Posts

Showing posts from 2016

Hukuman

Kita bukan Tuhan Kita tak berhak jatuhkan hukuman Siapa kita? Susah ke nak lihat  dari dalam? Mungkin inilah kelemahan manusia Mudah mencari silap dari melihat kebenaran Hidup kena positif Dua Kosong satu tujuh akan datang Semoga sesuatu yang manis akan bermula. Aku yakin.. Kepada Allah aku berserah rajaazrul

2016 = tahun banyak berjalan

Image
Jika dihitung..2016 antara tahun bermakna buat diriku Tahun paling banyak aku kembara. Ada coretan yang tak sempat aku tulis, untuk berkongsi tips dengan para pembaca. Jika ada masa aku akan tulis satu persatu.. Feb : Milan Venice Mac : Paris - Amsterdam April : Turki May : Kuching, Melbourne June : rehat sebab puasa Julai : Manila Ogos : Melbourne lagi September : Perth Oktober : rehat kejap November : Hokkaido, Kota Kinabalu Disember : rehat laa.. Alhamdulillah rezeki..tak boleh la nak travel setiap bulan. Tak larat. Next chapter bermula bulan 1 pulak. Insyaallah.... #Ilovemywork #inikisahaku

Jalan - Jalan : Corrboree Asia (Perth & Western Australia ) 2016

Image
Alhamdulillah, 4 ke 13 September 2016 Saya diberi satu peluang keemasan (yang tak mungkin saya lepaskan), terpilih dalam kalangan agensi di Malaysia bagi menghadiri program Corroboree Asia , bertempat di Perth, Australia. Program berlangsung selama 5 hari diikuti dengan lawatan khas dianjurkan oleh Tourism Australia meliputi kawasan South Western Australia. Kembara program ini bertujuan memperkenalkan produk Australia, dan ia merupakan salah satu program " Aussie Specialist". Program Corroboree ini sebenarnya menghimpunkan Aussie Specialist dari seluruh Asia termasuklah China, Korea Selatan, Jepun, India, Indonesia dan banyak lagi. Malaysia diwakili 15 orang dari agensi pelancongan termasuklah saya sendiri - wakil tunggal Melayu dan beragama Islam. Walau begitu, saya rasakan kami seperti satu pasukan dan keluarga, bergerak dalam semangat 1 Malaysia. Corroboree Asia  Sekali lagi, saya kembali ke bumi Perth setelah hampir 1 tahun tidak kembali. Perth mas

Alahai nasib

Susah sebenarnya jika ingin membuat keputusan Semua faktor perlu diambil kira, pokok pangkal tak boleh pentingkan diri sendiri. Benar - ia mungkin nampak ralat sebab seolah-olah kita tak pikir diri kita. Hei -- kita bukan hidup seorang dalam dunia ini... Dunia makin mencabar! Adios

Jalan-jalan : Brisbane

Image
Salam 1 Malaysia semua, Kembali kepada mood penulisan. Kali ini saya nak menyambung penulisan saya iaitu ke Brisbane - ibu negeri Queensland. Ramai mungkin pernah dengar nama Brisbane? tapi tak pasti adakah Brisbane menarik untuk diterokai atau tidak, kali ini biarlah jari jemari ini bercerita sedikit. Pengenalan: Brisbane merupakan bandaraya ketiga terbesar di Australia, selepas Sydney dan Melbourne. Lokasinya terletak di timur laut Australia, dan ia juga merupakan pintu masuk utama bagi penerbangan antarabangsa yang ingin ke Gold Coast. Jarak Brisbane ke Gold coast hanyalah 1 jam sahaja dan dihubungkan melalui keretapi ataupun lebuhraya. Dari Gold Coast ke Brisbane: Perjalanan saya bermula di Gold Coast dan selama 5 hari saya berada di sana, jadi saya meneruskan perjalanan ke Brisbane. Dari GC ke Brisbane, anda perlu menaiki bas dan keretapi. Bas ada banyak dari Surfer Paradise. Oh ya, jika anda ingin menggunakan perkhidmatan awam, anda perlu membeli Go Card. Kenapa Go Ca

Mula menaip

Dalam hidup ini, kita tidak boleh bergantung kepada satu sumber sahaja Dalam kepala - banyak benda aku nak buat Boleh je, tapi fokus satu satu. Masa kita ada banyak, 24 jam sehari kan? Yang penting tercapai. Moga aku ada semangat nak berkongsi hadiah dengan sesiapa yang rajin baca blog aku ini. rajaazrul

Satu Ramadan 2016

Alhamdulillah Bertemu kembali dengan 1 Ramadan 2016, punyalah sekejap masa berlalu..ia begitu pantas, diam tak diam..kita bertemu kembali dengan bulan penuh barakah ini. Salam Ramadan buat semua khas buat para pembaca blog saya. Doakan semoga ada sesuatu manis berlaku dalam bulan ini? Manis dari diri, dan untuk keluarga tercinta. rajaazrul

Jalan - Jalan : Gold Coast & Brisbane (Bahagian 1)

Image
Alhamdulillah Dah masuk bulan 5 rupanya, lagi sebulan kita akan menjengah pula ke bulan 6. Tahun ini bulan 6 merupakan bulan Ramadhan. Insyaallah akan dipenuhkan dengan amal ibadat .. cewah! Rezeki saya 2015, saya menjejakkan kaki ke bumi Australia sebanyak 2 kali. Satu di Perth, dan kali ke dua ialah ke Gold Coast. Apa beza Perth dan Gold Coast? Gold Coast terletak di sebelah timur Australia dan Perth di sebelah pantai Australia. Jadi, apa yang menarik sangat tentang Gold Coast yang merupakan tempat riadah popular di Australia? Mari kita sama-sama lihat! Percutian Gold Coast turut saya lanjurkan ke Brisbane - ibu negeri Queensland. Percutian saya ke Australia penghujung musim luruh (panas ler) Pengenalan: Tiba di Gold Coast Gold Coast merupakan kawasan percutian utama di Australia. Terletak dalam Queensland, ia merupakan pusat pelancongan / pantai riadah yang popular di seantero dunia. Pada asalnya Gold Coast hanyalah tempat muda mudi menghabiskan musim cuti panas, tapi