Posts

Showing posts from November, 2008

Pertarungan bakal bermula

Assalamualaikum.. Tamat sudah perjalanan aku ke JB, aku kembali ke UMP. Amanah dari HEP menuntut aku mengajar junior-juniorku dalam bidang perdebatan. Kata-kata semangat dari ku amat penting buat mereka. Kini, pertarungan akan bermula. Mereka semua akan berdebat di Universiti Islama Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak bermula 28 Nov 2008 hingga 3 Disember 2008. Aku tak meletak sebarang harapan sama seperti debat diraja sebelum ini. Apa yang aku harapkan sesuatu yang manis buat mereka akan dapat semasa kejohanan ini. Buat semua pendebat UMP: Abang ucapkan selamat berjuang, berseronaklah dengan setiap perlawanan, dan buktikan bahawa anda adalah terbaik. Abang sentiasa menyokong kalian!! Dan untuk semua ALUMNI Debat UMP, sokonglah mereka walaupun anda semua berada kejauhan .... wassalam "buat petualang ajar-tak guna mengikut ego, hatta ia memakan diri, dan jangan fikir ego akan menyelesaikan segala yang terpendam. Ingat, manusia lain juga punya egonya tersendiri, dan jangan sesekali

Perjalanan ke sebuah destinasi

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Setelah sebulan aku merancang, nampak gayanya, plan untuk ke Johor Bahru telah berjalan dengan lancar. Banyak feedback yang aku terima tak kurang juga ada yang ingin program sebegini diteruskan lagi. Terima kasih pada sem ua nya. Baiklah, khas buat mereka yang tidak terlibat, kalian semua boleh membaca blog aku ini untuk mengetahui pelbagai cerita di bumi Johor Ba hru. Pertemuan: Plan bermula pada pagi 21 November 2008. Aku dan Pidut menaiki bas Cepat Ekspress jam 10.30am. Kami berdua bertolak dahulu memandangkan Madam Mala akan membawa sendiri kereta Atoznya ke sana. Untuk Shidi dan Azwan, mereka berdua sememangnya sudah berada di sana.Redzuan datang dari Singapura, kerja kat sana. Fendy pula menaiki bas jam 7.30pm dan dijangka tiba dalam jam 12am. Aku tiba di JB dalam jam 5.30 pm, setelah pelbagai rintangan ditemui. Sampai di JB, kami dah macam peserta amazing race asia kerana tidak tahu langsung tentang stesen bas larkin. Akhirnya kami be

Dalam Berehat

Untuk makluman... Blog ini sedang bercuti selama 3 hari 2 malam. Bagi memberi laluan kepada reunion "Friends are forever" Hehehe...thanks pada mereka yang terlibat!! Kita gegarkan bandaraya Johor Bahru. Berehat : 21 Nov 2008- 23 Nov 2008....

akhirnya aku di sini

Assalamualaikum.. Sekadar makluman buat semua... aku kini sudah pun berada di UMP..alhamdulillah, kesihatan sudah semakin baik. Kini hajat dihati nak bantu mereka dalam debat pula (kalau boleh ler..hehehe) Oh yer, reunion kat JB tetap berjalan seperti biasa walau ada desas desus mengatakan ia tidak jadi dan sebagainya.. dan ia tetap akan diadakan bermula 21 November 2008. Hehehe...apa lagi Raja Azrul!!! Go..go..!!! Erm..projek "baik punya" akan bermula nanti!!

Keadaan kurang mengizinkan

Salam... Jika mengikut perancangan, hari ini aku akan ke Kuantan (UMP) kerana esok (sabtu) akan bermula latihan debat diraja 2008. Namun, kita hanya mampu merancang, dan tuhan itu menentukan... Pada hari Khamis lepas, aku terkena demam yang agak sukar untuk aku bergerak ke mana-mana. Atas nasihat mama, aku terpaksa menganjakkan jadual aku ke kuantan dalam hari Ahad ataupun Isnin (bergantung pada keadaan). Dan kebetulan pula, pihak sekolah mengajak aku ke jamuan makan malam di Bukit Tinggi pada malam esok, duh..macam malas jer nak pegi..tapi macam aku katakan tadi..semua bergantung pada keadaan.. Apa-apapun, thanks pada sesiapa yang sms bertanya tentang kehadiran aku ke UMP. Insyallah, ada rezeki, sampailah aku ke sana...!! Yang penting, aku puas hati kerana persembahan murid-murid aku mendapat tepukan gemuruh terutama dari Yang Berhormat...hehehehe... K, nak sambung berehat..jumpa lagi!!

