Travel

Travel

Mengira detik

Sunday, February 22, 2015

Matlamat


Tidak semua orang dilahirkan bertuah, jadi bersyukur seadanya.

Namun, bersyukur bukanlah alasan kenapa kita tidak boleh berusaha dan menjadi terbaik.

Hidup ini penuh risiko, ia mungkin menjadi baik, ia juga boleh menjadi buruk. Apa yang merisaukan keadaan baikakan menjadi lebih buruk. Tapi siapa kita untuk melawan takdir, kita tidak kuat untuk berbuat demikian.

Kita yang membuat percaturan dalam hidup ini. Kita bertanggungjawab dengan segala keputusan yang dibuat. Orang selalu cakap " biarlah aku nak buat apa, aku tak kacau orang lain".

Namun kita tak sedar, keputusan dibuat juga akan menghakis orang lain, malah boleh menjadikan perhubungan semakin keruh. Dilema dalam membuat keputusan memang wujud, tapi akhirnya kita perlu mencapai kepada keputusan yang paling baik.

Hidup ini mudah. Tapi kita yang merumitkan keadaan, dengan keadaan yang kita sendiri hasilkan. Maka dilema itu wujud. Mudah sahaja, kembali kepada asas - mengapa keadaan rumit itu wujud?

Belajar melihat alam, kembali pada realiti, dan nikmati hidup ini seadanya

# rajaazrul

Sunday, February 01, 2015

Jalan - jalan : New York & Washington DC ( Memohon Visa USA) - part 1

Salam buat semua!

Alhamdulillah, rezeki 2014, kali ini saya telah berjaya menjejakkan kaki ke bumi Uncle Sam - "United States of America" yang cukup terkenal di seluruh dunia. Dari segi perindustrian, ekonomi, kolar putih, hiburan, I phone sehinggalah kepada produk pelancongan, USA dikatakan sangat dominan dalam banyak perkara di dunia ini.

Tidak ramai rakyat Malaysia berpeluang untuk USA. Faktor utama ialah jarak dan kos. Untuk ke sana, anda perlu menaiki kapal terbang sekurang-kurang nya 22 jam. Huh, itu belum dikira transit lagi. Kalau bab kos, anda memerlukan sekitar RM8k ke RM10k seorang.

Penulisan kali akan dibahagikan kepada beberapa bahagian - daripada proses membuat Visa sehinggalah coretan perjalanan saya ke USA. Oh ya, saya ke dua buah bandaraya utama iaitu New York & Washington DC sahaja.

Semoga penulisan ini memberikan panduan khas untuk semua yang ingin ke USA.

***
Memohon visa:

Visa adalah perkara asas jika anda ingin ke USA. Sehingga artikel ini ditulis, Visa Pelancong (Tourist visa) adalah perkara wajib perlu ada untuk ke USA. Berbeza dengan negara lain, permohonan visa ini terbahagi kepada beberapa peringkat.. sehinggalah menghadiri temuduga. Ada yang kata memohon visa USA ini susah.. tapi berdasarkan pengalaman saya, ia tidaklah sukar mana, cuma ia agak CEREWET.

Jadi, saya ingin berkongsi cara-cara memohon visa USA sebelum anda memulakan program melancong ke USA :)

#panduan dibawah berdasarkan pengalaman saya sendiri pada tahun 2014. Ia mungkin berbeza mengikut individu. Peraturan pengisian borang atau syarat visa MUNGKIN berubah dari semasa ke semasa.

1. Mengisi borang online

Langkah pertama ialah anda perlu mempunyai email dahulu ( semua urusan dan makluman akan melalui email).  Dan boleh la masuk ke laman web ini

Sila baca makluman secara terperinci (mengenai syarat dan peraturan).




  
Klik  DS-160 Form. Anda juga boleh menggunakan link berikut.

Select MALAYSIA

Klik start an application

Anda akan diberikan ID dan lengkapkan soalan sekuriti dibawah.






Gunakan soalan yang mudah dan anda sendiri tahu jawapan. Salin Application ID, takut lupa.




Oh ya.. 1 orang 1 borang. Jika anda pergi 4 orang.. jadi 4 borang anda harus isi. Kalau 100 orang.. hehe ..faham-fahamla ye.

Jadi anda boleh mulakan dengan mengisi borang selengkapnya. Pastikan maklumat tersebut benar. Oh ya, surname itu ialah nama ayah kita (bagi orang melayu), given name ialah nama penuh. Anda boleh simpan (save) dan sambung semula bila-bila masa.

