Dugaan 2014
2014 semakin ke penghujung Hujan masih belum berhenti Dugaan bagi rakyat Malaysia apabila diuji dengan banjir yang dikatakan antara yang teruk berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Apabila sesuatu musibah berlaku, dilihat rakyat Malaysia bersatu menghulurkan bantuan kepada memerlukan. Namun masih lagi kedengaran suara sumbang menyalahkan satu sama lain. Ya, tidak nafikan Malaysia perlu bijak dalam mengawal situasi banjir. Kekurangan peralatan, tenaga kerja dan tempat perlindungan antara faktor perlu dititik beratkan oleh kerajaan Malaysia. Isu banjir ini bukan isu baharu. Setiap tahun negeri Pantai Timur akan menghadapi banjir. Cuma gelombang kali ini agak luar biasa. Maka...disebalik Ujian diberikan ini, amat yakin ada hikmah besar dari Allah SWT. Buat semua mangsa banjir, tabahlah! Sentiasa patuhi arahan pihak berkuasa dan jaga keselamatan diri dan keluarga. Hilang? Semasa artikel ini ditulis pesawat QZ8501 telah hilang dari radar semasa penerbangan daripada Surab