Jalan - Jalan : New Zealand (South Island) Bahagian 1
Salam semua, Middle Earth ... Kiwi ... Fern Leaf ... All Black Itulah antara beberapa ikon yang menggambarkan keindahan dan keunikan negara yang terletak paling selatan dalam peta dunia - New Zealand. Alhamdulillah, 2014 membuka lembaran baru, apabila saya berpeluang melawat antara negara yang menjadi jolokan syurga dunia - New Zealand. Dalam entri ini, saya akan menceritakan pengalaman manis untuk bahagian South Island (Kepulauan Selatan), tips dan apa yang menarik di sana. Semoga ia boleh menjadi panduan kepada sahabat yang berhajat ke sana. **** Pengenalan: Apabila disebut New Zealand, tergambar dalam fikiran kita mengenai pergunangan yang indah, ladang ternak biri-biri, kawasan pertanian dan suasana alam yang cukup indah! Inilah dinamakan syurga dunia, New Zealand merupakan negara yang cukup terkenal dalam bidang pertanian dan penternakan. Populasinya hanyalah 4 juta orang, New Zealand terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Kepulauan Utara dan Kepulauan Selatan