Mengisi borang ini agak remeh, banyak benda perlu diisi termasuk latar belakang pekerjaan, alamat, negara yang pernah dilawati, gaji dan pelbagai lagi. Jadi, nasihat saya jawab dengan jujur & tepat, sebaiknya anda sendiri yang isi (bukan orang lain). Makluman lain yang perlu ada seperti maklumat hotel, penerbangan dan nombor telefon orang di USA (jika anda ke sana atas urusan melawat).

Jika anda melancong, gunakan alamat hotel sebagai rujukan. Lagi satu, anda TIDAK PERLU membeli tiket penerbangan lagi. Hanya booking sahaja dahulu tidak ada masalah.

Jenis visa untuk pelancong ialah B1/B2. Jika anda ada lawatan teknikal seperti lawatan sekolah atau universiti pun gunakan jenis yang sama .

Setelah lengkap dan yakin dengan semua makluman .. barulah boleh dihantar melalui online. Setelah itu, barulah anda boleh memulakan proses pembayaran dan temuduga,

Tapi nasihat saya, semak dahulu sebetulnya semua borang. Ingat! Jika anda salah isi, anda perlu mengisi semula dan ia agak remeh untuk diisi semula (setelah dihantar).

Jika terdapat sebarang masalah, anda perlu menghantar email kepada pihak embassy, tapi kebiasaannya mereka akan menyuruh kita membaca semua makluman yang tertera di dalam website mereka. Kalau anda menghubungi embassy, mereka tetap menyuruh kita membaca dahulu arahan di dalam web dengan lengkap.

Ada juga ruangan Yes & No. Ingat! jawab dengan jujur.

Sebelum hantar menghantar online, anda perlu meletakkan gambar foto ke dalam borang online (upload). Tapi harus diingat, gambar foto perlu menetapi kriteria ditetapkan. Nasihat saya, cari kedai gambar yang faham tentang kriteria gambar visa USA.

Gambar yang tidak menetapi kriteria akan ditolak. Anda boleh mengedit gambar melalui aplikasi khas semasa mengisi borang tersebut (ia ada semasa anda memuat turun gambar).


2. Pembayaran

Setelah anda menghantar borang, maka bermulalah urusan pembayaran. Harga untuk visa B1/B2 ialah USD160. Tapi anda hanya perlu membayar dalam RM.

Sebelum ke Bank (standard Charter ONLY), anda perlu print borang di sini




Klik bahagian Deposit slip $160, print dan bawa ke bank




INGAT! 1 borang 1 slip.

Di bank, hanya bagitahu kepada pegawai bahawa anda ingin membuat pembayaran USA Visa. Mereka akan berikan borang khas. Dan anda perlu isikan ID (sama seperti borang online), nama penuh, no passport dan duit.

Bayaran bergantung kepada tukaran Ringgit semasa.

Sekali lagi saya ingatkan ... 1 Borang 1 slip 1 bayaran... kalau ada 4 orang, maka 4 borang, 4 slip dan 4 bayaran berbeza.

Sila simpan resit anda untuk anda isi borang semasa waktu temuduga pula.


3.  Menempah tarikh temuduga




Berbeza dengan visa negara lain, USA memerlukan anda hadir ke kedutaan dan temuduga. Tapi sebelum temuduga anda harus menempah tarikh terlebih dahulu. Tempahan slot perlu dilakukan melalui online.

Anda perlu mendaftar (macam daftar Facebook) di laman web ini . Kalau boleh simpan password, jadi bila-bila masa anda boleh semak disini. Jadi, bermula saat ini, anda hanya perlu menyemak status visa anda di laman web ini sahaja.

Klik new appointment




Klik no immigrant
Klik business tourim

Masukkan semua makluman dengan lengkap termasuklah no resit bank yang anda bayar sebelum ini.
Lengkapkan semua makluman termasuk jenis penghantaran visa. Saya nasihatkan minta sahaja mereka hantar ke rumah. Itu lebih baik. Kalau nak ambil kat pusat delivery tu susah, Passport yang dah siap akan dihantar ke pusat delivery, jadi no point kalau rumah anda belakang kedutaan sekali pun.

Pilih slot yang anda mahu, dan anda boleh mengubah slot sekiranya tidak hadir. Jangan risau! Oh ya, jika anda pergi dalam kumpulan, anda boleh gunakan 1 ID sahaja, dan klik bahagian add name. Tapi kumpulan mestilah sama destinasi & tujuan.

Tapi untuk elak kerumitan, saya nasihatkan sebaiknya buat temuduga secara individu kecuali anda pergi ke USA secara berkeluarga.

