atau perempuan
c. Bekas ahli kumpulan SENANDIKA (bekas sahaja tahu!!)
d. Sudah bekerja atau keluar UMP ( bukan masih belajar di UMP)
-tengah praktikal pun ok!!
e. Mempunyai perwatakan riang, gila-gila, happy, sporting dan tak mudah moody!!
f. Pernah terlibat beberapa projek SENANDIKA seperti Fest. MAKUM (06/07), aktiviti kelab kebudayaan, hang out dan macam-macam lagi.

Anda sukacita dijemput untuk Reunion Ex-Senandika (Ehem...ehem...) yang akan diadakan di :

Tempat : Kuala Lumpur
Masa: bermula jam 8.30am-12.00am
Tarikh: 12 dan 13 Disember 2009

Aktiviti menanti anda:-

1.Balingan maut!!:-
- Masih ingatkah anda pada team gatai, gebu?? Bonang?? kini aksi membaling akan menjadi kenangan manis buat anda semua....kumpulan mana yang hebat? pemain mana yang mantap..anda akan jadi saksi!!

2. Pecah tekak!!:-
-Hebatkah suara anda?? Adakah suara anda semanis Siti Nurhaliza atau paling tidak pun sesedap Harun Salim Bachik!!? Maka anda layak untuk memecahkan suara anda, pastikan anda memilih key paling tinggi supaya kita dapat gegarkan KL!!!

3. Snap sana Snap Sini!!
- Untuk mereka yang fotogenik!! Maka,inilah saat paling indah sekali!! Snap kan gambar anda sebagai tanda kenangan di bumi Kuala Lumpur. Dikelilingi KLCC, KL Tower dan Maybank..pasti membuatkan anda teruja!!

4. Layan jer..
- Anda selalu pegi KL, tapi tak pernah melawat tempat menarik di KL..untuk mencipta kelainan pihak penganjur akan membawa anda ke beberapa hot spot KL yang menjadi tumpuan pelancong..Jangan lupa kamera di tangan...hehehe (layan jer)

5. Makan sampai kenyang!
- Ada bajet lebih?? apa kata isikan perut anda di beberapa restoran istimewa KL!! Anda takkan rugi, anda juga takkan pening..huhuhu! Makanlah sepuasnya sambil bercerita kisah anda bersama SEnanDika..cerita kuat-kuat!! Mana tahu akan ada produser terkenal yang menjeling anda dari jauh!

Inilah beberapa aktiviti yang bakal anda tempa sekiranya anda menyertai reunion ini. Reunion ini juga bertujuan mengumpul kembali bekas ahli kumpulan SENANDIKA UMP (drama team KUKTEM), kita juga akan merancang untuk melawat adik-adik SENANDIKA (pelapis SENANDIKA) di UMP dan berkongsi pengalaman bersama mereka. Selain itu, akan terlibat membantu kumpulan teater Senandikan UMP dalam merancang dan melaksanakan beberapa projek teater tahun hadapan.

Amacam? Anda sudah bersedia....??

Hubungi saya untuk pengesahan.


PerhatiaN:-
-Sila berkumpul di depan Aquaria KLCC pada 12 Disember 2009 pada jam 10.00am. Pastikan anda mematuhi masa supaya jadual aktiviti tidak tertangguh.


Untuk makan, tiket lawatan dan hiburan = anggaran RM 150.00 (seorang)

penginapan/pengangkutan adalah tanggungan sendiri.

(selain jemputan melalui blog, anda akan dijemput melalui facebook dan juga sms)

* saya akan sentiasa kemaskini untuk makluman semua. Jadi sila pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti blog ini. Terima kasih.

Friday, November 06, 2009

Mudah-mudahan...


Assalamualaikum...

Huh?? Diam tak diam, dah masuk bulan Nov 2009, sedar tak sedar juga aku dah hampir setahun bekerja sebagai guru (GSTT) ni. Seronok ke? Adalah gak yang seronok, ada gak tak best..tapi nak wat mcam mana..ini adalah kerja kita. Huhuhu...

Oklah..bulan Nov ni banyak lah kerja yang aku kenal settlekan. Baik kerja rutin ataupun peribadi, semuanya harus diselesaikan sebelum cuti sekolah. Minggu ini, pelajar sibuk dengan peperiksaan. Mutu peperiksaan?? entahlah..kalau melihat generasi muda hari ini memang sedih. Ramai yang tak dapat jawab soalan peperiksaan, ada yang tidur, ada juga yang hantar kertas kosong. Inilah generasi yang bakal memimpin negara. Tak tahulah apa nak kata. Kalau nak disalahkan guru, saya rasa tidak wajar, kerana pelajar tersebut memang tidak mahu dan tak tahu nak menjawab. Alamatnya..fail lah...hehehe...