Tegeleng-geleng

Image
Assalamualaikum semua.. Minggu ini merupakan minggu terakhir sesi persekolahan 2008. Tugas aku sebagai guru ganti telah tamat pada 6 Nov lepas, tapi disebabkan permintaan pihak sekolah yang inginkan aku membantu dari segi persembahan untuk hari anugerah, maka aku terpaksa gagahkan diri ke sekolah.. (ikhlas tahu!) Pastinya minggu ini agak sibuk bagi aku. Hari Anugerah dijadualkan pada 13 November ini, dan 14 hb pula aku berhajat ke UMP. Sesi latihan persembahan sudah dimulakan 2 minggu lalu, dan untuk saat-saat akhir ini, latihan dibuat pada waktu pagi dan petang. Aku diamanahkan mengendalikan 3 jenis persembahan. 2 dari tahun 6 dan satu lagi dari tahun 3. Huhuhu..susah gak, jika di UMP, aku hanya melatih mereka yang sudah matang dan boleh berfikir, tapi di sini senarionya lain. Latihan bukan sahaja perlu dimulakan dari latihan asas, malah perlu kuat semangat untuk mengajar mereka memahami erti seni persembahan. Untuk darjah 6, aku melatih tarian dan drama. Untuk persembahan itu, aku be

Debat diraja bakal muncul

Assalamualaikum, Buat masa ini, lupakan terlebih dulu al-kisah projek reunion aku di JB. Dalam entry yang lepas, aku telah menulis entri yang agak ilmiah berkisarkan PPSMI. Huhuhu, bukan apa, penulisan ini bertujuan untuk melatih diri aku dalam penulisan esei ke arah yang lebih baik lagi. Tak ramai yang memberi komen, mungkin tak larat membaca huraian aku yang berjela-jela. Sebenarnya, inilah persediaan aku dan tamparan hebat buat junior ku di UMP yang bakal berjuang pada 28 Nov ini. Aku telah diundang oleh Adam, dan kawan aku Azwan ke UMP kerana mereka akan mengadakan latihan debat pada 15 Nov ini. Huhuhu, terima kasih atas jemputan anda berdua. Insyallah, aku pun memang berhajat nak ke sana. Dah lama aku tak melihat adik-adikku berdebat. Yang paling aku nak jumpa ialah junior 1st year. Bagaimana mereka agaknya ya? Aku pun dah lama dah berdebat, mungkin ada skill aku dah berkarat pulak. Bercakap pasal debat diraja, tahun ini debat diraja bakal diadakan di UIAM, Gombak. Dan dengar kha

Friends Are Forever

Image
Seperti yang aku maklumkan melalui blog aku sebelum ini, buat mereka yang terpilih dan dijemput (melalui sms, telefon dan Friendster), satu Reunion bertajuk " Friends Are Forever" akan diadakan. Butiran reunion: Tarikh: 21 November 2008 hingga 23 November 2008. Masa pendaftaran: 8.30pm (21 Nov 2008) Destinasi: Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Tempat pendaftaran: Larkin, Jb. Objektif: 1. Mengeratkan silaturahim. 2. Bergembira sambil berkongsi cerita-cerita panas. 3. Melupakan segala masalah berkaitan kerja, belajar dan sebagainya. Tema reunion: Friends are forever (persahabatan kekal selamanya!) Aktiviti: Jumaat (21 November 2008): 1. Cool Down (8.30pm-11pm) Apabila anda tiba di Larkin, inilah masa untuk anda 'cool down'. Anda akan disambut oleh keramahan warga JB. Sementara menanti kawan-kawan anda tiba, anda boleh check in bilik, mandi, dan mungkin mengambil makan malam di sekitar Larkin. 2. Chit chat (11pm-upwards) Jangan tido lagi kerana sesi Chit Chat amat