Posts

Showing posts from March, 2011

PTPTN Blacklist..??

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Update 14 Oktober 2016 Anda boleh membuat pengeluaran KWSP untuk membayar PTPTN. Selebihnya (jika ada baki) boleh buat penstrukturan semula melalui rundingan bersama pegawai PTPTN. Jangan risau, ia lebih baik dan mudah jika dibandingkan anda nak bayar secara tunai. Sila ke pejabat PTPTN terdekat untuk makluman lanjut. SAYA BUKAN PEGAWAI PTPTN tapi saya boleh bagi khidmat nasihat berdasarkan pengalaman. Topik aku untuk kali ini adalah berkaitan dengan PTPTN. Kenapa? Mungkin ramai yang tahu bahawa PTPTN memang hebat dalam mengambil duit orang kan? Hehehe...yalah, belum dapat lagi kerja kita sudah dibebani hutang. Tapi secara dasarnya, hutang tetap kena bayar. Jadi, bagilah 1000 alasan sekalipun, kalau berhutang ia tetap menjadi tanggungjawab kita untuk membayar. Baiklah, aku nak berkongsi dengan anda semua beberapa tips dan cara kalau anda telah dikambing hitam ( hehe...blacklist) oleh PTPTN. Jujur, nama aku nyaris disenarai hitam. Alasan merek

Cabaran..Dugaan dan Ujian

Assalamualaikum, Terasa cepat masa berlalu. Dalam sedar tak sedar, kini kita sudah masuk dalam March 2011, bulan ketiga dalam setahun. Ternyata, suku pertama tahun ini sudah cukup memberikan seribu cabaran kepada aku. Buat semua pembaca, aku nak ucapkan terima kasih. Aku tahu ramai berminat untuk membaca entri berkaitan tips melancong, dan juga ulasan filem, restoran. Terima kasih! Diingatkan segala komen dan pandangan adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Tidak ditulis secara ilmiah atau kajian saintifik. Baiklah, menjengah ke bulan 3, aku melihat pelbagai ragam manusia. Perilaku manusia yang berada di sekeliling aku. Bukanlah aku mengatakan aku ini sempurna, tapi aku dapat lihat biasan manusia sebenarnya. Terus terang, aku tidak suka manusia yang mengutamakan perkara yang remeh. Ini kerana, banyak lagi perkara yang perlu difikirkan dan diangkat menjadi topik utama. Contohnya, isu Interlok, dan juga kemenangan Ana Rafali semasa AJL. Ramai lah yang memberikan komen, dan sibuk dalam i