Itu cerita pasal exam. Cerita yang aku nak share pula ialah pasal reunion Ex-Senandika. Kenapa ex?? Ada sebabnya..jadi buat ahli senandika di UMP..sabarlah yer, korang keep practise untuk MAKUM bulan Januari ini. Insyallah, ada masa kami datang bertandang. Bagi Ex, nantikan makluman yang aku akan berikan dalam blog ini, dan kita akan buat reunion ini di KL. Tolong maklumkan pada mereka yang susah nak bertenet...hehehe.

Cuti sekolah akan bermula 21 Nov. Aku tak tahu apa perancangan cuti ini. Sebenarnya banyak perancangan nak buat..reunion lah,balik kampung ler, pergi debatlah..hehehe..macam-macam. Tapi satu pun tak confirm lagi. Insyallah, awal cuti aku akan ke UMP, untuk berlatih debat. Oh yer, bukan aku berdebat, tapi adik-adik kat UMP. Terpaksalah sebab debat diraja akan diadakan di UM pada 3 Dis hingga 8 Disember 2009.

Itu pasal debat, satu lagi plan masih lagi samar-samar. PLan apa? aku rasa aku malas nak tulis dalam blog. Biarlah rahsia dulu. Kalau jadi, baru aku cerita, kalau tidak...biarlah aku jer yang tahu. Tapi aku berharap plan ini jadi. Sudah lama aku merancang dan menantikan saat ini..Yang penting Allah tahu niat aku, dan aku berhadap Dia mempermudahkan segala urusan aku ini...amin.

Oklah..time for class. Kejap lagi aku nak masuk kelas tingkatan 1A. Untuk subjek pendidikan seni (exam). Nanti lewat pula. Hehehe..aku bangga lah gak, at least blog aku masih bernyawa lagi..bukan macam sesetengah blog kawan aku yang kira dah boleh mendaftarkan diri ke Arkib atau Muzium Negara...jangan marah yer!! See you soon!!

Bye dan wassalam...

" Mudah-mudahan apa yang kita rancang dipermudahkan olehNya kerana aku yakin apa yang berlaku dan segala dugaan yang menimpa ada hikmahNya!"

Sunday, November 01, 2009

penangan nur kasih

Salam bahagia..

Semalam hari Jumaat, kalau namanya hari jumaat salah satu rancangan yang aku takkan miss ialah Nur Kasih. Kenapa? Banyak sebab aku suka cerita ini, nanti aku akan bagitahu satu per satu.

Drama Nur Kasih ini adalah drama bersiri arahan Khabir Bhatia (pengarah filem Cinta, Setem) . Pelakonnya terdiri dari Tiz Zaqyah, Fizz Fairus, Remy Ishak dan ramai lagi. Pada mulanya aku taklah tengok sangat drama ini, tapi setelah direkomen oleh adik aku (abang de) untuk menonton, aku mula mengikut episode 15.

Tupp..tupp terus aku melekat. Apa lagi, terus aku cari dalam internet episod 1 sampai 10. Episod yang selebihnya aku amek dari Ain, kawan aku di Bentong. Gigih aku menonton dan akhirnya aku berjaya juga sampai ke episode 21.

Banyak faktor kenapa aku suka cerita ini. Pertama ialah jalan cerita drama ini. Penuh islamik dan kuat. Apa maksud aku? Bagaimana susunan cerita bermula sehingga ia dikembangkan satu per satu. Uniknya Nur Kasih ialah pelakonnya tak ramai, tapi garapannya kemas. Kedua, lakonan mantap! Mungkin pelakon Nur Kasih taklah sepopular pelakon drama lain, tapi lakonan mereka benar-benar berkesan. Hebat!!

Ketiga, sinematografi yang cukup kemas. Dengan view kamera yang cantik, drama nur kasih memang lain dengan tipikal drama melayu yang lain. Keempat, sarat dengan mesej. Drama ini sesuai untuk golongan berumah tangga, dan ada perkara yang membuat kita berfikir, siapa yang betul sebenarnya..jadi inilah kekuatan drama Nur Kasih.

Aku tak tahulah apa pandangan orang lain, tapi aku suka drama ini. Ada juga kawan-kawan aku bertanya, “ eh,lelaki pun minat Nur Kasih ke?” Aku selamba jer menjawab “ Tak salah laki menonton drama ini, abes tu takkan laki kena tengok drama BIONIK jer..!!” Hehehe..kelakar kan? Rasa aku drama ini universal, bukan untuk makcik-makcik kat kampung jer..kiranya semua pun boleh tengok.Buktinya beberapa orang sepupu aku (lelaki) pun kaki Nur Kasih, dan sanggup tak keluar mana-mana takut miss drama ini.

Jadi, kalau anda ada peluang, tontonlah Nur Kasih dengan taglinenya…”Apakah yang anda sanggup korbankan demi cinta (kalau tak salah ler)! Huhuhu.