Posts

Showing posts from 2017

Move On #adaakukisah

Kehidupan ini adalah satu ujian Pentas ujian yang tiada penghujung. Tidak kita boleh menyangkal apa yang kita ada atau dapat, itu yang kita miliki. Tidak semua kita lalui akan kekal, dan jangan disangka apa yang baik itu sudah cukup baik untuk kita. Kali ini, aku memang nekad. Apa nak jadi, jadilah. Yang penting aku tak menyusahkan orang. "Move on" Wajah baru Disember 2017

Jalan-Jalan : Milan & Venice (Bahagian 1)

Image
Salam semua! Aduhai maaf kalau blog ini berhabuk. Patutnya terus tulis sebab kepala masih "fresh". Tapi entah kenapa kali ini agak lambat. Castle Kali ini saya nak cerita pengalaman saya ke bumi Itali - yang sememangnya cukup terkenal di Eropah (dan Seantero dunia). Trip saya tak lama, hanya sekadar 5 malam. Tapi cukuplah untuk membeli belah dan menerokai tempat menarik di sana. *** Itali merupakan negara yang cukup terkenal dengan sejarah empayar Rom. Selain sejarah yang berabad lama, Italy juga lengkap dengan makanan menarik, fesyen dan juga teknologi yang melebihi sempadan. Kembara saya hanya meliputi dua bandar - Milan dan Venice. Semoga ia memberikan panduan utama jika anda mahu ke sana. Milan Hari pertama Saya tidak begitu arif tentang Milan sebelum ini. Pernah dengar tapi tak berapa tahu. Milan merupakan pusat ekonomi utama di Italy. Jika dibandingkan dengan Rome, Milan lebih maju dari segi infrastrukturnya. Milan dikenali sebagai kota Fesyen.

Ulasan : Filem IT

Image
Assalamualaikum dan apa khabar semua? You'll float tu Minat filem seram? Ke nak filem romantik cinderella tu? Oklah, kali ini saya nak ulas sedikit tentang filem terbaru ditayangkan di Pawagam iaitu filem IT. Review Filem saya ini lebih berkisar pandangan peribadi ye. Al-kisah Filem IT sebenarnya pernah menjadi fenomena pada tahun 1990 dulu. Ia diangkat dari karya novelis seram terkenal - Stephen Kings. Tapi agak pelik, saya tak pernah tonton versi asal filem ini. Mungkin tak tahu, mungkin juga bawah umur. Filem IT kembali dibuat - kali ini lebih baik (semestinya) dan juga bagi saya agak teliti. Hampir 95% sama dengan filem asal, filem ini telah ditayangkan di seluruh dunia pada 7 September 2017. Filem ini diarahkan oleh Andy Muschietti yang pernah mengarahkan filem Mama pada tahun 2013. Filem ini dilakonkan oleh kebanyakan pelakon cilik seperti Jaeden Lieberher, Jeremy Ray, Sophia Lilis dan banyak lagi. Sudah semestinya watak badut jahat dilakonkan oleh pelakon

Jika itu tertulis ..

Salam Aidiladha dan 31 Ogos semua!! Bertuah kita beraya dan menyambut merdeka bersama-sama. Perjalanan hidup ini bukanlah mudah seperti disangka. Hidup tidak mudah, tapi sebenarnya ia juga tidaklah rumit. Semua cara ada penyelesaiannya. Aku perlu SABAR .. tak lama lagi, jika peluang dan ruang itu ada. Maka aku harus gunakan ia sebaik mungkin. Telah cuba memahami .. tapi itulah yang berlaku... terima seadanya... Enjoy our life Adios Azrul

Jalan-jalan : Perth Dan Farm Stay

Image
Salam, Selamat berpuasa semua, Saya ingin ajak anda semua ke Perth, bersama saya dan menerokai aktiviti di luar kotak? Apa dia? FARM STAY!! Yeah, satu kelainan yang tidak ada di mana-mana, apa yang anda akan dapat? 1. UNIK - aktiviti yang tidak pernah anda lakukan di Malaysia, seperti Mashmallow, Bush walk, Cooking Class, Boomerang dan banyak lagi 2. LUAR BIASA - Konsep Farm Stay ini bukan seperti anda fikirkan. Anda akan menginap bersama keluarga angkat, dan percayalah- rumah mereka kebanyakan bertaraf 5* 3. SAH - ia dijamin selamat dan sah di sisi undang-undang. Semua keluarga angkat terlibat wajib berdaftar di bawah Tourism Australia, dan semua ladang mereka telah diperiksa untuk kesesuaian aktiviti pelancongan 4. L.O.V.E - Rasailah bagaimana anda bertukar cerita, budaya bersama keluarga angkat, menjalinkan persahabatan dan memperbaiki mutu Bahasa Inggeris anda ke arah yang lebih baik 5. PENGALAMAN - Pelajari sendiri budaya masyarakat setempat di Au