4. Temuduga

Inilah saat paling kritikal!!Langkah terakhir sebelum terhasilnya visa. Hehehe.

Hadir ke Kedutaan seeloknya 30 min sebelum waktu temuduga. Kedutaan USA terletak di Jalan Tun Razak, berhadapan Tabung Haji. Situ memang payah nak parking. The best way, ialah parking di sekitar Tabung Haji, Wisma Isagenix atau G Tower.

Sebelum datang ke temuduga, sila bawa dokumen berikut:
  • Passport yang masih sah
  • Kad pengenalan
  • Gambar passport
  • Borang DS16
  • Slip temuduga
  • Slip bank
  • Dokumen sokongan seperti slip gaji, tiket penerbangan, voucher hotel, surat majikan atau penyata bank.
(kalau anda pergi atas urusan kerja, sila bawa surat pengesahan majikan)

Pakaian haruslah kemas dan sopan. Paling selamat pakaian kerja (formal). Tapi tak perlulah nak bertali leher. Selipar tidak dibenarkan.

Tiba di kedutaan..anda harus beratur terlebih dahulu. Sediakan slip temuduga dan kad pengenalan. Serahkan kad pengenalan di kaunter hadapan, dan anda akan melalui proses pemeriksaan keselamatan.
Tiba di bangunan..sila ambil nombor giliran. Tunggu gilaran anda dipanggil. Hehehe..masa ni memang sunyi. Tengok orang lain yang datang pun senyap je... handphone tak boleh bawa. Kena tinggal di kaunter hadapan.

Bila nama anda dipanggil, serahkan dokumen beserta passport dan slip. Dokumen lain tidak diperlukan. Tunggu giliran anda dipanggil untuk temuduga. UNTUK MAKLUMAN, NO GILIRAN DIPANGGIL SECARA RAWAK KETIKA PROSES TEMUDUGA. Maksudnya ia tidak akan mengikut turutan 1,2,3... ia mungkin panggil no 2 dahulu, kemudian no 1, kemudian no 5... jadi, bersedialah menunggu ya!

 

Apabila nama anda dipanggil, buat muka relaks! dan sesi temuduga bermula. Soalan biasa ditanya ialah mengapa anda ke USA? Apa tujuan anda ke sana? Apakah pekerjaan anda? Anda mempunyai keluarga di sana?? Temuduga tak lama, sekitar 10 minit.    Kalau lama tu, maknanya anda mungkin ada masalah. Biasanya waktu temuduga mereka akan semak semua dokumen yang anda bawa seperti slip gaji, surat majikan dan sebagainya. Sesi temuduga berjalan di dalam Bahasa Inggeris. Jika tidak fasih, boleh bawa jurubahasa (leceh sebab kena ada surat perakuan..dan macam-macam lagi).
Suasana temuduga di dalam kedutaan



Status Visa akan ketahui pada masa yang sama juga.. approve or not!! Dan ia akan ambil masa 4 hari untuk visa akan siap diproses.

Anda boleh mengambil visa setelah mendapat email pengesahan atau SMS daripada pihak kedutaan / courier. Jika anda memilih untuk visa dihantar ke rumah, sila tunggu sekitar 2 hari selepas penerimaan sms untuk penghantaran.

Dibawah ini, video panduan untuk proses temuduga nanti:


Bagaimana jika visa tidak approve?? Jika tidak lulus, anda perlu tunggu 2- 3 bulan untuk memohon semula visa. Dan mereka tidak akan memaklumkan kepada anda jika visa tidak lulus. Tetapi jangan risau, jika anda tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah, peluang untuk visa anda lulus itu ada.

Hasilnya setelah bersusah payah....tadaaaa..........!! 10 tahun tu... hehehe.. boleh la buat backpacker ke USA 3 tahun lagi :)


Saya mengambil masa sekitar 1 bulan untuk proses mendapatkan visa ini, daripada mengisi borang, membuat bayaran, menghadiri temuduga sehinggalah passport saya dapat semula dalam keadaan selamat. USA.. aku datang!!!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen atau email terus kepada saya. Insyaallah, saya akan cuba jawab mana yang mampu. Kalau takdapat jawab juga, kenalah rujuk sendiri kepada pihak kedutaan. Nasihat saya 1 je, isi borang sendiri...jangan minta orang lain isi. Ia lebih baik untuk mengelakkan sebarang kerumitan berlaku ketika proses temuduga. 

Paling penting, rancang masa anda sebelum anda ke USA. Nantikan penulisan akan datang tentang kisah saya di USA pula.

kisah perjalanan saya di Washington DC .. klik sini
kisah saya di New York .. klik sini

rajaazrul