Kenangan 1 Syawal..
Tahun 2007: Tahun ini kita akan menyambut raya pada 13 Oct 2007. Maknanya..jika dihitung dah 23 tahun aku menyambut raya. Kalau cerita bab raya memang unik, iyalah setiap orang pasti ada kenangan tersendiri menyambut aidilfitri. Baiklah..atas permintaan che dayat, aku update sket blog aku dan kali ini aku nak cerita suka duka aku menyambut raya puasa bersama keluarga.Aku bertuah kerana masih mempunyai 2 orang nenek walaupun kedua-duanya berjauhan antara satu sama lain. A. Raya kat Kg. Temau, Raub. - beraya di kampung memang seronok. Kg temau terletak di daerah Raub dan merupakan kg asal papa. Kalau bab raya, memang meriah..Wan Nenda dan Tok adalah orang yang paling gembira sekali. Ia lah semua cucu dia balik. Wan Nenda pula suka buat lemang dan dodol. Kiranya dala m 28 atau 29 Ramadhan..kedua2 juadah tue mesti dah siap. Tak boleh lengah2..hehehe. Lemang Wan Nenda memang sedap, susah nak ditandingilah..nak pulak kalau makan dengan rendang. Memang terangkat siut...!! Dodol lak Wan meman